6 Aug 2012

KEISTIMEWAAN UAIS AL QARNI

UAIS AL QARNI adalah salah seorang tokoh sufi yang terkenal.Beliau hidup dizaman Rasulullah s.a.w. Nama lengkapnya Uais bin Amir Al Qairani.Beliau dilahirkan disebuah kampung bernama Qaran.Dari situlah namanya kemudian disebut Uais Al Qarni.

Uais dilahirkan dalam keluarga yang taat beribadah.Beliau mendapat pendidikan secara langsung daripada orang tuanya.Pekerjaannya dari zaman kanak-kanak ialah sebagai pengembala kambing.

Walaupun Uais bukanlah tokoh terkenal dikalangan manusia ketika itu,tetapi kelebihan yang Allah s.w.t. anugerahkan kepadanya mengkagumkan.

Diriwayatkan,seumur hidup Uais, beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w.,tetapi beliau selalu berhubung secara rohani dengan baginda.

Rasulullah s.a.w. memberitahu Saidina Ali dan Saidina Umar Al-Khattab,bahawa Uais pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada sejumlah orang sebanyak kambing-kambing yang telah dimikki oleh Rabi'ah dan Mudhar disaat semua orang akan dibangkitkan dari kubur masing-masing.

Uais yang tidak dikenali inilah yang dikagumi oleh Umar Al-khattab dan Ali bin Abi Thalib.kepada sahabat berdua inilah Rasulullah s.a.w. memerintahkan mencari Uais dan menyampaikan salam dari baginda.

Sahabat yang berdua ini dapat memenuhi amanat Rasulullah setelah baginda wafat.

Setelah bertemu,antara dialog menarik kedua sahabat ini dengan Uais ialah apabila keduanya meminta didoakan kebahagiaan hidup mereka didunia dan akhirat.

Dengarlah apa yang Uais katakan:"Saya tidak mendoakan seseorang secara khusus,akan tetapi saya selalu berdoa setiap hari untuk seluruh umat Islam."

Apabila Umar dan Ali meminta nasihat-nasihat yang berguna untuk mereka amalkan,Uais berpesan:

"Carilah rahmat Allah dengan taat dan mengikuti dengan penuh pengharapan dan takutlah tuan kepada Allah."

Apa yang istimewanya,apabila Umar menawarkan pakaian dan sejumlah wang untuk kegunaan Uais,tokoh sufi ini dengan penuh rasa merendahkan diri menolak.

Uais menyatakan:"WAhai Amirul Mukminin,saya tidak menolak dan memerlukan apa yang tuan bawa.Upah yang saya terima sebanyak 4 dirham sudah cukup malah berbaki untuk saya berikan kepada ibu saya.

"Setiap hari saya hanya makan buah kurma dan minuman air putih dan belum pernah saya memakan makanan yang dimasak.

"Saya merasakan hidup saya tidak akan sampai pada petang hari,dan kalau petang tidak akan sampai pada pagi hari.Hatiku selalu mengingati pada Allah dan sangat kecewa sekiranya tidak sampai mengingatkan Allah."

Itulah antara kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada Uais Al Qarni.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin