20 Nov 2012

Info Sihat dari Metro

 Jantung yang baik dapat memastikan kesihatan tubuh dan minda anda keseluruhan sistem dalaman berfungsi dengan lancar. Sistem saraf, sistem pernafasan, sistem perkumuhan dan saluran darah adalah antara bahagian yang perlu sentiasa dititikberatkan kerana saling berkait rapat dengan keadaan jantung yang sihat. 

   Pengambilan sayuran yang banyak, selain makanan yang memiliki asid lemak omega 3 serta vitamin c kompleks dalam diet harian sudah memadai bagi mengelakkan diri terlantar di hospital. 

Berikut beberapa sumber makanan lain yang baik untuk kesihatan jantung, yang murah dan mudah untuk didapati. 

EMPING OAT 
   Mulakan hari anda dengan semangkuk emping oat yang kaya dengan asid lemak omega-3, folat dan kalium. Makanan yang kaya serat ini juga dapat menurunkan kadar kolesterol, disamping membantu mengelakkan arteri daripada tersumbat. Pilih oat kasar atau organik berbanding dalam pek segera kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan tambahkan perisa dengan pisang, kiwi atau strawberi. 

IKAN SALMON 
  Kaya dengan asid lemak omega-3, salmon secara efektif membantu mengurangkan tekanan darah dan menghindarkan saluran darah tersumbat. Cuba senaraikan ikan salmon sekurang-kurangnya dua hidangan dalam seminggu yang mana dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung. Salmon juga mengandungi karotenoid astaksantin, iaitu antioksida penuh. Jika bukan peminat salmon, pilih ikan lain seperti tuna, sardin, kembung atau ikan hering. 

AVOKADO 
   Tambah sedikit avokadao dalam sandwich atau salad sebagai sumber lemak sihat dakam diet anda. Padat dengan lemak monotaktepu, avokado dapat membantu mengurangkan kolesterol buruk (LDL) sementara meningkatkan jumlah kolesterol baik (HDL) dalam tubuh. Avokado juga membuatkan penyerapan karotenoid lain khususnya beta karotena dan likopena, yang penting untuk kesihatan jantung. 

MINYAK ZAITUN 
   Kaya dengan lemak monotaktepu, minyak zaitun merendahkan tahap kolesterol LDL dn mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Keputusan daripada kajian Tujuh Negara yang melihat kejadian penyakit kardiovaskular di seluruh dunia, menunjukkan bahawa lelaki di Crete, Greece mempunya kecenderungan untuk mendapat paras kolesterol tinggi, tapi tidak ramai yang meninggal dunia akibat penyakit jantung kerana diet mereka memberi tumpuan kepada lemak sihat yang ditemui dalam minyak zaitun. 
   Guna minyak zaitun jenis virgin atau extra virgin bagi mengantikan mentega ketika memasak. 

KACANG 
   Kacang walnut penuh dengan asid lemak omega-3, selain badam dan kacang makadamia yang sarat dengan mono serta lemak politaktepu. Selain itu pengambilan kekacang dapat meningkatkan serat dalam diet, seperti minyak zaitun, bahan makanan ini adalah sumber besar untuk lemak sihat. Jadikan oengambilan kekacang sebagai snek berbanding mengambil makanan ringan yang penuh dengan bahan perasa dan pewarna. 

BUAH BERI 
  Beri biru, raspberi dan strawberi apa saja yang anda suka penuh dengan khasiat antiradang yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah. Beri ini juga baik untuk kesihatan sisem pembuluh darah. 

KACANG LEGUM 
   kacang kuda, dal dan kacang hitam kaya dengan asid lemak omega-3. Selain itu ia memberikan khasiat kalsium dan serat larut. 

BAYAM 
  Bayam membantu mengekalkan degupan jantung normal disebabkan khasiat lutein, folat, kalium dan serat.  Tapi apa jua sayuran dapat memberikan ransangan pada jantung anda. Kajian pakar kesihatan memeriksa lebih 15,000 lelaki tanpa penyakit jantung selama 12 tahun dan mendapati mereka yang makan sekurang-kurangnya dua setenah hidangan sayuran setiap hari berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 25 peratus, berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sayuran. Setiap hidangan tambahan pula mengurangkan risiko sehingga 17 peratus. 

SOYA 
  Soya dikatakan membantu mengurangkan kolesterol dan disebabkan ia rendah lemak tepu ia sumber penting yang baik untuk kesihatan jantung. Pilih sumber semula jadi soya seperti kacang edamame, tempe atau tauhu organik. Susu soya pula ada tambahan yang baik kepada semangkuk emping oat atau bijirin gandum. Elakkan soya yang diproses kerana mengandungi garam tambahan yang boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.

1 comment:

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...