26 Aug 2012

Pepatah Orang tua-tua

Waktu. 
* Mereka yang berbahagia adalah yang selalu menyisihkan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah. Menyisihkan waktu untuk tetawa, kerana tertawa itu bagaikan muzik di jiwanya. Menyisihkan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu menambah kemajuannya. Menyisihkan waktu untuk beramal kerana beramal itu akar kejayaannya. Menyisihkan waktu untuk bergurau kerana gurau senda menambahkan cerianya dan menyisihkan waktu beriabadat kerana ibadat itu adalah ibu ketenangan jiwa. 

Makan 
* Orang tua dulu-dulu selalu mengingatkan kita supaya berhenti makan sebelum kenyang. Jangan makan sehingga terlebih kenyang. Sesungguhnya mereka yang selalu kekeyangan akan bertambahlah dagingnya. Apabila bertambah dagingnya, maka bertambahlah nafsunya. Apabila bertambah nafsunya, maka bertambahlah dosanya. Apabila bertambah dosanya maka, bertambahlah keras hatinya. Segala pertambahan ini akbirnya akan menenggelamkan dia ke dalam bencana dunia. 

Pengalaman 
* Manusia di muka bumi ini terdiri daripada tiga jenis. Pertama mereka yang dikatakan bijak dan berpengalaman kerana belajar daripada pengalaman sendiri. Kedua, mereka yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya kerana golongan ini belajar daripada pengalaman orang lain. Ketiga, mereka yang hanyur dengan kebodohan sendiri kerana tidak  mahu belajar daripada pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain. 


(Sumber Mastika)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin