31 Aug 2012

Petua Kecantikan

NYAHKAN JERAGAT DARIPADA WAJAH 
       Malu berhadapan dengan orang sekeliling gara-gara masalah jeragat. Usah berputus asa dan cuba atasinya dengan kaedah petua tradisional. Apa yang diperlukan hanya lah bahan-bahan yang mudah didapati seperti kunyit hidup, beras yang direndam dengan air, limau nipis dan juga putih telur. Langkah pertama beras dan kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu perahkan limau nipis dan masukkan pula putih telur. Gaulkan kesemua bahan ini sebingga sebati. Apabila siap, terus sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering sebelum dibilas dengan air suam. Akhir sekali lap wajah dengan menggunakan kain bersih. Selamat mencuba. 

PASTIKAN KAKI SENTIASA CANTIK 

      Kecantikan kaki juga harus dititikberatkan kerana ia akan memberikan keyakinan ketika melangkah. Ia akan kelihatan kurang cantik apabila sakit, contohnya lenguh-lenguh dan terasa bisa. Buat wanita yang sering menyarung kasut tumit tinggi, masalah ini bagaikan perkara biasa. Begitu juga mereka yang perlu berdiri lama atau pun berjalan jauh. Dalam situasi ini, apa yang diperlukan ialah setengah baldi air daun serai wangi yang telah dididihkan dengan enam helai daun sirih. Selepas naik bau serai, campurkan dengan sedikit air sejuk agar menjadi suam. Rendamkan kaki selama 10minit dan gosok dengan daun sirih. 

JUS TEMBIKAI MENEGANGKAN KULIT. 

     Memiliki wajah tegang merupakan dambaan setiap wanita terutamanya yang usia kian meningkat. Pelbagai produk di pasaran menawarkan bantuan agar impian ini dapat dicapai. Dalam masa yang sama, ada kaedah atau petua yang lebih mudah untuk mengekalkannya. Caranya ialah dengan hanya menyediakan buah tembikai yang kemudiannya di kisar menjadi jus. Setelah itu toskan dan sapukan pada wajah Biarkan buat seketika iaitu antara 10 hingga 15 minit sehingga kering dengan sendirinya. Petua ini digalakkan diamalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. 

ATASI LINGKARAN HITAM BAWAH MATA 
    Tidak kira lelaki atau wanita, masalah hitam di sekeliling mata boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan. Jika kepenatan atau kurang tidur  ia akan menjadi lebih teruk sekaligus mencatatkan penampilan. Cuba petua ini dan sediakan sadu jus tomato, setengah sudu jus lemon, satu sudu tepung gandum serta secubit  serbuk kunyit. Gaulkan kesemua bahan itu tadi sehingga sebati dan sapukan pada sekitar mata. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air bersih. Bagi mendapatkan hasil yang diingini, amalkan petua ini setiap malam sebelum masuk tidur. 

(Sumber Majalah Keluarga)

Mencantikkan Tapak Kaki 
Kaki yang selalu terdedah selalunya lebih kering dan merekah. Untuk mengatasinya anda cuma ambil segenggam beras dan rendamkannya di dalam air kelapa selama tujuh jam. Selepas itu, tapis beras tersebut dan kisar sehingga halus. Sapukan pada kulit kaki dan amalkan selalu. 

Hilangkan BENJOL 
Dahi yang benjol akibat terhantuk sering menjadi teguran orang. Selagi ia tidak surut, selagi itulah orang asyik bertanya. Jadi untuk menghilangkan benjol di dahi dengan segera anda boleh menggunakan daun sirih. Ambil beberapa helai daun sirih dan sapukan dengan sedikit minyak masak. Kemudian layurkan seketika di atas api dan biarkan daun sirih menjadi panas. Selepas itu tekapkan pada kawasan yang benjol. Insyaallah benjol akan surut. 

Hilangkan Daki Di Leher 

Leher merupakan kawasan yang mudah berpeluh dan menyebabkan ia mudah berdaki. Untuk membersihkannya, ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oat yang telah dikisar halus dan setengah cawan susu kambing masam. Campurkan kesemua bahan ini sehingga menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu gosok menggunakan kain kasar dan bilas dengan air sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali. 

( Sumber Majalah Harmoni)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin