2 Aug 2012

Jangan Terusan Bersedih

Sibukkan diri 
    Membuatkan diri sibuk dengan aktiviti harian boleh menjadikan kita lupa terhadap situasi sedih yang sedang melanda diri kita. Jangan kata sebagai suri rumah anda tidak boleh sibukkan diri anda. Sesiapa sahaja boleh menyibukkan diri sendiri. 
    Sebagai suri rumah, anda boleh menyibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja seperi mengemas stor dan membersihkan sekeliling kediaman anda. Beri perhatian pada pokok-pokok yang ditanam disekitar rumah. Jika sebelum ini pembantu rumah atau tukang kebun yang selalu menguruskanya, apa kata kali ini biar anda pulak yang buat sendiri. 
     Sebagai katitangan pejabat pula, sibukkan diri anda dengan kerja-kerja yang terkemudian. Ini bermakna anda dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat. Disamping mengubat kesedihan di hati, anda dapat menyiapkan kerja dalam waktu yang lebih awal. Bagus juga bukan? 

Aktifkan diri 
     Orang kata, bersukan boleh menceriakan diri. Apa kata anda cuba perkara ini?. Setiap pagi atau petang anda siapkan diri dengan pakaian sukan pergilah berjoging atau berjalan pantas di tasik atau taman permainan. Ada banyak tasik yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersenam. 
     Disamping mengubat kesedihan di hati, boleh pula menyihatkan tubuh. Mengeluarkan peluh dari dalam tubuh melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan hormon. Hal ini boleh membantu menceriakan hidup anda sekaligus melupakan kesedihan secara beransur-ansur. 

Pergilah bercuti 
      Tahap kesedihan berbeza-beza bergantung pada kejadian yang menimpa. Antara kejadian yang menyebabkan kesedihan melampau ialah perceraian pada usia MIDI, kematian insan yang disayangi, ditipu orang yang paling dipercayai dalam hidup atau dibuang kerja pada ketika anda menghadapi hutang keliling pinggang. 
      Kes-kes yang menyebabkan kesedihan seperti ini memerlukan rawatan yang hebat berbanding kesedihan yang tidak melampau. Antara rawatan yang boleh diambil kira untuk mengelakkan diri kita terus bersedih termasuk memberi peluang kepada diri untuk bercuti. 
      Pergilah ke lokasi yang anda suka misalnya tepi pantai, dibukit-bukit yang nyaman atau di pulau-pulau yang indah, boleh juga ke lokasi yang dianggap sebagai syurga membeli belah seperti bandung Indonesia. 
      Menikmati suasana berbeza dengan persekitaran biasa boleh memberikan mood kepada diri seseorang. Insyaallah dengan hal ini boleh memberikan sedikit inspirasi dan motivasi kepada diri sendiri. Pergilah bersama teman-teman rapat yang boleh anda percayai atau boleh juga pergi bersama keluarga sepetri adik beradik atau ibu bapa. Keluarga ialah orang yang sentiasa ada untuk anda. 

Terapi spa 
     Spa ialah ruang untuk merawat tubuh yang paling menyeronokkan. Pilihlah spa yang terbaik dan memberikan tawatan yang pelbagai di samping juruterapi yang terlatih. Peruntukkan sejumlah wang yang agak tinggi kerana spa terbaik sememangnya agak mahal bayarannya. 
      Di spa, anda diberi rawatan urut tubuh dan pilihlah rawatan aromaterapi yang sesuai dengan jiwa anda. Aromaterapi lavender memberikan emosi santai dan merehatkan minda. Anda pasti tidak akan kecewa dengan rawatan atau terapi beraroma. 

Berkongsi cerita dengan sahabat 
      Kita hidup di dunia ini sememangnya memerlukan insan lain disekeliling kita, Kita tidak boleh hidup bersendirian. Jiwa kosong yang diisi dengan pengalaman sekeliling. Kongsi kesedihan anda dengan insan sekeliling yang boleh dipanggil sahabat. 
      Anda perlu bijak membezakan antara seorang sahabat dengan seorang kawan. Kawan ialah orang yang berada disisi anda kala bergembira dan melakukan tugas seharian. Manakala sahabat ialah orang yang boleh berkongsi segalanya dengan anda termasukl kegembiraan dan kesedihan 
      Biasanya dalam hidup seseorang, mereka mempunyai seorang atau dua orang sahabat. Rugilah bagi orang yang tiada sahabat. Dalam dunia ini ada berbilion manusia dan anda tidak mampu dapatkan seorang untuk dijadikan sahabat. 

Kembali kepada AL-QURAN 
     Al-Quran mempunyai penawar untuk semua penyakit termasuklah kesedihan.Membaca dan melagukan ayat Al-Quran memberikan terapi semula jadi kepada perasaan dan jiwa. Isilah jiwa yang sedih dengan ayat-ayat Al-Quran demi kebaikan diri anda sendiri. 
     Sebenarnya membaca Asma-ul--Husna juga boleh memberikan ketenangan kerana 99 nama Allah itu pasti ada satu yang terkena dengan emosi kita pada ketika kita membacanya. Jadi, usahlah terus bersedih. Kita perlu percaya bahawa setiap dugaan itu ada hikmahnya dan kita sebenarnya sedang diuji. 

(sumber Majalah Midi)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin