14 Sep 2012

Nota Sihat

Awas Masalah Penghadaman 

Sebahagian besar masalah penghadaman ini hanyalah bersifat ringan. Namun janganlah diabai jika anda tidak ingin ia berlaku setiap hari. Sekiranya tidak segera dicegah boleh mengakibatkan timbulnya jaringan parut di kerongkong serta menyebabkan anda sukar untuk menelan. Lebih parah lagi boleh mengakibatkan terjadinya barret's eshophagus yang boleh meningkatkan risiko kanser. 

BAGAIMANA MENCEGAHNYA. 

1. Sentiasa menjaga berat badan anda. Segera turunkan jika terasa kenaikan berat badan. 
2. Elak daripada terus tidur selepas makan. Tunggulah selama dua hingga tiga jam supaya makanan tercerna dahulu. 
3. Elak atau berhentilah merokok. 
4. Elak melakukan kerja-kerja berat terutama yang memerlukan anda membongkok berulang-ulang kali selama sejam selepas makan. 
5. Kurangkan pengambilan minuma yang mengandungi kafein serta berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan teh herba. 
6. Makan secara teratur dan mengikut waktu. Paling penting jangan tinggalkan sarapan. Pilihlah sarapan yang ringan dan mudah untuk dihadamkan contohnya bijirin atau buah-buahan. 
7. Kurangkan makanan mentah kerana ia lebih sukar untuk dicerna. Untuk sayur-sayuran, kukus atau celur seketika tanpa menghilangkan vitamin dan zat-zatnya yang lain. 
8. Amalkan memakan satu hiris halia segar yang diperah dengan sedikit jus lemon. Sekiranya anda tidak lalu hendak menelan halia, minumlah perahan halia segar yang dicampur dengan jus lemon bersama air suam. Minum antara 30 ke 60 minit sebelum makan. 
9. Elakkan minuman berais kerana dipercayai boleh mengurangkan kecekapan proses pencernaan. Tubuh memerlukan cecair suam atau pada suhu bilik dan bukannya seju. Air suam dan rempah masakan dikatakan dapat membantu melancarkan proses penghadaman. 
10. Makanlah makanan segar serta kurangkan makanan yang diproses atau dalam tin. 
11. Masaklah menggunakan bahan-bahan yang boleh merangsang sisem perncernaan contohnya halia, kunyit, jintan putih atau ketumbar. Bahan-bahan ini dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada tubuh serta meningkatkan penyerapan dan pengagihan nutrien makanan. Makanan yang sukar dihadam contohnya kacang dal harus dimasak dengan bahan ini untuk mengelakkan ketidakselesaan dan kembung perut. 
12. Anda juga boleh mengamalkan meminum lassi pada waktu tengahari. Lassi dipercayai dapat membantu bahagian usus untuk berfungsi dengan lebih baik. Namun begitu elakkan mengambil lassi pada waktu malam. 
13. Makan secara perlahan-lahan dan nikmatilah makanan anda. Makan dalam keadaan tergesa-gesa atau tertekan boleh merencatkan penghasilan asid hidroklorik dn enzim yang diperlukan untuk pencernaan. Kunyah dengan perlahan-lahan. 
14. Banyakkan memakan pisang, nenas, betik, madu asli dan yogurt. Yogurt mengandungi probiotik untuk meransang bakteria baik dalam usus. 
15. Elakkan makan sambil bersulamkan air kerana boleh menggangu proses pencernaan. 


(Sumber Majalah Nona) 

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin