13 Aug 2012

Kuasa Senyuman

(Macam kata lagu Malique & Najwa)...." senyum tak perlu kata apa-apa" 

Hanya dengan sebuah senyuman kurniaan Allah mampu mengubah kehidupan seseorang. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia sebalik senyuman adalah : 

1. Membantu memanjangkan hayat seseorang. 
     Dalam satu kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain  besbol beberapa tahun lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini. 

2. Mempengaruhi minda separa sedar. 
     penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman daoat membantu seseorang menukar perkara negatif menjadi satu perkara positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan dengan senyuman. 

3. Mempengaruhi orang lain 
    Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja. Malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Contoh mudah, apabila  anda  senyum terhadap seseorang kebiasaannya mereka mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi. 

4. Senyuman tulen dan senyuman palsu 
     Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan sama ada senyuman yang diberkan itu tulen atau palsu. Bagi mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi matanya. Sekiranya merasakan ia berlainan , mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar  mentafsirkan dua cas berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk mentafsirkannya di sebabkan cas yang berlainan.

5. Latihan untuk muka. 
    Mungkin sudah ramai mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu sarat muka yang dapat membantu untuk penegangankulit. Ia dapati melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut. Mungkin sebab itulah., seseorang yang suka tersenyum itu lebih awet muda. 


(Sumber Majalah Midi)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin