17 Jul 2012

Tip Sihat


Daging Kambing kaya khasiat 


Sering disajikan sebagan juadah berbuka puasa di hotel dan restoran ternama, daging kambing panggang kaya dengan khasiat. Ia mengandungi zat besi, asid amino dan potassium yang rendah kandungan mineral. 
   Struktur molekul daging kambing yang lebih pejal dan rendah kalori berbanding daging lembu dan ayam tanpa kulit membuatnya lebih sihat dan mudah dihadamkan. 
    Malah Persatuan Jantung Amerika turut mengakui sifat daging kambing yang tinggi kualiti protein dan kandungan lemak sihat mampu mencegah penyakit jantung. 




Sagu Untuk Langsing 



Biji sagu yang sering menjadi bahas asas dalam kuih muih melayu memiliki kandungan gizi yang baik untuk kesihatan. 100 gram sagu kering mengandungi 94 gram karbohidrat, 0.2 gram protein, 0.5 gram serat, 10 miligram kalsium, 1.2 miligram besi, lemak, karotena, tiamin dan asam askobat. 

     Sagu turut memiliki zat yang berupaya memelihara kesihatan usus, meningkatkan kekebalan tubuh, mengurangkan risiko kanser usus dan kanser paru-paru serta melawaskan pembuangan air besar. 

     Malah kajian pakar pemakanan mendapati sagu sesuai diamalkan oleh individu yang sedang berdiet kerana memberi efek mengenyankan tanpa menyebabkan kegemukan. Disebabkan itu juga, sagu sesuai untuk dimakan di bulan puasa kerana pengambilan sagu dalam kuantiti yang mencukupi boleh membuatkan individu berasa kenyang sepanjang hari. 




Buah Tin Rawat Bawasir. 

Buah tin atau ara sangat berkhasiat dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya bawasir. Dengan pengambilan buah ara secara rutin, bawasir yang dialami akan berkurangan bengkaknya, mengecut dan beransur pulih. 

      Buah tin juga efektif dalam menyingkirkan racun, mencairkan kahak, mengurankan batuk, membersihkan hati, melindungi jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Selain itu buah tin turut melawaskan kencing, merawat sakit-sakit badan, menyembuhkan bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi kanak-kanak. 

      Terbahagi kepada dua jenis iaitu kering dan segar, buah ara kaya dengan protein. 



(Sumber Majalah Harmoni)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin