11 Aug 2012

Petua rumahtangga

3 Langkah Elak Singki Tersumbat 
1. Elakkan membuang sisa makanan ke dalam singki. Latih ahli keluarga anda membuang sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu sebelum meletakkan pinggan ke dalam singki. 
2. Guna penyaring pada singki. 
3. Curah air mendidih ke dalam saluran singki anda sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mencairkan lemak dan menanggalkan sisa makanan yang melekat. 

Hiasan kaca kekal berkilat 
   Bagi mengembalikan kilatan dan mengelakkan hiasan kaca anda tampak kusam. Selain membersihkannya dengan menggunakan pencuci khas barangan kaca yang dijual dipasaran. Anda boleh cuba lapkan permukaannya menggunakan campuran cuka dan air. Lap menggunakan kain lembap. Hiasan anda kembali berkilat. 

Potpuri lama usah dibuang 
   Haruman potpuri membuatkannya sering menjadi pilihan sebagai elemen hiasan dalaman. Bagaimanapun aromanya tidak kekal lama dan akhirnya akan dibuang begitu sahaja. Bagaimanapun dengan hanya meluangkan beberapa minit masa anda, potpuri tersebut masih boleh digunakan semula, anda hanya perlu mendidihkannya  di dalam sebuah periuk keci selama 15 minit atau sehingga kewangiannya keluar semula. kemudian simpan seketika didalam peti sejuk dan seterusnya panaskan dengan pemanas aromaterapi. Wangian asal potpuri akan kembali memugar ruang kediaman anda. 

Oven tahan lebih lama 
1. Bersihkan oven setiap kali selepas digunakan menggunakan kain lembap 
2. Jika terdapat tumpahan atau lelehan, ia perlu dihilangkan dengan segera sejurus selepas sajian masak. 
3. Buka pintu oven supaya ia cepat sejuk setiap kali selepas menggunakanya. 
4. Elakkan sebarang tumpahan pada pemanas termostat kerana ia akan merosakkan fungsinya. 
5. Jangan guna pencuci sembarangan kerana kandungan kimia pencuci tersebut mungkin membahayakan. 
6. Sentiasa memeriksa suhu oven anda dengan mencuba resepi yang sering anda masak. Jika hasilnya tdak seperti yang selalu anda dapat, mungkin sesuatu yang tidak kena dengan sistem kawalan suhu oven anda. 



(sumber Impiana)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin