30 Aug 2012

Lima Langkah tangani anak mencarut

1.IBU BAPA CONTOH TERBAIK 
Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepad anak-anak dalam mendidik mereka berkomunikasi. Sebagai ibu bapa, gunakan bahasa yang baik dalam berkomunikasi. Elakkan diri daripada menggunakan perkataan yang kasar sepeti 'bodoh'. Teori ' social learning' atau 'modelling' ada mengatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. 

2. PANTAU RANCANGAN TV 
Disamping itu, cuba peruntukkan sedikit waktu bersama anak-anak. Dengan cara ini, anda dapat memantau rancangan tv, yang mereka tonton. Disamping itu, perhatikan kata-kata (dialog) yang digunakan oleh watak dalam rancangan tersebut. Kadang kala penggunaan perkataan yang tidak sesuai sangat jelas dan kerap kali digunakan dalam setiap rancangan kartun samaada alih bahasa atau rancangan kartun terbitan tempatan seperti perkataan 'tak guna'. Sebagai orang yang lebih dewasa, cuba anda terangkan bahawa perkataan itu tidak sesuai digunakan dalam percakapan harian. Cuba jelaskan secara terperinci berserta contoh agar mereka memahaminya. 

3. PIHAK BERWAJIB MAINKAN PERANAN 
Oleh kerana terlalu banyak rancangan kartun dialih suara dan kerap kali menggunakan perkataan yang tidak manis di sebut anak-anak, oleh itu pihak berwajib harus tampil ke hadapan untuk membendung masalah ini. Sekatan atau tapisan harus dibuat agar perkara ini tidak berleluasa seterusnya menyebabkan kanak-kanak trerpengaruh dengan perkara-perkara tidak elok. 

4. TERAPKAN NILAI KEAGAMAAN DALAM PERTUTURAN 
Menurut sebuah hadis ' kanak-kanak yang baru dilahirkan itu adalah fitrah', ibubapalah yang mencorakkan....', jadi mulakanlah setiap hari dengan perkataan yang baik-baik. Dalam Islam sendiri, segala perbuatan yang dilakukan perlu dimulakan dengan ucapa ' bismillah'. Melalui cara ini, anak-anak akan belajar dengan mengikut perbuatan ibubapanya. Sekiranya, ibubapanya mencarut maka anak juga akan mencarut. 

5. KAWAL PERGAULAN KANAK-KANAK 
Perkara paling penting yang harus ibu bapa lakukan adalah meng 

awal pergaulan anak-anak, setiap saat anda harus pastikan anak-anak bersama dengan siapa, apa yang dibuat dan kata-kata yang dia gunakan. Jika dibiarkan tanpa pemantauan, anak-anak akan rasa bebas, seterusnya membuat apa sahaja yang mereka mahukan. Sekiranya ibu bapa lambat menyedari akan pengaruh yang tidak baik ini kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu, maka ia akan menyebabkan anak memberontak dan berfikir ibu bapanya tidak menyayangi mereka lagi. Jadi melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

(sumber Majalah Keluarga)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin