1 Aug 2012

Positif hadapi Menopaus

Menopaus adalah salah satu perubahan kehidupan. Bagaimana seorang wanita mengedalikan perubahan tersebut ialah pilihan yang dia mesti buat secara berterusan. 

   Sama ada memilih menggunakan terapi penggantian hormon, menetapkan sendiri rejimen mental dan fizikalnya menerusi senaman dan diet, atau cara lain, atau sama ada dia memutuskan untuk pasrah dan berterusan berdoa agar satu hari nanti segalanya berakhir dengan baik, semuanya bergantung pada diri sendiri. Terpulang bagaimana dia perlu bertindak dalam menjalani kehidupan sehariannya. 

PERTAMA  sekali dia perlu menetapkan fikirannya agar tidak terlalu mengikut perasaan. Jadi jangan cepat memberi reaksi atas sesuatu situasi dan apa yang dia rasa kerana perasaan itu boleh berubah-ubah dengan cepat. 

KEDUA, amat membantu sekiranya dia mempertuntukkan masa memanjakan diri sendiri. Mungkin dia perlu memilih sehari dalam seminggu untuk melakukan sesuatu yang diingininya, misalnya masuk tidur satu jam lebih awal dari kebiasaan. 


      Terlalu banyak tidur boleh memberikan kesan kurang elok, namun sejam tambahan akan membantu menjadi lebih segar dan seolah-olah diberikan nafas baru setelah mengharungi tekanan selama seminggu. 

KETIGA, semua orang tahu bahawa jika seorang wanita kelihatan baik, dia akan berasa lebih baik. Jadi rancang aktiviti yang boleh membuatkan dirinya rasa tenang dan relaks. Bermula dengan tidur yang mencukupi, sehinggalah kepada penjagaan tubuh. 


     Mungkin perubahan kecil boleh menaikkan keyakinan dirinya seperti mengubah gaya ikatan tudung yang sedikit berbeza. kemudian habiskan masa untuk bersenam seperti berjalan-jalan sekitar kediaman atau taman. 


       Jangan terlalu terpengaruh dengan tanggapan negatif yang sering dilabelkan dengan menopaus. Anda sendiri harus sentiasa memandang ia dari sudut positif dan mengubah sesuatu yang negatif kepada positif.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin