10 Aug 2012

6 rutin agar ruang dapur kemas & selesa

1. Kerja-kerja memasak boleh menyebabkan peralatan dapur terkena tempiasnya. Oleh itu sebaiknya anda mengelap semua peralatan dapur dan jadikan ia sebagai rutin. Cara ini juga dapat mengekalkan kilatan peralatan tersebut. Gunakan cecair antiseptik agar ia terhidrat daripada kuman dan kotoran. Selain itu permukaan dapur juga perlu dicuci setiap kali anda selesai memasak, justeru mampu menghilangkan kesan kotoran berminyak. 

2. Ruang dapur perlu dikemaskan setiap hari apabila ia kerap digunakan. Sebagai ibu yang memikul banyak tugasan di rumah, suasana dapur yang sentiasa kemas mampu mengurangkan tekanan sewaktu memasak. Manakala, jika anda jarang menggunakan dapur, mengemas seminggu sekali sedah memadai. Apa yang penting, ruang dapur sentiasa terlihat kemas, bersih dan teratur. 

3. Saat menjengah masuk ke ruang dapur 'mood' untuk memasak pasti akan terganggu apabila melihat timbunan pinggan mangkuk yang kotor di dalam singki. Jadi, jangan tangguhkan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk kotor selepas makan. Selain itu singki yang bersih juga menyenangkan anda untuk menyediakan masakan buat keluarga. 

4. Agar ruang dapur kelihatan kemas, bahan masakan perlu disusun rapi dalam ruangan khas sama ada di dalam kabinet dapur mahupu almari yang dikhaskan untuk kegunaan ruang dapur. Jangan biarkan bahan-bahan masakan itu terbiar di atas meja sahaja. Begitu juga dengan peralatan memasak, susun dengan sempurna agar kemas, teratur dan memudahkan kerja-kerja memasak anda. 

5. Sampah yang terhasil ketika aktiviti memasak boleh mencacatkan keindahan ruang dapur anda. Elakkan daripada mengumpulkan sampah dalam beg plastik dan membiarkan ia di satu sudut atau menggantungnya ditombol pintu. Seeloknya, sediakan tong sampah bertutup yang dibaluti beg plastik. Pastikan juga ia dibuang setiap hari untuk mengelakkan ia berbau busuk. 

6. Bau yang terbit daripada masakan boleh melekat di sekitar ruang dapur. Lama-kelamaan, ia akan meninggalkan aroma yang kurang menyenangkan dan membuatkan ketidakselesaan tatkala memasuki ruang itu. Justeru tempatkan haruman untuk mengembalikan kesegaran ruang dapur. Kini, terdapat pelbagar pilihan semburan haruman yang mampu meresap bau-bauan yang kurang enak yang terhasil daripada aroma masakan anda.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin