18 Jul 2012

Salah satu kebaikan puasa

Puasa Bunuh Sel Kanser 
      Penelitian University Southern California, Amerika Syarikat mendapati bahawa amalan berpuasa mampu membantu memerangi sel kanser dalam tubuh individu dan meningkatkan keberkesanan rawatan penyakit tersebut. 

      Diketuai oleh Profesor Valter Longo, kajian itu menjelaskan amalan berpuasa dapat melambatkan pertumbuhan penyebaran tumor. Malah jika ibadat itu disertai dengan rawatan kemoterapi, ia mampu menyembuhkan beberapa jenis kanser seperti kanser saluran kencing, ovari dan payudara. 

      Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Translational Medicine itu juga menyatakan bahawa sel tumor memberi tindak balas berbeza pada individu berpuasa. Sel-sel itu bukan sahaja menjadi tidak aktif malah ia akan hancur dan terhapus dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin