21 Sep 2012

Apabila Anda......................

APABILA semuanya serba tak kena dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah...anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi. 

*  Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya. 


*  Apabila dbelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA yang tidak pernah melukakan hati mu. Dia Maha Adil. 


* Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrattmu, jangan berputus asa kerana DIA melihat segala-galanya. 


* Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa. 


* Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-NYA 


* Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa disisi sudi menemanimu, cari lah jalan lurus itu dari DIA, yang menjadi satu-satunya panduan hidup, 


* Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar. 


* Apabila miskin dan papa anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya. 


* Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu. 


* Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnua, serahkan dirimu kepada DIA....satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan. 


Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama orang-orang yang sabar. 


(Sumber Mastika)

16 Sep 2012

Petua dari Anjung Seri

Buang Bulu Haiwan 
Bulu binatang peliharaan biasanya melekat pada perabo dan pakaian. Untuk membuangnya, gosok perabot atau baju dengan sarung tangan lembab secara perlahan-lahan sehingga bulu itu gugur. 

Hilangkan Bau Pakaian 
Ada masa anda tidak perasaan yan anda tertinggal sehelai dua pakaian sudah dicuci dalam mesin membasuh. Bau masam pasti melekat pada pakaian berkenaan. Anda noleh mengulangi semula mencuci pakaian itu tetapi ada kaedah lain untuk membuang bau yang kurang menyenangkan, iaitu rendamkan pakaian dalam baldi berisi campuran air dan setengah cawan ammonia. Kemudian bilas seperti biasa. 

Kembalikan Seri Dinding 
Dinding yang kusam nampak tidak berseri lebih-lebih lagi jika terdapat kesan kotoran. Untuk mengembalikan seri dinding, lap permukaannya dengan kain basah yang direndam dalam campuran air bersama cuka, Kaedah itu bukan sahaja membersihkan kesan kotoran pada permukaan dinding malah menghilangkan bau kurang menyenangkan. 

Kitar semula Kotak Tisu 
Kotak tisu yang susah kosong jangan dibuang. Ia boleh diguna semula sebagai tempat mengisi beg plastik. Selain memastikan himpunan beg plastik tersusun rapi, ia juga memudahkan anda menarik satu per satu beg plastik dari kotak.

15 Sep 2012

Stress Kritikal - Punca Tekanan Jiwa

PUNCA STRESS 
1. Pengurusan diri yang lemah dan pengurusan masa yang tidak berkesan 
2. Terlalu materialistik/duniawi sehingga tiada masa untuk bersama keluarga dan tidak menjaga kesihatan diri. 
3. Amalan gaya hidup yang tidak bersenam dan kurang membaca. 


LANGKAH MENANGANI STRESS 

*  Kenal pasti tahap stress, adakha ia  memudaratkan atau tidak. 
* Amalkan pemakanan seimbang dan pengambilan makanan tambahan, banyakkan minum air kosong. 
* Cari orang yang boleh dipercayai untuk berkongsi cerita, carilah pendengar yang baik seperti ibu bapa, suami, isteri ataupun rakan. 
* Sentiasa bangun malam (bagi yang muslim), ia memberi kekuatan jiwa & rohani. 
* Lakukan meditasi (bagi bukan muslim) 
* Berpuasa, apabila perut merasa lapar, kita akan malas untuk berfikir banyak perkara. 
* Rawatan Islam, jangan tunggu sehingga stress menjadi lebih teruk, amalan ayat-ayat tertentu didalam al-Quran akan membantu. 
* Apabila stress berada ditahap kritikal, segeralah berjumpa dengan kaunselor, pakar terapi ataupun pakar psikiatri. 

Tip 
1. Elakkan mengambil ubat-ubatan seperti pil penenang kerana ia boleh memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. 
2. Percutian juga boleh membantu mengurangkan stress tapi ia bergantung kepada kemampuan individu. Sebenarnya ia tidak menyelesaikan masalah secara total. 
3. Bagi beragama Islam, anda boleh menunaikan Umrah. 



(Sumber Majalah keluarga)

14 Sep 2012

Nota Sihat

Awas Masalah Penghadaman 

Sebahagian besar masalah penghadaman ini hanyalah bersifat ringan. Namun janganlah diabai jika anda tidak ingin ia berlaku setiap hari. Sekiranya tidak segera dicegah boleh mengakibatkan timbulnya jaringan parut di kerongkong serta menyebabkan anda sukar untuk menelan. Lebih parah lagi boleh mengakibatkan terjadinya barret's eshophagus yang boleh meningkatkan risiko kanser. 

BAGAIMANA MENCEGAHNYA. 

1. Sentiasa menjaga berat badan anda. Segera turunkan jika terasa kenaikan berat badan. 
2. Elak daripada terus tidur selepas makan. Tunggulah selama dua hingga tiga jam supaya makanan tercerna dahulu. 
3. Elak atau berhentilah merokok. 
4. Elak melakukan kerja-kerja berat terutama yang memerlukan anda membongkok berulang-ulang kali selama sejam selepas makan. 
5. Kurangkan pengambilan minuma yang mengandungi kafein serta berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan teh herba. 
6. Makan secara teratur dan mengikut waktu. Paling penting jangan tinggalkan sarapan. Pilihlah sarapan yang ringan dan mudah untuk dihadamkan contohnya bijirin atau buah-buahan. 
7. Kurangkan makanan mentah kerana ia lebih sukar untuk dicerna. Untuk sayur-sayuran, kukus atau celur seketika tanpa menghilangkan vitamin dan zat-zatnya yang lain. 
8. Amalkan memakan satu hiris halia segar yang diperah dengan sedikit jus lemon. Sekiranya anda tidak lalu hendak menelan halia, minumlah perahan halia segar yang dicampur dengan jus lemon bersama air suam. Minum antara 30 ke 60 minit sebelum makan. 
9. Elakkan minuman berais kerana dipercayai boleh mengurangkan kecekapan proses pencernaan. Tubuh memerlukan cecair suam atau pada suhu bilik dan bukannya seju. Air suam dan rempah masakan dikatakan dapat membantu melancarkan proses penghadaman. 
10. Makanlah makanan segar serta kurangkan makanan yang diproses atau dalam tin. 
11. Masaklah menggunakan bahan-bahan yang boleh merangsang sisem perncernaan contohnya halia, kunyit, jintan putih atau ketumbar. Bahan-bahan ini dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada tubuh serta meningkatkan penyerapan dan pengagihan nutrien makanan. Makanan yang sukar dihadam contohnya kacang dal harus dimasak dengan bahan ini untuk mengelakkan ketidakselesaan dan kembung perut. 
12. Anda juga boleh mengamalkan meminum lassi pada waktu tengahari. Lassi dipercayai dapat membantu bahagian usus untuk berfungsi dengan lebih baik. Namun begitu elakkan mengambil lassi pada waktu malam. 
13. Makan secara perlahan-lahan dan nikmatilah makanan anda. Makan dalam keadaan tergesa-gesa atau tertekan boleh merencatkan penghasilan asid hidroklorik dn enzim yang diperlukan untuk pencernaan. Kunyah dengan perlahan-lahan. 
14. Banyakkan memakan pisang, nenas, betik, madu asli dan yogurt. Yogurt mengandungi probiotik untuk meransang bakteria baik dalam usus. 
15. Elakkan makan sambil bersulamkan air kerana boleh menggangu proses pencernaan. 


(Sumber Majalah Nona) 

8 Sep 2012

Segalanya Am

* Otak kita mempunyai 100 bilion sel saraf. Manakala seorang manusia mempunyai 100,000 helai rambut di kepala. 

* Purata seorang manusia mengambil kira-kira 61 kilogram gula setahun. 

* Seorang manusia memerlukan 800 gelen air sepanjang hidup mereka. 

* Manusia menggerakkan sendi jari sebanyak 24,000,000 kali sepanjang hayat. 

* Seseorang manusia ketawa sebanyak 15 kali sehari. 

* Seseorang yang ingin membeli rumah akn menilai dan melihat sekurang-kurangnya lapan rumah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. 

* Kita bertutur sebanyak 31500 patah perkataan sehari. 

* Purata, seorang wanita menggunakan lipstik sebanyak tiga kilogram sepanjang hayat. 


( Sumber Mastika )

7 Sep 2012

USIA MIDI

Segala bermula daripada dalam 

1. Positif hadapi penuaan. 
    Kadangkala anda perhatikan ada wanita boleh nampak lebih muda daripada usia sebenarnya. Kenapa begitu? Selain menjaga fizikal dan penampilan, paling penting adalah cara mereka berfikir. Sekiranyanya kita positif dan menerima dengan tenang serta terbuka tentang proses penuaan yang terjadi, maka ia akan terpancar dari dalam. Anda tidak akan tertekan mengenangkan usia yang semakin meningkat kerana pertambahan usia tidak boleh disekat. Jadi buat apa anda hendak menentang sesuatu yang mustahil dihalang. Itu semua membebankan perasaan anda sahaja. Apabila tertekan sedikit sebanyak ia akan tergambar pada wajah yang murung. Sebaliknya jika anda positif dan tetap ceria, wajah juga berseri-seri tenang dan lebih awet muda. 

2. Jaga penampilan. 
     Sebenarmya semakin berusia, semakin seseorang itu perlu menjaga penampilan. Jangan sekali-kali mengatakan pada diri anda " Ah, aku dah tua tak perlulah nak bergaya lagi" itu salah. Nanti anda sendiri yang akan 'makan hati' apabila melihat teman-teman seusia masih menjaga penampilan, kelihatan lebih muda daripada anda. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini wanita berlumba-lumba nak kekal cantik, walaupun dan dah berusia. Jadi tetaplah jaga penampilan. Terlalu banyak pilihan fesyen yang sesuai  dan boleh anda pilih., bersesuaian dengan anda seperti aneka jubah atau blaus labuh yang tetap boleh mengekalkan ciri kesopanan anda. 

3. Amalkan gaya hidup sihat. 
    Kesihatan ialah kunci utama kehidupan. Apabila mempunyai tahap kesihatan yang baik, kita boleh melakukan apa sahaja dalam hidup. Malah beban hidup juga berkurang kerana tidak perlu menanggung bil-bil perubatan. Selain itu dari segi fizikal, kesihatan yang baik turu membantu seseorang itu untuk kelihatan lebih muda dan bertenaga Sebaliknya jika ada penyakit ia boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak bermaya dan juga tua daripada usia sebenar. Ditambah pula dengan tekanan terhadap penyakit tersebut selain bebanan perubatan. Semua itu boleh menjadi faktor untuk seseorang itu kelihatan murung, keruh dan tidak gembira. 

4. Kerohanian 
    Ini yang paling penting. kepentingannya mengatasi faktor-faktor lain. Apabila jiwa tenteram, wajah juga akan nampak tenang sahaja. Malah bagi yang beragama Islam, air wuduk dapat menambahkan seri pada wajah. Jadi rajin-rajin lah mengekalkan diri dalam wuduk. Selain itu ketenangan yang tidak ternilai adalah apabilakita mendekatkan diri kita pada yang Maha Esa. 


(sumber Majalah Midi)

6 Sep 2012

10 Perubahan menjelang MENOPAUS


Sebahagian besar wanita akan menghabiskan satu pertiga kehidupannya dengan menjalani fasa menopause.
 
GEJALA PAR MENOPAUS
 
1.     PERUBAHAN HAID
         Jumlah haid menjadi sedikit, sangat banyak atau perdarahan haid tidak teratur. Perubahan haid seperti ini ‘normal” terjadi pasa fasa pra menopause, akan tetapi harus berwaspada kemungkinan keadaan patologi lainnya.
 
2      GEJALA VASOMOTOR
        (hot flushes, flushes)  
Iaitu perubahan suhu badan yang dirasai oleh pesakit, desertai perpeluhan pada waktu malam, dengan frekuensi dan kadar yang tidak sekata 75 peratus wanita mengalaminya, 10-15 peratus merasakan gejala flushes yang berat. Polanya berbeza-beza untuk setiap wanita, demikian juga usia mula terjadi dan lamanya. 
 
3      INSOMIA
        Mungkin ada kaitannya dengan hot flushes. Terbangun pada tengah malam dan terus terjaga, sukar tidur, mudah bangun tapi sukar tidur semula.   
 
4      PERUBAHAN UROGENITAL
        Mudah mengalami vaginitis kerana perubahan hormone mengakibatkan fungsi kekebalan menurun, rasa kering pada vagina, iritasi dan gatal pada vagina.  
 
5      PERUBAHAN MENTAL DAN EMOSI  
        Mudah depresi, bahkan dapat menjadi depresi klinikal yang memerlukan terapi utama sekiranya ada sejarah depresi sebelumnya. Perasaan cemas meningkat, mungkin didorong oleh perasaan takut, serangan panic. Gejala fizikal dan hot flushes dapat menambah lagi rasa cemas.
 
6     PERUBAHAN KOGNITIF
        Tidak ada hubungannya dengan kadar estrogen yang menurun. Perubahan kognitif lebih berkaitan dengan proses penuaan. 
 
7    PERUBAHAN LIBIDO  
        Penurunan kadar estrogen tidak ada kaitan dengan penurunan libido. Penurunan libido mungkin ada kaitannya dengan masalah lain, seperti hot flushes, rasa kering pada vagina atau perubahan emosi.  
 
8     PERUBAHAN KESIHATAN LAINNYA  
        Seperti mengingkatnya berat badan., lebih berkait dengan proses penuaan. Sakit sendi, sakit kepala yang terjadi kerana naik turunnya kadar hormone, bleh disertai perasaan tegang, sakit kepala sebelah atau dua-duanya (migraine), sakit dibelakang salah satu mata yang boleh berlangsung sehingga tiga jam.  
 
9    PERUBAHAN KULIT  
        Menurunya kadar keanjalan kulit, kulit menjadi kering dan perasaan menjalar pada kulit.  
 
10  PERUBAHAN RAMBUT
        Kulit dan rambut kepala menjadi tipis dan pertumbuhan rambut pada daerah wajah.

5 Sep 2012

Kau kaki busuk!!


PENJAGAAN KAKI
 
*   JANGAN pakai kasut tumit tinggi terlalu lama. Mereka yang mengalami osteoporosis tidak digalakkan memakai kasut bertumit tinggi. 
*   PEMAKAIAN sarung kaki boleh mengelakkan masalah kuku kaki mengeras akibat  pemakaian kasut dalam tempoh panjang dan juga menjaga tumit daripada pecah-pecah.  
*    SAPUKAN krim atau losen kaki untuk mendapatkan kulit kaki lembut dan halus. 
*    JANGAN memakai pewarna kuku kerana produk itu boleh menjejaskan kesihatan kuku.  
*    JANGAN potong kuku terlalu pendek kerana boleh menyebabkan kuku tidak sihat dan menyakitkan.
*    LAP kaki hingga kering sebelum memakai kasut untuk elak kaki berbau
 
 
 
(Sumber dari MIDI)
 

4 Sep 2012

Bukan Cinta Biasa

BUKAN CINTA BIASA...
Oleh:
Ustaz Pahrol Mohammad Juoi]

Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu."Apakah ini kerana Allah?" tanya hampir berbisik.
"Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah," jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang "meninggalkan". Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa...

Mengapa hanya kata-kata "apakah semua ini kerana Allah?" yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, "kenapa sampai hati kau buat begini?" Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu... semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar... Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.

Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada "kerana" yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya - berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.

Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal... cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?

Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri... begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi "jika itu kehendak Allah" dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela "kehilangan" anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega.

Ah, agungnya sejarah itu. Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami... tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.

Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip "kerana Allah". Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila "bukan kerana Allah" menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.

Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih "gitu-gitu" juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan...

Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada "dendam". Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.

Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!

Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi "kerana Allah", rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah... Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.

Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu - "better bend than break" (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia.
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia... cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja...

Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai!

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah "kerana Allah". Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama... tetapi oleh orang yang sabar.

Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim... namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata "kerana Allah". Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.

Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita "kena hidup dengannya." Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan... Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!

AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnyaMulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya... bukan aku Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

Renung-renungkanlah..

3 Sep 2012

Khasiat Pisang

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yangmenyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantumemelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cubasapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlumengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantumenormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!�

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.Menakjubkan!

2 Sep 2012

Jangan jadi bodoh!

* Zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50cm, 
   Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. 
   Kuda tidur secara berdiri. 
   Obor-obor mengandungi 95 peratus air. 
   kanggaru boleh melompat sejauh sembilan meter sekali lompatan. Kanggaru sebenarnya tidak bileh melompat jika ekornya tidak 
   menyentuh bumi kerana itu bertindak sebagai topang. 


* Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka). Sementara tiu di Virginia Barat, Amerika Syarikat pula terdapat tempat bernama 666. 

* Tomato dan timun adalah buah-buahan, bukan sayur. 

* Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. 

* Ikan jerung kebal terhadap penyakit barah, manakala seekor katak membuka mulutnya terlalu lama, ia akan mati lemas. 

* Udang karang mengambil masa selama tujuh tahun untuk mencapai berat 500 gram. 

* Ketawa mampun mengeluarkan udara di dalam pari-paru dengan kelajuan 60mpb. Seseorang yang sering ketawa juga memiliki risiko panyakit jantung 40 peratus lebih rendah dibandingkkan dengan orang yang murung. 


(Sumber Mastika)

1 Sep 2012

Kata-kata Hikmah

*  Barang siapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum, nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu - Peribahasa Arab 

* Sifat baik ialah tidak pernah putus asa dan tidak pernah gentar - Marsekat Foch 

* Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas, Kalau kekayaan memerintah, kita jadi miskin - Edmund Burke. 
    
Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu, kemiskinan menjadi penolaknya. Jangan tertawa melihat orang jatuh kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit. 


(Sumber Mastika)

LinkWithin