16 Sep 2012

Petua dari Anjung Seri

Buang Bulu Haiwan 
Bulu binatang peliharaan biasanya melekat pada perabo dan pakaian. Untuk membuangnya, gosok perabot atau baju dengan sarung tangan lembab secara perlahan-lahan sehingga bulu itu gugur. 

Hilangkan Bau Pakaian 
Ada masa anda tidak perasaan yan anda tertinggal sehelai dua pakaian sudah dicuci dalam mesin membasuh. Bau masam pasti melekat pada pakaian berkenaan. Anda noleh mengulangi semula mencuci pakaian itu tetapi ada kaedah lain untuk membuang bau yang kurang menyenangkan, iaitu rendamkan pakaian dalam baldi berisi campuran air dan setengah cawan ammonia. Kemudian bilas seperti biasa. 

Kembalikan Seri Dinding 
Dinding yang kusam nampak tidak berseri lebih-lebih lagi jika terdapat kesan kotoran. Untuk mengembalikan seri dinding, lap permukaannya dengan kain basah yang direndam dalam campuran air bersama cuka, Kaedah itu bukan sahaja membersihkan kesan kotoran pada permukaan dinding malah menghilangkan bau kurang menyenangkan. 

Kitar semula Kotak Tisu 
Kotak tisu yang susah kosong jangan dibuang. Ia boleh diguna semula sebagai tempat mengisi beg plastik. Selain memastikan himpunan beg plastik tersusun rapi, ia juga memudahkan anda menarik satu per satu beg plastik dari kotak.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin