19 Jul 2012

Ramadhan...Peluang terbaik kuruskan badan.


1. Kenal pasti kadar metabolisme tubuh anda. Bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisme tinggi mereka tidah mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun mengambil makanan yang banyak ketika berbuka. Namun, bagi anda yang memiliki metabolisme yang rendah, haruslah berhati-hati dalam soal pemilihan makanan. Elakkan makan melebihi keperluan harian apatah lagi selepas berbuka tiada lagi aktiviti berat yang dilakukan. 

2. Jika anda menganggap sahur suatu perkara yang remeh, anda sebenarnya silap. Kepentingan sahur sama seperti bersarapan. Sahur akan membantu badan mengimbangi gizi yang diperlukan tubuh sepanjang seharian berpuasa. Mulakan sahur dengan makanan tinggi protein. Menurut The Journal of Nutrition, mengambil makanan yang tinggi protein secara amnya akan meningkatkan rasa kenyang. 

3. Mulakan berbuka dengan makan makanan yang manis seperti kurma dan kuih-muih. Ambil makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuatiti yang sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan makanan yang masuk secara tiba-tiba dan banyak hanya akan membuatkan perut berasa tidak selesa. Elakkan mengambil minumam berkarbonat atau mengandungi kafein yang tinggi semasa berbuka kerana ia akan mendatangkan akibat buruk pada perut yang kosong. 

4.Jangan lupa pada sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu berbuka dan bersahur anda.  Makanan yang tinggi serat dapat membantu mengurangi nafsu makan dan memberikan rasa kenyang. The American Heart Association menyarankan untuk makan antara tiga hingga empat belahan sayuran setiap hari. Seeloknya semasa berbuka makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu. 

5. Makan selepas solat terawih sememangnya digalakkan. Namun elakkan daripada mengambilnya dalam kuantiti yang banyak dan tidur ketika perut kenyang. Ia secara tidak langsung menyebabkan anda malas bangun bersahur dan menggalakkan peningkatan berat badan. Adalah dinasihatkan agar anda memilih makanan yang mudah dihadam dan tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan. 

6. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet anda. Satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding empat kalori bagi satu gram karbohidrat Mayo Clinic menjelaskan makan makanan dengan kepadatan kalori rendah yang membantu anda rasa kenyang dengan lebih lama. 

7. The Ohio State University menjelaskan bahawa air putih membantu dalam proses penuruan berat badan melalui pengurangan nafsu makan. Air putih mengandungi kosong kalori tetapi pada masa yang sama ia membantu memberikan rasa kenyang. Mayo Clinic menyarankan agar kita minum dua liter setiap hari. Pastikan anda minum air secukupnya pada waktu sahur dan berbuka. 

8. Biarpun berpuasa anda juga sebenarnya boleh meneruskan aktiviti bersenam anda. Bezanya pilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit.setiap sesi sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Manafaatkan juga solat terawih untuk melakukan senaman selain meningkatkan amal ibadat anda.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin