20 Aug 2012

5 Rahsia untuk jantung yang sihat

IKAN BUKAN SAJA LAZAT 
Ikan dan suplemen minyak ikan terbukti memberi banyak faedah untuk kesihatan jantung secara keseluruhan. Ia membekalkan Omega 3 yang diperlukan badan, tetapi tidak terhasil secara semulajadi. Omega 3 pada dasarnya ada 'docosahexanoci' (DHA) dan asid 'eicosapentaenoic' (EPA) yang ditemui dlam ikan berminyak seperti ikan kod, salmon, hering dan sebagainya. Suplemen minyak ikan yang dimakan setiap hari membantu melengkapkan diet yang kekurangan khasiat ikan. Minyak ikan membantu mengawal kadar denyut jantung dan meningkatkan kolestrol 'baik'. Ini mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga memenuhi keperluan jantung yang lain, dan boleh mencegah penyakit-penyakit jantung serius yang disebabkan oleh inflamasi dan artritis. Minyak ikan juga memastikan anda kelihatan muda untuk tempoh yang lebih lama kerana ia mengandungi ciri-ciri anti penuaan yang memanjangkan hayat sel. Jika anda ingin mengamalkan pengambilan suplemen minyak ikan, pilihlah jenama yang anda percayai bagi mendapatkan yang tebaik untuk diri anda. 

PEJAMKAN MATA DAN NIKMATI ALAM MIMPI. 
Tahukah anda bahawakekurangan tidur boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Adakalanya anda terpaksa berkerja sehingga lewat malam tetapi tidur yang kurang daripada 7 jam boleh mennjejaskan kesihatan jantung anda. Lebih daripada 20% wanita yang berumur antara 24 dan 32 tahun kini menghadapi masalah ini. Kajian telah menunjukkan bahawa ini juga boleh menyebabkan penyakit jantung. Jadi tidurlah dengan secukupnya dan jantung anda pasti menjadi lebih sihat. 

LUANGKAN MASA UNTUK BERSAMA DIRI DAN JANTUNG ANDA 
Anda harus mendapatkan rehat yang secukupnya. Stress boleh menyebabkan tahap kortisol ( sejenis hormon stess) meningkat dengan tinggi. Ini boleh memberi kesan yang berbahaya terhadap badan serta jantung anda. Kortisol meningkatkan kadar denyut jantung dan menyukarkan proses pengagihan nutrien-nutrien penting dalam badan anda. Cepat habiskan kerja dan tenangkan fikiran demi kesihatan jantung anda. 

KELUARKAN PELUH DAN CERGASKAN DIRI 
Bersenamlah di gim sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk jantung yang lebih sihat dan kuat. Teorinya mudah sahaja, jantung anda akan terus berfungsi dengan baik jika anda selalu bersenam. Bersenamlah secara sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dan rasalah perbezaannya. 

GIGI CANTIK, JANTUNG SIHAT. 
Memang menakjubkan !. Pemflosan gigi boleh membantu jantung anda. Penyakit gusi boleh meningkatkan risiko untuk anda menghadapi serangan penyakit jantung. Jadi jangan lupa untuk menggunakan flos gigi setiap malam dan anda tidak perlu risau lagi tentang penyakit jantung. 


(Sumber  Seri Dewi & Keluar
ga)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin