22 Aug 2012

Petua rumahtangga lagi...

HILANGKAN HANYIR IKAN DI DALAM SUP 
Selain kebiasaan sup ayam dan daging, ikan juga boleh dibuat sup. Walau bagaimanapun, adakalanya hanyir ikan terasa dan membuatkan sup kurang menyelerakan. Jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan beberapa sudu perahan limau nipis. Ini menjadikan sup anda tidak hanyir malah menjadi lebih sedap. 

PATI SANTAN KEMBALIKAN KEENAKAN DODOL 
Ramai di kalangan kita yang gemar makan dodol tetapi ada masanya ia tidak tahan lama dan akan berbau. Jangan di buang dodol berkenaan. Untuk mengembalikan dodol yang berkulat serta  berbau kurang enak itu, jerang semula diatas dapur bersama-sama dengan pati santan. Kacau sehingga agak kental dan masak. Angkat dan biar sejuk. Dodol bukan sahaja akan kental tetapi juga berbau enak serta tahan lama. 

AIR KELAPA LEMBUTKAN BERAS PULUT. 
Beras pulut selain enak di makan begitu saja juga boleh diperlbagaikan cara penyediaannya. Untuk melembutkan beras pulut, rendam beras didalam air kelapa semalaman. Kemudian kukus seperti biasa. Insyaallah pulut akan menjadi lebih lembut, berkilat dan wangi. 

HILANGKAN HITAM PERIUK 
Jika membeli telur masin, jangan dibuang tanah hitam yang digunakan untuk membalutnya. Ia boleh digunakan untuk membasuh periuk yang hitam. Sapukan sahaja tanah hitam itu ke buntu periuk. Insyaallah arang pada periuk akan terus hilang tanpa perlu menyentalnya dengan berus dawai. 

HINDARKAN KOTORAN MELEKAT PADA CAWAN KACA ATAU MELAMIN 
Pinggan dan cawan kaca dan melamin yang tekah lama digunakan pasti bertukar warna. Untuk menghilangkan kesan kotor pada perkakas ini, bancuh sedikit peluntur kotoran kain bersama air dan rendam pinggn atau cawan selama 1 jam. Kemudian bilas seperti biasa sehingga hilang bau peluntur berkenaan. Hasilnya pasti memuaskan anda. 


(Sumber Seri Dewi & Keluarga)

1 comment:

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin