7 Sep 2012

USIA MIDI

Segala bermula daripada dalam 

1. Positif hadapi penuaan. 
    Kadangkala anda perhatikan ada wanita boleh nampak lebih muda daripada usia sebenarnya. Kenapa begitu? Selain menjaga fizikal dan penampilan, paling penting adalah cara mereka berfikir. Sekiranyanya kita positif dan menerima dengan tenang serta terbuka tentang proses penuaan yang terjadi, maka ia akan terpancar dari dalam. Anda tidak akan tertekan mengenangkan usia yang semakin meningkat kerana pertambahan usia tidak boleh disekat. Jadi buat apa anda hendak menentang sesuatu yang mustahil dihalang. Itu semua membebankan perasaan anda sahaja. Apabila tertekan sedikit sebanyak ia akan tergambar pada wajah yang murung. Sebaliknya jika anda positif dan tetap ceria, wajah juga berseri-seri tenang dan lebih awet muda. 

2. Jaga penampilan. 
     Sebenarmya semakin berusia, semakin seseorang itu perlu menjaga penampilan. Jangan sekali-kali mengatakan pada diri anda " Ah, aku dah tua tak perlulah nak bergaya lagi" itu salah. Nanti anda sendiri yang akan 'makan hati' apabila melihat teman-teman seusia masih menjaga penampilan, kelihatan lebih muda daripada anda. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini wanita berlumba-lumba nak kekal cantik, walaupun dan dah berusia. Jadi tetaplah jaga penampilan. Terlalu banyak pilihan fesyen yang sesuai  dan boleh anda pilih., bersesuaian dengan anda seperti aneka jubah atau blaus labuh yang tetap boleh mengekalkan ciri kesopanan anda. 

3. Amalkan gaya hidup sihat. 
    Kesihatan ialah kunci utama kehidupan. Apabila mempunyai tahap kesihatan yang baik, kita boleh melakukan apa sahaja dalam hidup. Malah beban hidup juga berkurang kerana tidak perlu menanggung bil-bil perubatan. Selain itu dari segi fizikal, kesihatan yang baik turu membantu seseorang itu untuk kelihatan lebih muda dan bertenaga Sebaliknya jika ada penyakit ia boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak bermaya dan juga tua daripada usia sebenar. Ditambah pula dengan tekanan terhadap penyakit tersebut selain bebanan perubatan. Semua itu boleh menjadi faktor untuk seseorang itu kelihatan murung, keruh dan tidak gembira. 

4. Kerohanian 
    Ini yang paling penting. kepentingannya mengatasi faktor-faktor lain. Apabila jiwa tenteram, wajah juga akan nampak tenang sahaja. Malah bagi yang beragama Islam, air wuduk dapat menambahkan seri pada wajah. Jadi rajin-rajin lah mengekalkan diri dalam wuduk. Selain itu ketenangan yang tidak ternilai adalah apabilakita mendekatkan diri kita pada yang Maha Esa. 


(sumber Majalah Midi)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin