27 Jul 2012

6 Cara ubati kekecewaan


1. TIDAK MENYALAHKAN DIRI & ORANG LAIN
     Kegagalan yang berlaku ada hikmahnya, jadi jangan terus menyalahkan diri atau mencari kesalahan orang lain. Sikap ini hanya akan membuatkan anda lebih tertekan. Bukahkah lebih baik anda mencari punca kegagalan seterusnya perbaiki kelemahan diri agar mencapai kejayaan di masa hadapan.
 
2. SOKONGAN
    Saat menghadapi kegagalan hidup, usah memencilkan diri sebaliknya bergaullah dengan keluarga atau teman. Anda amat memerlukan sokongan insane tersayang dan teman-teman disekeliling untuk mengubati kekecewaan dan bangkit kembali. Perhatian dan  kasih sayang mereka membuatkan hidup anda lebih berharga.
 
3. JAGA KESIHATAN
     Ketika dilanda dugaan, ramai yang mengabaikan kesihatan sehingga jatuh sakit. Sikap ini perlu dihindarkan kerana ia akan memudaratkan diri sendiri. Hidup kita tidak akan pernah sunyi daripada onak dan duri. Anda mesti bersabar dan sayangi diri dengan menjaga kesihatan. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti bersukan atau beriadah bersama keluarga.
 
4. BERJENAKA
    Orang yang gagal cenderung bersedih dan hanyut dibuai perasaan. Sepatutnya anda lawan perasaan tersebut. Pada mulanya memang terasa pedih memaksa diri bersikap seperti biasa. Tapi sampai bila anda ingin menangis? Kuatkan semangat dan bersikap ceria. Jenaka antara perkara yang dapat membantu meredakan tekanan anda.
 
5. LUAHKAN PERASAAN
    Masalah yang bersarang di hati jangan ditanggung sendirian. Anda perlu luahkan isi hati kepada orang yang dipercayai seperti keluarga atau teman baik. Jika berasa ragu-ragu, luahkan apa yang terbuku dihati dalam diari. Cara ini akan mengurangkan bebanan perasaan atau derita yang anda tanggung.
 
6. GALI POTENSI DIRI.
    Setiap orang mempunyai lelebihan dan kekurangan. Jika anda gagal dalam satu perkara tidak bererti anda gagal dalam hidup. Gali potensi diri yang sebenar. Mungkin selama ini anda fikir anda meminati bidang kecantikan tapi selepas menemui kegagalan dan muhasabah diri, baru anda ketahui kelebihan anda sebenarnya dalam bidang hiasan dalaman.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin