31 Aug 2012

Petua Kecantikan

NYAHKAN JERAGAT DARIPADA WAJAH 
       Malu berhadapan dengan orang sekeliling gara-gara masalah jeragat. Usah berputus asa dan cuba atasinya dengan kaedah petua tradisional. Apa yang diperlukan hanya lah bahan-bahan yang mudah didapati seperti kunyit hidup, beras yang direndam dengan air, limau nipis dan juga putih telur. Langkah pertama beras dan kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu perahkan limau nipis dan masukkan pula putih telur. Gaulkan kesemua bahan ini sebingga sebati. Apabila siap, terus sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering sebelum dibilas dengan air suam. Akhir sekali lap wajah dengan menggunakan kain bersih. Selamat mencuba. 

PASTIKAN KAKI SENTIASA CANTIK 

      Kecantikan kaki juga harus dititikberatkan kerana ia akan memberikan keyakinan ketika melangkah. Ia akan kelihatan kurang cantik apabila sakit, contohnya lenguh-lenguh dan terasa bisa. Buat wanita yang sering menyarung kasut tumit tinggi, masalah ini bagaikan perkara biasa. Begitu juga mereka yang perlu berdiri lama atau pun berjalan jauh. Dalam situasi ini, apa yang diperlukan ialah setengah baldi air daun serai wangi yang telah dididihkan dengan enam helai daun sirih. Selepas naik bau serai, campurkan dengan sedikit air sejuk agar menjadi suam. Rendamkan kaki selama 10minit dan gosok dengan daun sirih. 

JUS TEMBIKAI MENEGANGKAN KULIT. 

     Memiliki wajah tegang merupakan dambaan setiap wanita terutamanya yang usia kian meningkat. Pelbagai produk di pasaran menawarkan bantuan agar impian ini dapat dicapai. Dalam masa yang sama, ada kaedah atau petua yang lebih mudah untuk mengekalkannya. Caranya ialah dengan hanya menyediakan buah tembikai yang kemudiannya di kisar menjadi jus. Setelah itu toskan dan sapukan pada wajah Biarkan buat seketika iaitu antara 10 hingga 15 minit sehingga kering dengan sendirinya. Petua ini digalakkan diamalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. 

ATASI LINGKARAN HITAM BAWAH MATA 
    Tidak kira lelaki atau wanita, masalah hitam di sekeliling mata boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan. Jika kepenatan atau kurang tidur  ia akan menjadi lebih teruk sekaligus mencatatkan penampilan. Cuba petua ini dan sediakan sadu jus tomato, setengah sudu jus lemon, satu sudu tepung gandum serta secubit  serbuk kunyit. Gaulkan kesemua bahan itu tadi sehingga sebati dan sapukan pada sekitar mata. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air bersih. Bagi mendapatkan hasil yang diingini, amalkan petua ini setiap malam sebelum masuk tidur. 

(Sumber Majalah Keluarga)

Mencantikkan Tapak Kaki 
Kaki yang selalu terdedah selalunya lebih kering dan merekah. Untuk mengatasinya anda cuma ambil segenggam beras dan rendamkannya di dalam air kelapa selama tujuh jam. Selepas itu, tapis beras tersebut dan kisar sehingga halus. Sapukan pada kulit kaki dan amalkan selalu. 

Hilangkan BENJOL 
Dahi yang benjol akibat terhantuk sering menjadi teguran orang. Selagi ia tidak surut, selagi itulah orang asyik bertanya. Jadi untuk menghilangkan benjol di dahi dengan segera anda boleh menggunakan daun sirih. Ambil beberapa helai daun sirih dan sapukan dengan sedikit minyak masak. Kemudian layurkan seketika di atas api dan biarkan daun sirih menjadi panas. Selepas itu tekapkan pada kawasan yang benjol. Insyaallah benjol akan surut. 

Hilangkan Daki Di Leher 

Leher merupakan kawasan yang mudah berpeluh dan menyebabkan ia mudah berdaki. Untuk membersihkannya, ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oat yang telah dikisar halus dan setengah cawan susu kambing masam. Campurkan kesemua bahan ini sehingga menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu gosok menggunakan kain kasar dan bilas dengan air sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali. 

( Sumber Majalah Harmoni)

30 Aug 2012

Lima Langkah tangani anak mencarut

1.IBU BAPA CONTOH TERBAIK 
Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepad anak-anak dalam mendidik mereka berkomunikasi. Sebagai ibu bapa, gunakan bahasa yang baik dalam berkomunikasi. Elakkan diri daripada menggunakan perkataan yang kasar sepeti 'bodoh'. Teori ' social learning' atau 'modelling' ada mengatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. 

2. PANTAU RANCANGAN TV 
Disamping itu, cuba peruntukkan sedikit waktu bersama anak-anak. Dengan cara ini, anda dapat memantau rancangan tv, yang mereka tonton. Disamping itu, perhatikan kata-kata (dialog) yang digunakan oleh watak dalam rancangan tersebut. Kadang kala penggunaan perkataan yang tidak sesuai sangat jelas dan kerap kali digunakan dalam setiap rancangan kartun samaada alih bahasa atau rancangan kartun terbitan tempatan seperti perkataan 'tak guna'. Sebagai orang yang lebih dewasa, cuba anda terangkan bahawa perkataan itu tidak sesuai digunakan dalam percakapan harian. Cuba jelaskan secara terperinci berserta contoh agar mereka memahaminya. 

3. PIHAK BERWAJIB MAINKAN PERANAN 
Oleh kerana terlalu banyak rancangan kartun dialih suara dan kerap kali menggunakan perkataan yang tidak manis di sebut anak-anak, oleh itu pihak berwajib harus tampil ke hadapan untuk membendung masalah ini. Sekatan atau tapisan harus dibuat agar perkara ini tidak berleluasa seterusnya menyebabkan kanak-kanak trerpengaruh dengan perkara-perkara tidak elok. 

4. TERAPKAN NILAI KEAGAMAAN DALAM PERTUTURAN 
Menurut sebuah hadis ' kanak-kanak yang baru dilahirkan itu adalah fitrah', ibubapalah yang mencorakkan....', jadi mulakanlah setiap hari dengan perkataan yang baik-baik. Dalam Islam sendiri, segala perbuatan yang dilakukan perlu dimulakan dengan ucapa ' bismillah'. Melalui cara ini, anak-anak akan belajar dengan mengikut perbuatan ibubapanya. Sekiranya, ibubapanya mencarut maka anak juga akan mencarut. 

5. KAWAL PERGAULAN KANAK-KANAK 
Perkara paling penting yang harus ibu bapa lakukan adalah meng 

awal pergaulan anak-anak, setiap saat anda harus pastikan anak-anak bersama dengan siapa, apa yang dibuat dan kata-kata yang dia gunakan. Jika dibiarkan tanpa pemantauan, anak-anak akan rasa bebas, seterusnya membuat apa sahaja yang mereka mahukan. Sekiranya ibu bapa lambat menyedari akan pengaruh yang tidak baik ini kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu, maka ia akan menyebabkan anak memberontak dan berfikir ibu bapanya tidak menyayangi mereka lagi. Jadi melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

(sumber Majalah Keluarga)

29 Aug 2012

Tip menjadi orang yang tabah.

*  Terima ketentuan Ilahi baik yang pahit mahu pun yang manis dengan reda. 
* Setiap yang berlaku ada hikmahnya, 
* Usah menyesali dan meratapi takdir diri. 
* Lihat apa yang berlaku dari sudut positif. 
* Beristigfar dan ingatlah dengan Maha Pencipta. 
* Luahkan apa yang terpendam di hati kepada keluarga atau kenalan rapat. 
* Dapatkan semangat daripada orang yang dipercayai. 
* Kawal emosi diri, sentiasa memberi kata semangat kepada diri sendiri. 
* Berdoa agar Allah memberi kekuatan rohani, minda dan jasmani kepada kita. 


( sumber Majalah Midi)

28 Aug 2012

6 Cara ubati kekecewaan

1. Tidak menyalahkan diri dan orang lain 
           Kegagalan yang berlaku ada hikmahnya, jadi jangan terus menyalahkan diri atau mencari kesalahan orang lain. Sikap ini hanya akan membuatkan and lebih tertekan. Bukankan lebih baik anda mencari punca kegagalan seterusnya perbaiki kelemahan diri agar mencapai kejayaan di masa hadapan. 

2. Sokongan. 
           Saat menghadapi kegagalan hidup, usah memencilkan diri sebaliknya bergaul dengan keluarga atau teman. Anda amat memerlukan sokongan insan tersayang dan teman-teman sekeliling untuk mengubati kekecewaan dan bangkit kembali. Perhatian dan kasih sayang mereka membuatkan hidup anda lebih berharga. 

3. Jaga Kesihatan 
           Ketika dilanda dugaan, ramai yang mengabaikan kesihatan sehingga jatuh sakit. Sikap ini perlu dihindarkan kerana ia akan memudaratkan diri sendiri. Hidup kita tidak akanj sunyi daripada onak duri. Anda mesti bersabar dan sayangi diri dengan menjaga kesihatan. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti bersukan atau beriadah bersama keluarga atau teman-teman. 

4. Berjenaka. 
          Orang yang gagal cenderung bersedih dan hanyut dibuai perasaan. Sepatutnya anda lawan perasaan tersebut. Pada mulanya memang terasa pedih memaksa diri bersikap seperti biasa. Tapi sampai bila anda ingin menangis. Kuatkan semangat dan cuba bersikap ceria. Jenaka antara perkara yang dapat membantu meredakan tekanan anda. 

5. Luahkan perasaan 
         Masalah yang bersarang di hati jangan ditanggung sendirian. Anda perlu luahkan isi hati kepada orang yang di percayai seperti keluarga atau teman baik. Jika berasa ragu-ragu luahkan apa yang terbuku dihati dalam diari. Cara ini akan mengurangkan bebanan perasaan atau derita yang anda tanggung. 

6. Gali potensi diri. 
        Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika anda gagal dalam satu perkara tidak bererti anda gagal dalam hidup. Gali potensi diri yang sebenar. Mungkin selama ini anda fikir anda meminati bidang kecantikan tapi selepas menemui kegagalan dan muhasabah diri, baru anda ketahui kelebihan anda sebenarnya dalam bidang hiasan dalaman.

27 Aug 2012

Macam-macam ADA!

* Organisma hidup yang tedapat pada kulit seorang manusia lebih banyak dari seluruh jumlah manusia yang hidup di muka bumi ini. 

* Otot-otot yang terdapat dalam tubuh seorang manusia membentuk separuh dari berat badan.

* Lemak dalam tubuh manusia cukup untuk menghasilkan tujuh buku sabun mandi. 

* Zirafah tidak batuk 

* Meskipun mempunyai bonggolan, tulang leher seekor unta adalah lurus. 

* Sebuah komet yang melintasi atmosfera bumi biasanya ekor komet itu menghala ke matahari. 

* Seorang angkasawan tidak boleh sendawa di angkasa lepas. 

* Ketika purnama, bumi 0.02 darjah lebih panas. 

* Jarak planet Zuhal dengan matahari adalah 1400 juta kilometer. 

* Gurun Sahara merupakan gurun yang kedua terbesar di dunia, selepas Antartika dan gurun panas terbesar di dunia. Gurun ini meliputi Algeria, Chad, Mesir, Libya, Maghribi, Mauritania, Mali, Sudan, Tunisia dan Sahara Barat. 



* Sepasang tikus boleh menghasilkan sebanyak dua ribu ekor warisnya dalam setahun. 

* Siput babi mempunyai 25000 batang gigi. 

* Mutiara sangat cantik tetapi tahukah anda, seekor tiram mengambil masa selama tujuh tahun untuk menghasilkanya. 

* Satu sudu kecil gula membekalkan 20 kilo kalori. Berat satu sudu kecil gula adalah lima gram. Oleh itu satu kilogram gula adalah bersamaan dengan 200 sudu kecil gula. 

* Untuk  membakar 140 kilo kalori daripada tujuh sudu kecil gula, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama satu jam. 

* Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) menganggarkan lebih satu bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015.



* Salji juga turun di permukaan atmosfera planet Marikh. Tetapi belum sempat sampai ke bumi, ia telah mengewap. 

* Planet Marikh menlengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi  matahari mengambil masa selama 687 hari. 

* Planet Marikh kelihatan berwarna merah kerana di dalamnya terdapat besi yang berkarat tertanam. Sebab itu jika   dilihat ia berwarna merah. 

* Planet Jupiter mempunyai 60 bulan mengelilinginya. Tapi sebahagiannya kecil dan sukar untuk dilihat menerusi teleskop. 

* Jantung angkasawan mengecil ketika berada di angkasa. 


( Sumber Mastika )


26 Aug 2012

Pepatah Orang tua-tua

Waktu. 
* Mereka yang berbahagia adalah yang selalu menyisihkan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah. Menyisihkan waktu untuk tetawa, kerana tertawa itu bagaikan muzik di jiwanya. Menyisihkan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu menambah kemajuannya. Menyisihkan waktu untuk beramal kerana beramal itu akar kejayaannya. Menyisihkan waktu untuk bergurau kerana gurau senda menambahkan cerianya dan menyisihkan waktu beriabadat kerana ibadat itu adalah ibu ketenangan jiwa. 

Makan 
* Orang tua dulu-dulu selalu mengingatkan kita supaya berhenti makan sebelum kenyang. Jangan makan sehingga terlebih kenyang. Sesungguhnya mereka yang selalu kekeyangan akan bertambahlah dagingnya. Apabila bertambah dagingnya, maka bertambahlah nafsunya. Apabila bertambah nafsunya, maka bertambahlah dosanya. Apabila bertambah dosanya maka, bertambahlah keras hatinya. Segala pertambahan ini akbirnya akan menenggelamkan dia ke dalam bencana dunia. 

Pengalaman 
* Manusia di muka bumi ini terdiri daripada tiga jenis. Pertama mereka yang dikatakan bijak dan berpengalaman kerana belajar daripada pengalaman sendiri. Kedua, mereka yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya kerana golongan ini belajar daripada pengalaman orang lain. Ketiga, mereka yang hanyur dengan kebodohan sendiri kerana tidak  mahu belajar daripada pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain. 


(Sumber Mastika)

23 Aug 2012

Pengetahuan AM

* Daerah kutub kehilangan cahaya matahari selama 186 hari dalam setahun. 

* Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan tujuh batu sejam. 

* Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan diber tarikh. Leonardo dan Mona mempunyai susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan X-ray, ada tiga versi lukisan dibawah lukisan itu. 

* Sekilo dari berat badan kita mengandungi 7,000 kalori. 

* Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli berbanding hanya seorang berambut perang dari 17 orang lelaki. 

* Sampai usia enam bulan, bayi boleh menelan dan bernafas secara serentak, manakala orang dewasa tidak boleh melakukannya.

22 Aug 2012

Petua rumahtangga lagi...

HILANGKAN HANYIR IKAN DI DALAM SUP 
Selain kebiasaan sup ayam dan daging, ikan juga boleh dibuat sup. Walau bagaimanapun, adakalanya hanyir ikan terasa dan membuatkan sup kurang menyelerakan. Jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan beberapa sudu perahan limau nipis. Ini menjadikan sup anda tidak hanyir malah menjadi lebih sedap. 

PATI SANTAN KEMBALIKAN KEENAKAN DODOL 
Ramai di kalangan kita yang gemar makan dodol tetapi ada masanya ia tidak tahan lama dan akan berbau. Jangan di buang dodol berkenaan. Untuk mengembalikan dodol yang berkulat serta  berbau kurang enak itu, jerang semula diatas dapur bersama-sama dengan pati santan. Kacau sehingga agak kental dan masak. Angkat dan biar sejuk. Dodol bukan sahaja akan kental tetapi juga berbau enak serta tahan lama. 

AIR KELAPA LEMBUTKAN BERAS PULUT. 
Beras pulut selain enak di makan begitu saja juga boleh diperlbagaikan cara penyediaannya. Untuk melembutkan beras pulut, rendam beras didalam air kelapa semalaman. Kemudian kukus seperti biasa. Insyaallah pulut akan menjadi lebih lembut, berkilat dan wangi. 

HILANGKAN HITAM PERIUK 
Jika membeli telur masin, jangan dibuang tanah hitam yang digunakan untuk membalutnya. Ia boleh digunakan untuk membasuh periuk yang hitam. Sapukan sahaja tanah hitam itu ke buntu periuk. Insyaallah arang pada periuk akan terus hilang tanpa perlu menyentalnya dengan berus dawai. 

HINDARKAN KOTORAN MELEKAT PADA CAWAN KACA ATAU MELAMIN 
Pinggan dan cawan kaca dan melamin yang tekah lama digunakan pasti bertukar warna. Untuk menghilangkan kesan kotor pada perkakas ini, bancuh sedikit peluntur kotoran kain bersama air dan rendam pinggn atau cawan selama 1 jam. Kemudian bilas seperti biasa sehingga hilang bau peluntur berkenaan. Hasilnya pasti memuaskan anda. 


(Sumber Seri Dewi & Keluarga)

20 Aug 2012

5 Rahsia untuk jantung yang sihat

IKAN BUKAN SAJA LAZAT 
Ikan dan suplemen minyak ikan terbukti memberi banyak faedah untuk kesihatan jantung secara keseluruhan. Ia membekalkan Omega 3 yang diperlukan badan, tetapi tidak terhasil secara semulajadi. Omega 3 pada dasarnya ada 'docosahexanoci' (DHA) dan asid 'eicosapentaenoic' (EPA) yang ditemui dlam ikan berminyak seperti ikan kod, salmon, hering dan sebagainya. Suplemen minyak ikan yang dimakan setiap hari membantu melengkapkan diet yang kekurangan khasiat ikan. Minyak ikan membantu mengawal kadar denyut jantung dan meningkatkan kolestrol 'baik'. Ini mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga memenuhi keperluan jantung yang lain, dan boleh mencegah penyakit-penyakit jantung serius yang disebabkan oleh inflamasi dan artritis. Minyak ikan juga memastikan anda kelihatan muda untuk tempoh yang lebih lama kerana ia mengandungi ciri-ciri anti penuaan yang memanjangkan hayat sel. Jika anda ingin mengamalkan pengambilan suplemen minyak ikan, pilihlah jenama yang anda percayai bagi mendapatkan yang tebaik untuk diri anda. 

PEJAMKAN MATA DAN NIKMATI ALAM MIMPI. 
Tahukah anda bahawakekurangan tidur boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Adakalanya anda terpaksa berkerja sehingga lewat malam tetapi tidur yang kurang daripada 7 jam boleh mennjejaskan kesihatan jantung anda. Lebih daripada 20% wanita yang berumur antara 24 dan 32 tahun kini menghadapi masalah ini. Kajian telah menunjukkan bahawa ini juga boleh menyebabkan penyakit jantung. Jadi tidurlah dengan secukupnya dan jantung anda pasti menjadi lebih sihat. 

LUANGKAN MASA UNTUK BERSAMA DIRI DAN JANTUNG ANDA 
Anda harus mendapatkan rehat yang secukupnya. Stress boleh menyebabkan tahap kortisol ( sejenis hormon stess) meningkat dengan tinggi. Ini boleh memberi kesan yang berbahaya terhadap badan serta jantung anda. Kortisol meningkatkan kadar denyut jantung dan menyukarkan proses pengagihan nutrien-nutrien penting dalam badan anda. Cepat habiskan kerja dan tenangkan fikiran demi kesihatan jantung anda. 

KELUARKAN PELUH DAN CERGASKAN DIRI 
Bersenamlah di gim sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk jantung yang lebih sihat dan kuat. Teorinya mudah sahaja, jantung anda akan terus berfungsi dengan baik jika anda selalu bersenam. Bersenamlah secara sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dan rasalah perbezaannya. 

GIGI CANTIK, JANTUNG SIHAT. 
Memang menakjubkan !. Pemflosan gigi boleh membantu jantung anda. Penyakit gusi boleh meningkatkan risiko untuk anda menghadapi serangan penyakit jantung. Jadi jangan lupa untuk menggunakan flos gigi setiap malam dan anda tidak perlu risau lagi tentang penyakit jantung. 


(Sumber  Seri Dewi & Keluar
ga)

18 Aug 2012

Anniversary ke 21 & Salam Syawal 2013

Hari ini 18/8/2012 sabtu adalah hari ulang tahun perkahwinan cik ton yang ke 21, bersamaan juga lah dengan hari terakhir kita berramadhan....kalau ikut dari tarikh bernikah macam dah lamakan, tapi sejujurnya cik ton masih lagi rasa baru hidup dengan suami, bukanlah bermaksud baru tu macam perngantin baru, mungkin perasaan sayang dan cinta itu tak pernah berkurang jadi sentiasa lah rasa macam baru ajekan...... 

Hari ni jugak cik ton dah pun ada kat rumah mertua untuk menyambut syawal...dan seperti biasa lah sibuk membantu apa yang patut didapur untuk menyediakkan juadah untuk syawal besoknya.......Insyaallah. 


Kepada semua sahabat-sahabat cik ton di alam maya cik ton ucapkan Selamat Menyambut Syawal ampun maaf dipinta seandai ada kata-kata yang menguris jiwa. 


* Hidup perlu diduga, untuk menjadi lebih tabah dan lebih rapat dengan PENCIPTANYA.*

17 Aug 2012

Detoks tubuh dengan buahan ( selepas raya)

Buah Limau 
   Limau atau oren mengandungi banyak vitamin C, antioksidan kuat yang mampu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya dan mencegah penuaan awal. Antioksidan juga membantu mengurangi risiko kanser dan oenyakit jantung serta meningkatkan penyerapan zat besi. 
   Buah Lemon adalah buah pembersih paling baik. kandungan astringen dan antiseptiknya merangsang kerja hari dan kantung hempedu. Segelas air panas dan perahan lemon segar adalah cara paling baik untuk memulakan usaha detok. Perahan limau akan merangsang pencernaan dan menyihatkan sistem tubuh. Selain itu, perahan buah-buahan tersebut juga kaya alan beta-keraten, kalsium, fosfur dan potasium. 

Epal 
   Khasiat epal pada kesihatan memang tidak dapat disangkal, begitu juga untuk menyingkirkan racun dari dalam tubuh. Epal mengandungi asid malat dan asid tartaric, yang berperanan meningkatkan kerja sistem oencernaan dan membersihkan hati. Kandungan pectin yang tinggi akan mengikat logam berat, seperti timah. Epal juga menyediakan energi yang stabil dengan kandungan fruktosa (gula asam). 

Pir 
   Buah selanjutnya adalah pir. Apabila dimakan secara teratur, pir membantu mempercantik kulit dan membuat rambut berkilau. Selain itu pir juga berperanan sebagai ubat diuretik ( pendorong penghasilan air kencing) dan laksatif yang efektif. 

Anggur 
     Anggur merupakan antara buah yang digunakan untuk detoks yang paling efektif. Buah ini terbukti dapat meringankan sembelit dan membantu mengatasi masalah ginjal, hati, sistem pencernaan, serta kulit. Anggur yang paling baik adalah anggur putih atau anggur merah. 

Mangga 
    Buah dengan isi yang lembut dan harum ini terbukti mampu membersihkan darah. Buah ini juga baik untuk sistem ginjal dan pencernaan. 


( Sumber Majalah Wanita ) 

16 Aug 2012

5 Disiplin Diet Ketika Bertandang Raya

Sehari dua lagi Insyaallah kita akan menyambut Aidilfitri, time tu mesti kita dah tak ingat lagi pasal diet-diet ni , kan?


Cuba ikuti tip di bawah ni untuk mengekalkan diet kita walaupun sedang beraya.


1. MAKAN SECARA SEDERHANA 
    Tiada diet khusus untuk sambutan hari raya, sebaliknya sebagai wanita yang matang kita perlu bijak mengawal pemakanan. Sambutlah hari raya dengan sederhana kerana makanan pada hari raya dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan kebanyakannya teridiri daripada makanan berat. Hari raya jangan dijadikan tiket untuk kita menikmati pesta makan dan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan. 

2. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERKOLESTEROL 
    Tidak dinafikan perlbagai hidangan disajikan ketika mengunjungi rumah saudara-mara, tetapi anda sebaiknya cuba elakan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi seperti sup tulang. Tidak salah menjamah tetapi jangan terlalu banyak. 

3. KURANGKAN MINUMAN BERGAS 
    Selain daripada menjaga pemakanan, minuman manis juga perlu dikurangkan. Seperti minuman berkabonat. Ramai di antara kita mengambil langkah mudah dengan menghidangkan air bergas untuk tetamu, sebagai tetamu anda sebaiknya perlu,bijak mengawal diri dengan banyakkan minum air putih. 

4. AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG 
    Setiap hari sebelum keluar rumah, apa kata rancang perjalanan anda untuk sepanjang hari. Kemudian cuba atur diet anda, sekiranya rumah pertama anda telah ambil nasi lemak, rumah seterusnya mungkin boleh menikmati pemanis mulut seperti puding roti atau sebagainya. Namun segalanya bergantung kepada diri sendiri. 

5. LAKUKAN SENAMAN 
    Walaupun sibuk dengan jemputan rumah terbuka saban minggu, anda sepatutnya tidak melupakan rutin wajib untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan iaitu senaman. Cuba curi masa sekurang-kurangnya berjoging setempat sebelum memulakan hari anda. Pastikan anda melakukan senaman secara berjadual. 


(Sumber Seri Dewi & Keluarga)

15 Aug 2012

Rehat Secukupnya sebelum balik kampung

Rutin pulang ke kampung untuk beraya satu kemestian. Agar perjalanan jauh dan panjang ini nyaman buat anda ada beberapa tip yang boleh anda ikuti, 

* Sebelum berangkat sebaiknya usahakan tidur nyenyak. Tidur nyenyak minimum enam jam pada malam hari sebelum menempuh perjalnan akan membuat tubuh menjadi lebih cergas apalagi untuk menemph perjalanan jauh. 

* Bawa beka makanan. Bagi yang pulang sebelah malam, bawalah bekal makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Sebagai contoh roti atau mi sebagainya untuk mengalas perut dalam perjalanan malam. Jika membeli makanan di kedai perhatikan kandungan gizi dan tarikh luputnya. Anda tentu tidak mahu diserang sakit perut ketika hari raya menjelma. 

* Jangan lupa membawa air minum. Selepas berbuka sambil memandu, usahakan untuk minum air bagi memenuhi keperluan tubuh. Seelok-eloknya minumlah air masak atau boleh juga jus buah yang khasiatnya lebih banyak. 

* Bawa ubat-ubatan. Khususnya bagi yang memiliki penyakit seperti hipertensi, jantung asma dan sebagainya, jangan lupa siapkan bekal ubat anda mulai dari tarikh berangkat sampailah habis cuti. Tapi bagi mereka yang tidak punya penyakit harus juga membuat persediaan, manalah tahu diserang sakit perut, atau migrain ketika memandu. 

14 Aug 2012

Novel Sunan Musafir (Pengakhiran kisah Laksamana Sunan) - Ramlee Awang Murshid

Semua buku  mengenai Saifudin @ Laksamana Sunan dah habis cik ton baca, memang cik ton ikuti sungguh jalan ceritanya cuma satu buku cik ton sengaja tak beli sebab macam tak berapa nak baca mengenai Haryani tak tahu mengapa..... 

Semua buku yang cik ton baca sememang cik ton sendiri larut dalam merasa pengembaraan Laksaman Sunan dengan sahabat-sahabatnya, terasa cik ton juga hadir dalam setiap tempat yang Laksamana Sunan pergi dan singgah, cik ton terasa macam cik ton yang bertempur sama dalam setiap pertempuran dan cik ton rasa  macam cik ton pun ikut bertempur dengan makhluk-makhluk jahat itu semua. Teringin cik ton nak tengok rupa makhluk berbangsa polip bagaimana ya? hensemkah Indera @ Saifullah.... 

Setelah cik ton mengikuti semua pengembaraan Laksaman Sunan, kecuali satu buku sahaja, memang tak di nafikan Laksamana Sunan seorang hamba Allah yang benar-benar yakin dengan janji penciptaNYA,  Seorang lelaki yang setia pada cintanya, beruntung Ratna @ Ratu Sulaman. Saifudin seorang lelaki yang betul-betul budiman, sebab itu lah Mariam  Luna dan Haryani benar-benar jatuh cinta dan sayang dengan beliau, malah tak dinafikan yang cik ton juga sudah jatuh suka dan rasa sayang pada Laksamana Sunan. 

Dalam novel yang terakhir dapat juga pasangan suami isteri itu mereka bersatu, setelah banyak cabaran dugaan yang ditempuhi oleh Laksaman Sunan, akhirnya Saifudin, Ratna dan Andika bersatu bersama. 

Tahniah  Ramlee Awang Murshid. 


Kata Saifudin @ Laksamana Sunan@ Kiai Kelana....." Mati itu pasti, Hidup Insyaallah"

13 Aug 2012

Kuasa Senyuman

(Macam kata lagu Malique & Najwa)...." senyum tak perlu kata apa-apa" 

Hanya dengan sebuah senyuman kurniaan Allah mampu mengubah kehidupan seseorang. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia sebalik senyuman adalah : 

1. Membantu memanjangkan hayat seseorang. 
     Dalam satu kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain  besbol beberapa tahun lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini. 

2. Mempengaruhi minda separa sedar. 
     penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman daoat membantu seseorang menukar perkara negatif menjadi satu perkara positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan dengan senyuman. 

3. Mempengaruhi orang lain 
    Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja. Malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Contoh mudah, apabila  anda  senyum terhadap seseorang kebiasaannya mereka mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi. 

4. Senyuman tulen dan senyuman palsu 
     Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan sama ada senyuman yang diberkan itu tulen atau palsu. Bagi mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi matanya. Sekiranya merasakan ia berlainan , mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar  mentafsirkan dua cas berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk mentafsirkannya di sebabkan cas yang berlainan.

5. Latihan untuk muka. 
    Mungkin sudah ramai mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu sarat muka yang dapat membantu untuk penegangankulit. Ia dapati melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut. Mungkin sebab itulah., seseorang yang suka tersenyum itu lebih awet muda. 


(Sumber Majalah Midi)

12 Aug 2012

6 Tip Kuruskan Badan

1. Minum banyak air. Tujuh hingga lapan gelas ialah jumlah yang disarankan untuk orang dewasa. Air suam lebih bagus kerana ia mencegah sembelit, meransang sistem penghadaman dan membuang toksin daripada sistem anda. Meminum segelas air suam selepas bangun pagi didapati berkesan untuk penurunan berat badan. Air membuat anda berasa kenyang dan membantu anda mengawal selera makan. Elakkan makan bersulam air. Minum air sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dan selepas makan. 

2. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Salad juga bagus terutama untuk makan malam kerana ia ringan dan mudah dihadamkan. Cuba makan buah-buahan dahulu sebelum makan. Tubuh anda akan dapat mengesktrak sepenuhnya nilai nutrisi daripada buah-buahan tanpa gangguan makanan lain. Malah keinginan makan juga akan dikurangkan dan ini amat bagus untuk penurunan berat badan. 

3. Makan hidangan yang lebih kecil. Elakkan makan tiga kali sehari. Tukar kepada hidangan kecil namun lebih kerap.  Lima hidangan kecil lebih bagus bila dibahagikan sama rata sepanjang hari. Elakkan makan hidangan berat  sebelum tidur. Berapa lama sebelum tidur?. Bergantung pada sebaik mana sistem penghadaman anda berkerja. Memakan hidangan kecil secara kerap menstabilkan kandungan gula dalam darah dan mengawal  selera makan. 

4. Mungkin anda boleh mencuba sup sebagai hidangan harian anda. Pilih campuran sayur-sayuran., kekacang dan bawang. Resepi ini bagus untuk penurunan berat badan. Satu atau dua keping roti gandum penuh juga boleh dimakan bersama sup tersebut. 

5. Variasi menu harian anda. Anda tidak perlu  makan makanan yang sama atau mempunyai menu sama untuk diet anda. Anda boleh pilih apa  yang anda suka makan. Diet anda mesti memotivasikan anda. Dalam senarai tip diet, ini paling penting. 

6. Bersenam. Walau diet amat penting untuk menurunkan berat badan, jangan lupakan senaman. Namun, mulakan dengan sesuatu  yang mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda. Berjalan amat bagus bagi penurunan berat badan. Jika anda sudah memulakannya, belajar untuk melakukan dengan lebih baik. Ia harus bermakna, anda perlu mengekalkan langkah pantas dan memanaskan badan sebelum setiap sesi. Jarak ialah kuncinya. 


( Sumber Majalah Midi)

11 Aug 2012

Petua rumahtangga

3 Langkah Elak Singki Tersumbat 
1. Elakkan membuang sisa makanan ke dalam singki. Latih ahli keluarga anda membuang sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu sebelum meletakkan pinggan ke dalam singki. 
2. Guna penyaring pada singki. 
3. Curah air mendidih ke dalam saluran singki anda sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mencairkan lemak dan menanggalkan sisa makanan yang melekat. 

Hiasan kaca kekal berkilat 
   Bagi mengembalikan kilatan dan mengelakkan hiasan kaca anda tampak kusam. Selain membersihkannya dengan menggunakan pencuci khas barangan kaca yang dijual dipasaran. Anda boleh cuba lapkan permukaannya menggunakan campuran cuka dan air. Lap menggunakan kain lembap. Hiasan anda kembali berkilat. 

Potpuri lama usah dibuang 
   Haruman potpuri membuatkannya sering menjadi pilihan sebagai elemen hiasan dalaman. Bagaimanapun aromanya tidak kekal lama dan akhirnya akan dibuang begitu sahaja. Bagaimanapun dengan hanya meluangkan beberapa minit masa anda, potpuri tersebut masih boleh digunakan semula, anda hanya perlu mendidihkannya  di dalam sebuah periuk keci selama 15 minit atau sehingga kewangiannya keluar semula. kemudian simpan seketika didalam peti sejuk dan seterusnya panaskan dengan pemanas aromaterapi. Wangian asal potpuri akan kembali memugar ruang kediaman anda. 

Oven tahan lebih lama 
1. Bersihkan oven setiap kali selepas digunakan menggunakan kain lembap 
2. Jika terdapat tumpahan atau lelehan, ia perlu dihilangkan dengan segera sejurus selepas sajian masak. 
3. Buka pintu oven supaya ia cepat sejuk setiap kali selepas menggunakanya. 
4. Elakkan sebarang tumpahan pada pemanas termostat kerana ia akan merosakkan fungsinya. 
5. Jangan guna pencuci sembarangan kerana kandungan kimia pencuci tersebut mungkin membahayakan. 
6. Sentiasa memeriksa suhu oven anda dengan mencuba resepi yang sering anda masak. Jika hasilnya tdak seperti yang selalu anda dapat, mungkin sesuatu yang tidak kena dengan sistem kawalan suhu oven anda. 



(sumber Impiana)

10 Aug 2012

6 rutin agar ruang dapur kemas & selesa

1. Kerja-kerja memasak boleh menyebabkan peralatan dapur terkena tempiasnya. Oleh itu sebaiknya anda mengelap semua peralatan dapur dan jadikan ia sebagai rutin. Cara ini juga dapat mengekalkan kilatan peralatan tersebut. Gunakan cecair antiseptik agar ia terhidrat daripada kuman dan kotoran. Selain itu permukaan dapur juga perlu dicuci setiap kali anda selesai memasak, justeru mampu menghilangkan kesan kotoran berminyak. 

2. Ruang dapur perlu dikemaskan setiap hari apabila ia kerap digunakan. Sebagai ibu yang memikul banyak tugasan di rumah, suasana dapur yang sentiasa kemas mampu mengurangkan tekanan sewaktu memasak. Manakala, jika anda jarang menggunakan dapur, mengemas seminggu sekali sedah memadai. Apa yang penting, ruang dapur sentiasa terlihat kemas, bersih dan teratur. 

3. Saat menjengah masuk ke ruang dapur 'mood' untuk memasak pasti akan terganggu apabila melihat timbunan pinggan mangkuk yang kotor di dalam singki. Jadi, jangan tangguhkan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk kotor selepas makan. Selain itu singki yang bersih juga menyenangkan anda untuk menyediakan masakan buat keluarga. 

4. Agar ruang dapur kelihatan kemas, bahan masakan perlu disusun rapi dalam ruangan khas sama ada di dalam kabinet dapur mahupu almari yang dikhaskan untuk kegunaan ruang dapur. Jangan biarkan bahan-bahan masakan itu terbiar di atas meja sahaja. Begitu juga dengan peralatan memasak, susun dengan sempurna agar kemas, teratur dan memudahkan kerja-kerja memasak anda. 

5. Sampah yang terhasil ketika aktiviti memasak boleh mencacatkan keindahan ruang dapur anda. Elakkan daripada mengumpulkan sampah dalam beg plastik dan membiarkan ia di satu sudut atau menggantungnya ditombol pintu. Seeloknya, sediakan tong sampah bertutup yang dibaluti beg plastik. Pastikan juga ia dibuang setiap hari untuk mengelakkan ia berbau busuk. 

6. Bau yang terbit daripada masakan boleh melekat di sekitar ruang dapur. Lama-kelamaan, ia akan meninggalkan aroma yang kurang menyenangkan dan membuatkan ketidakselesaan tatkala memasuki ruang itu. Justeru tempatkan haruman untuk mengembalikan kesegaran ruang dapur. Kini, terdapat pelbagar pilihan semburan haruman yang mampu meresap bau-bauan yang kurang enak yang terhasil daripada aroma masakan anda.

9 Aug 2012

Petua ubati sakit kepala

Ambil segenggam daun turi, lada sebanyak tujuh biji, beberapa ulas bawang putih, tumbuk kesemua bahan tersebut hingga halus. Kemudian dicampurkan pula dengan satu sudu cuka dan diperapkan. Bubuhlah di kening anda. 

8 Aug 2012

Kenapa ?

Hari ni dah pun masuk hari ke 16 kita berpuasa, Alhamdulillah.


Cik Ton nak kongsi sedikit secara ringkas hikmah puasa yang memang kita tak boleh nak sangkal-sangkalkan lagi.


* Melatih diri berdisplin waktu 

* Menunjukkan pada manusia untuk seimbang dalam hidup 

* Mengajar manusia penting erti persaudaraan dan silaturahim 

* Mengajar diri supaya ambil tahu orang yang susah. 

* Mengajar kita untuk selalu berhati-hati dalam setiap perbuatan, terutama yang mengandungi dosa. 

* Mengajar kita hidup ini harus selalu mempunyai nilai ibadah. 

* Melatih kita untuk selalu tabah dalam menghadapi pelbagai halangan dan rintangan 

* Mengajar kita erti hidup secara bersederhana. 

* Mengajar erti bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah pada kita. 

7 Aug 2012

Petua- Petua

Cara Atasi Gastrik 
Menjelang bulan puasa, penghidap gastrik pasti berasa risau. Untuk mengatasi rasa sakit akibat gastrik, anda boleh merendamkan  tiga biji kurma ke dalam susu suam selama 10minit sebelum berbuka puasa. Selepas masuk waktu berbuka makan la kurma tersebut bersama disusuli air susu itu. 

Kurma lembutkan Ayam Kampung 

Sesekali menjamah hidangan ayam kampung di bulan puasa pasti membuka selera. Tetapi ramau yang berdeoan dengan masalah untuk melembutkan daging ayam kampng. Ada sesetengah orang meletakkan empat biji kurma ke dalam masakan. Anda akan dapati daging ayam kampung lebih cepat lembut daripada biasa. 

Agar-Agar Cepat Beku
 
Jika tersalah sukatan ketika membancuh agar-agar dan puding mungkin akan lambat mengeras akibat terlebih air. Untuk mempercepatkan pembekuan agar-agar, loynag yang akan disikan agar-agar perlu disejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais di bahagian beku. Apabila cukup sejuk barulah disikan agar-agar didalamnya. 

Lemang Tahan Lama 

Lemang merupakan juadah istimewa pada hari raya. Untuk menjadikan lemang lebih tahan lama, anda boleh menyediakan lemang melalui cara ini. Selepas beras pulut dicuci, campurkan dengan sedikit asam gelugur dan garam ke dalam santan agar tidakc epat basi. Selepas lemang dimasak sempurna, balut lemang menggunakan kertas surat khabar dan terbalikkannya supaya ia boleh tahan sekurang-kurangnya seminggu.

6 Aug 2012

KEISTIMEWAAN UAIS AL QARNI

UAIS AL QARNI adalah salah seorang tokoh sufi yang terkenal.Beliau hidup dizaman Rasulullah s.a.w. Nama lengkapnya Uais bin Amir Al Qairani.Beliau dilahirkan disebuah kampung bernama Qaran.Dari situlah namanya kemudian disebut Uais Al Qarni.

Uais dilahirkan dalam keluarga yang taat beribadah.Beliau mendapat pendidikan secara langsung daripada orang tuanya.Pekerjaannya dari zaman kanak-kanak ialah sebagai pengembala kambing.

Walaupun Uais bukanlah tokoh terkenal dikalangan manusia ketika itu,tetapi kelebihan yang Allah s.w.t. anugerahkan kepadanya mengkagumkan.

Diriwayatkan,seumur hidup Uais, beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w.,tetapi beliau selalu berhubung secara rohani dengan baginda.

Rasulullah s.a.w. memberitahu Saidina Ali dan Saidina Umar Al-Khattab,bahawa Uais pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada sejumlah orang sebanyak kambing-kambing yang telah dimikki oleh Rabi'ah dan Mudhar disaat semua orang akan dibangkitkan dari kubur masing-masing.

Uais yang tidak dikenali inilah yang dikagumi oleh Umar Al-khattab dan Ali bin Abi Thalib.kepada sahabat berdua inilah Rasulullah s.a.w. memerintahkan mencari Uais dan menyampaikan salam dari baginda.

Sahabat yang berdua ini dapat memenuhi amanat Rasulullah setelah baginda wafat.

Setelah bertemu,antara dialog menarik kedua sahabat ini dengan Uais ialah apabila keduanya meminta didoakan kebahagiaan hidup mereka didunia dan akhirat.

Dengarlah apa yang Uais katakan:"Saya tidak mendoakan seseorang secara khusus,akan tetapi saya selalu berdoa setiap hari untuk seluruh umat Islam."

Apabila Umar dan Ali meminta nasihat-nasihat yang berguna untuk mereka amalkan,Uais berpesan:

"Carilah rahmat Allah dengan taat dan mengikuti dengan penuh pengharapan dan takutlah tuan kepada Allah."

Apa yang istimewanya,apabila Umar menawarkan pakaian dan sejumlah wang untuk kegunaan Uais,tokoh sufi ini dengan penuh rasa merendahkan diri menolak.

Uais menyatakan:"WAhai Amirul Mukminin,saya tidak menolak dan memerlukan apa yang tuan bawa.Upah yang saya terima sebanyak 4 dirham sudah cukup malah berbaki untuk saya berikan kepada ibu saya.

"Setiap hari saya hanya makan buah kurma dan minuman air putih dan belum pernah saya memakan makanan yang dimasak.

"Saya merasakan hidup saya tidak akan sampai pada petang hari,dan kalau petang tidak akan sampai pada pagi hari.Hatiku selalu mengingati pada Allah dan sangat kecewa sekiranya tidak sampai mengingatkan Allah."

Itulah antara kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada Uais Al Qarni.

Wallahu'alam.

PEKERJA MUKMIN SEBENAR AKAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT


Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka ALLAH dan RasulNYA  serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”
( Surah Taubah : 105)

1)        Sebagai orang Islam, pekerja dan petugas Islam, mestilah memiliki jatidiri sebagai muslim. Setiap individu perlu kepada pembentukan jatidiri umat Islam itu sendiri, mestilah mempunyai ciri-ciri sakhsiah Islamiah. Daripada individu-individu yang memilki sakhsiah Islamiah inilah maka terbentuk jatidiri organisasi atau umat yang melahirkan suasana aktif untuk bergerak maju dan mencapai keharmonian dalam pekerjaan dan dalam hubungan sosial. Suasana harmoni, stabil dan mempunyai suasana bekerja yang aktif adalah syarat bagi peningkatan produktiviti dan penambahan kualiti sesuatu produk. Keadaan di mana ia mendorong kepada kemajuan dan kejayaan.

2)        Firman ALLAH “Bekerjalah” merujuk kepada semua jenis pekerjaan dan ia dalam bentuk kata perintah yang bererti suruhan. Maka Islam menolak semua jenis sikap malas tanpa pekerjaan, sebaliknya menyuruh umatnya bekerja dengan apa jua yang selari dengan perintah ALLAH dan menjauhi laranganNYA.  

3)        Selain itu suruhan bekerja tidak dibiarkan begitu sahaja, ia diikuti dengan pemerhatian, pemantauan dan pengawasan daripada ALLAH RasulNYA (Muhammad SAW) dan orang-orang yang beriman. Dengan adanya pemantauan itu seorang muslim tidak akan tergamak bekerja secara malas, khianat dan merugikan majikannya. Dia akan merasa malu, takut dan bertanggungjawab kepada ALLAH, Rasulullah dan sesama umat Islam. Dia mengetahui dirinya akan dikembalikan kepada ALLAH pada Hari Akhirat kelak dan ALLAH akan mengkhabarkan setiap kerjanya di mahkamah ALLAH ketika berada di Padang Mashyar nanti.

4)        Perkara penting dan asas utama untuk menjadi pekerja mukmin ialah hendaklah seorang pekerja yang cemerlang menjaga hubungannya dengan ALLAH SWT. Janganlah sibuk bekerja hingga lupa untuk beribadah kepada ALLAH SWT.

5)        Justeru, jika kita seorang pekerja mukmin yang benar sepertimana yang dinyatakan , maka pasti kita bekerja dengan penuh komitmen menepati citarasa dan acuan Islam, kita bakal dinobatkan sebagai mukmin yang cemerlang dunia dan akhirat di mata dunia serta disisi ALLAH SWT.  Oleh kerana itu, kita juga hendaklah sentiasa menyedari hakikat diri dan tanggungjawab kita sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini agar seluruh kehidupan kita tidak menjadi sia-sia. WALLAHU’ALAM

5 Aug 2012

Petua hilangkan bekas kurap di badan

Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit. Apabila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih. Kulit kerang itu ditumbuk lumut dan dicampurkan dengan satu sudu belerang kuning. Biarkan ramuan itusebati selama satu jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah. Sapukan ramuan itu pada bekas kurap. 

Kongsi Pengetahuan AM

*  Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion! 

* ' Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal. 

* Tahukan anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih. 

* Di Itali, nombor 17 adalah angka malang manakala di Jepun angka 4 membawa malapetaka. 

* Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya. 

*Setiap 11 tahun, pusingan kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan " Solarmax". 

* Lebih dari 300 bakteria bergabung membentuk karang gigi. 


(Sumber dari Mastika)

4 Aug 2012

Kekal sihat pada usia 50an

Jangan risau walaupun usia anda sudah memasuki pangkal '50'. Sebaliknya anda harus terus menghadapi dengan bergembira dan tenang. 

1. Warnai dunia anda, bermula daripada pinggan anda sendiri 
Ketika mengambil makan tengah hari dan makan malam, penuhkan separuh daripada pinggan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Semakin berwarna-warni makanan yang anda pilih, semakin tinggin kandungan aktioksidan yang terkandung di dalamnya. Semakin usia bertambah, semakin kurang aktioksidan yang di keluarkan oleh tubuh untuk kekal awet muda. Jadi kita perlu mengambil lebih makanan antioksidan dalam diet seharian untuk memenuhi keperluan tubuh. Anda juga boleh menambah warna di dalam minuman seperti mengambil pelbagai jenis jus segar. 

2. Dapatkan berat badan ideal 
Anda harus berusaha mengekalkan berat badan ideal. Obesitti  hanya akan mengundang pelbagai jenis penyakit, selain anda akan nampak lebih bermur sekiranya tubuh gemuk. Bagi ingin menurunkan berat badan cubalah mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia juga tinggi fiber dan air, ini akan membuat anda rasa cepat kenyang. 

3. Pilih lemak baik. 
Lemak baik dan menyihatkan adalah sebahagian daripada diet anti penuaan. Salah satu lemak baik ialah Omega 3 yang terbukti dapat meningkat tenaga dan mengekalkan tahap ingatan seseorang. Selain itu, banyak artikel perubatan menyatakan bahawa ia bagus untuk menggelakkan daripada penyakit jantung, kanser kolon dan arthritis. Dari sudut kecantikan Omega 3 dapat membuatkan kulit lebih lembut,, licin dan rambut serta kuku lebih kuat. 

4. Pilih karbohidrat yang sihat. 
Sebagai tambahan daripada pengambilan buah-buahan dan sayuran segar, anda boleh amalkan memakan beras perang, roti bijirin penuh dan pasta bijirin penuh. Pengambilan karbohidrat sihat membantu penurunan berat badan.  Sebaliknya pasta dan roti biasa, makanan proses dan gula boleh menggalakkan penyakit dan keradangan. Ia menyebabkan anda rasa letih kerana kurang fiber dan seterusnya membuatkan anda makan lebih banyak. 

5. Makan sedikit dan perlahan-lahan. 
Setelah semakin berusia, otot perut menjadi kurang anjal dan usus semakin hilang kekuatannya, menyebabkan makanan yang di makan akan bergerak lebih perlahan ke salur pencernaan. Jadi ini bukan masanya lagi untuk anda makan buffet. Perut tidak dapat memenuhi tuntutan nafsu makan anda. Anda disarankan makan tiga hidangan kecil dan dua hidangan snek sihat setiap hari. Ambil masa untuk kunyah dan telan makanan anda. Bahkan sunnah Rasulullah s.a.w sendiri supaya kita mengunyah sehingga betul-betul hancur sebelum menelan. Memang ada relevannya apa yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w itu. Dengan cara ini bukan sahaja  membantu anda kurang makan, bahkan memberikan ruang enzim penghadaman di dalam air liur untuk menghadamkan makanan tersebut. 


(Sumber Majalah Midi)

LinkWithin