16 Aug 2012

5 Disiplin Diet Ketika Bertandang Raya

Sehari dua lagi Insyaallah kita akan menyambut Aidilfitri, time tu mesti kita dah tak ingat lagi pasal diet-diet ni , kan?


Cuba ikuti tip di bawah ni untuk mengekalkan diet kita walaupun sedang beraya.


1. MAKAN SECARA SEDERHANA 
    Tiada diet khusus untuk sambutan hari raya, sebaliknya sebagai wanita yang matang kita perlu bijak mengawal pemakanan. Sambutlah hari raya dengan sederhana kerana makanan pada hari raya dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan kebanyakannya teridiri daripada makanan berat. Hari raya jangan dijadikan tiket untuk kita menikmati pesta makan dan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan. 

2. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERKOLESTEROL 
    Tidak dinafikan perlbagai hidangan disajikan ketika mengunjungi rumah saudara-mara, tetapi anda sebaiknya cuba elakan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi seperti sup tulang. Tidak salah menjamah tetapi jangan terlalu banyak. 

3. KURANGKAN MINUMAN BERGAS 
    Selain daripada menjaga pemakanan, minuman manis juga perlu dikurangkan. Seperti minuman berkabonat. Ramai di antara kita mengambil langkah mudah dengan menghidangkan air bergas untuk tetamu, sebagai tetamu anda sebaiknya perlu,bijak mengawal diri dengan banyakkan minum air putih. 

4. AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG 
    Setiap hari sebelum keluar rumah, apa kata rancang perjalanan anda untuk sepanjang hari. Kemudian cuba atur diet anda, sekiranya rumah pertama anda telah ambil nasi lemak, rumah seterusnya mungkin boleh menikmati pemanis mulut seperti puding roti atau sebagainya. Namun segalanya bergantung kepada diri sendiri. 

5. LAKUKAN SENAMAN 
    Walaupun sibuk dengan jemputan rumah terbuka saban minggu, anda sepatutnya tidak melupakan rutin wajib untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan iaitu senaman. Cuba curi masa sekurang-kurangnya berjoging setempat sebelum memulakan hari anda. Pastikan anda melakukan senaman secara berjadual. 


(Sumber Seri Dewi & Keluarga)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin