19 Jul 2012

Novel TAKDIR ITU MILIK AKU - rugi beli, buang masa baca



Itulah yang Cik Ton rasa bila sudah habiskan bacaan novel terbaru SR ni...rasa sangat kecewa kerana segalanya seperti main hentam kromo aja.


Cik Ton minta maaf kepada SR tetapi sebagai seorang pembaca setia novel beliau dan telah mengeluarkan duit untuk membeli novel ini, Cik Ton rasa bukan satu kesalahan untuk mengeluarkan pendapat.


Mungkin terlalu ingin mencari kelainan, SR terlupa tentang realiti jalan cerita yang ingin ditonjolkan.


Penyeksaan yang melampau sebegitu tidak dapat diterima dan agak kurang logik Dian dapat menerima sebegitu teruk seksaan ketika sedang mengandung hinggakan sampai masa nak bersalin pun masih lagi teruk di dera mentalnya.


Harapan Cik Ton komen ini dapat memberi inspirasi kepada SR untuk novel baru beliau nanti.


Cik Ton beli kesemua novel SR sebelum ini.


No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin