4 Aug 2012

Kekal sihat pada usia 50an

Jangan risau walaupun usia anda sudah memasuki pangkal '50'. Sebaliknya anda harus terus menghadapi dengan bergembira dan tenang. 

1. Warnai dunia anda, bermula daripada pinggan anda sendiri 
Ketika mengambil makan tengah hari dan makan malam, penuhkan separuh daripada pinggan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Semakin berwarna-warni makanan yang anda pilih, semakin tinggin kandungan aktioksidan yang terkandung di dalamnya. Semakin usia bertambah, semakin kurang aktioksidan yang di keluarkan oleh tubuh untuk kekal awet muda. Jadi kita perlu mengambil lebih makanan antioksidan dalam diet seharian untuk memenuhi keperluan tubuh. Anda juga boleh menambah warna di dalam minuman seperti mengambil pelbagai jenis jus segar. 

2. Dapatkan berat badan ideal 
Anda harus berusaha mengekalkan berat badan ideal. Obesitti  hanya akan mengundang pelbagai jenis penyakit, selain anda akan nampak lebih bermur sekiranya tubuh gemuk. Bagi ingin menurunkan berat badan cubalah mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia juga tinggi fiber dan air, ini akan membuat anda rasa cepat kenyang. 

3. Pilih lemak baik. 
Lemak baik dan menyihatkan adalah sebahagian daripada diet anti penuaan. Salah satu lemak baik ialah Omega 3 yang terbukti dapat meningkat tenaga dan mengekalkan tahap ingatan seseorang. Selain itu, banyak artikel perubatan menyatakan bahawa ia bagus untuk menggelakkan daripada penyakit jantung, kanser kolon dan arthritis. Dari sudut kecantikan Omega 3 dapat membuatkan kulit lebih lembut,, licin dan rambut serta kuku lebih kuat. 

4. Pilih karbohidrat yang sihat. 
Sebagai tambahan daripada pengambilan buah-buahan dan sayuran segar, anda boleh amalkan memakan beras perang, roti bijirin penuh dan pasta bijirin penuh. Pengambilan karbohidrat sihat membantu penurunan berat badan.  Sebaliknya pasta dan roti biasa, makanan proses dan gula boleh menggalakkan penyakit dan keradangan. Ia menyebabkan anda rasa letih kerana kurang fiber dan seterusnya membuatkan anda makan lebih banyak. 

5. Makan sedikit dan perlahan-lahan. 
Setelah semakin berusia, otot perut menjadi kurang anjal dan usus semakin hilang kekuatannya, menyebabkan makanan yang di makan akan bergerak lebih perlahan ke salur pencernaan. Jadi ini bukan masanya lagi untuk anda makan buffet. Perut tidak dapat memenuhi tuntutan nafsu makan anda. Anda disarankan makan tiga hidangan kecil dan dua hidangan snek sihat setiap hari. Ambil masa untuk kunyah dan telan makanan anda. Bahkan sunnah Rasulullah s.a.w sendiri supaya kita mengunyah sehingga betul-betul hancur sebelum menelan. Memang ada relevannya apa yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w itu. Dengan cara ini bukan sahaja  membantu anda kurang makan, bahkan memberikan ruang enzim penghadaman di dalam air liur untuk menghadamkan makanan tersebut. 


(Sumber Majalah Midi)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin