12 Aug 2012

6 Tip Kuruskan Badan

1. Minum banyak air. Tujuh hingga lapan gelas ialah jumlah yang disarankan untuk orang dewasa. Air suam lebih bagus kerana ia mencegah sembelit, meransang sistem penghadaman dan membuang toksin daripada sistem anda. Meminum segelas air suam selepas bangun pagi didapati berkesan untuk penurunan berat badan. Air membuat anda berasa kenyang dan membantu anda mengawal selera makan. Elakkan makan bersulam air. Minum air sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dan selepas makan. 

2. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Salad juga bagus terutama untuk makan malam kerana ia ringan dan mudah dihadamkan. Cuba makan buah-buahan dahulu sebelum makan. Tubuh anda akan dapat mengesktrak sepenuhnya nilai nutrisi daripada buah-buahan tanpa gangguan makanan lain. Malah keinginan makan juga akan dikurangkan dan ini amat bagus untuk penurunan berat badan. 

3. Makan hidangan yang lebih kecil. Elakkan makan tiga kali sehari. Tukar kepada hidangan kecil namun lebih kerap.  Lima hidangan kecil lebih bagus bila dibahagikan sama rata sepanjang hari. Elakkan makan hidangan berat  sebelum tidur. Berapa lama sebelum tidur?. Bergantung pada sebaik mana sistem penghadaman anda berkerja. Memakan hidangan kecil secara kerap menstabilkan kandungan gula dalam darah dan mengawal  selera makan. 

4. Mungkin anda boleh mencuba sup sebagai hidangan harian anda. Pilih campuran sayur-sayuran., kekacang dan bawang. Resepi ini bagus untuk penurunan berat badan. Satu atau dua keping roti gandum penuh juga boleh dimakan bersama sup tersebut. 

5. Variasi menu harian anda. Anda tidak perlu  makan makanan yang sama atau mempunyai menu sama untuk diet anda. Anda boleh pilih apa  yang anda suka makan. Diet anda mesti memotivasikan anda. Dalam senarai tip diet, ini paling penting. 

6. Bersenam. Walau diet amat penting untuk menurunkan berat badan, jangan lupakan senaman. Namun, mulakan dengan sesuatu  yang mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda. Berjalan amat bagus bagi penurunan berat badan. Jika anda sudah memulakannya, belajar untuk melakukan dengan lebih baik. Ia harus bermakna, anda perlu mengekalkan langkah pantas dan memanaskan badan sebelum setiap sesi. Jarak ialah kuncinya. 


( Sumber Majalah Midi)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin