3 Aug 2012

Membaca & Muhasabah diri

Jika anda individu  yang kurang gemar dengan kegiatan membaca ada baiknya anda muhasabah diri seketika. 

PERTAMA. 
      Membaca penting kerana dapat membuka wawasan baru. Banyak hal baru yang akan anda temui dalam apa-apa jua bahan bacaan. Perkara-perkara yang belum pernah ketahui, bahkan hal-hal yang tidak pernah anda bayangkan sebelum ini. 

KEDUA 
     Membaca penting kerana dapat memberikan pencerahan baru kepada pemikiran anda. Kami yakin anda pernah diganggu persoalan yang mungkin sukar untuk diselesaikan. Mungkin juga anda  sedang serabut memikirkan kaedah terbaik menyelesaikan masalah yang anda sedang hadapi. Ataupun anda sedang menjalani rutin hidup yang sangat membosankan. Kami cadangkan kepada anda membacalah!!. kerana tanpa diduga anda akan bertemu dengan solusi masalah yang sedang dihadapi atau mengubah rutin hidup yang membosankan. Tingkatkan kualiti kehidupan peribadi anda dengan membaca. 

KETIGA 
     Membaca penting kerana dapat mencerdaskan intelektual, spiritual, emosional dan kepercayaan diri yang bersatu dengan kerendahan hati. Membaca akan membuka peluang anda untuk menyerap sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi kehidupan. Membaca akan menumbuhkan kemampuan anda untuk berfikir kreatif, kritis, analitis dan imaginatif. Melalui membaca anda akan membentuk kemampuan berfikir menerusi proses menangkap gagasan/informasi atau idea, memahami, mengimaginasikan, menerapkan dan mengekspresikan. 

KEEMPAT 
     Membaca penting kerana membuat anda menjadi seorang yang berdikari dalam mencari pengetahuan. Anda tidak akan terikat kepada sekolaj, kursus atau seminar. 

KELIMA 
      Membaca dapat memberikan kenikmatan tersendiri bagi jiwa. Membaca ialah sebuah kembara pemikiran. Melalui membaca anda mampu pergi kemana-mana sahaja tanpa dibatasi oleh dimensi ruang dan waktu. Membaca akan memberikan ksempatan kepada and untuk berangan-angan dan membebaskan fikiran. 

KEENAM 
    Membaca dapat membuat hidup lebih sukses. Cuba anda mampu buktikan. 


(Sumber Majalah Midi)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin