18 Nov 2012

Kelebihan susu selain minuman

Antara cara untuk memanafaatkan susu bagi mendapatkan kulit dan rambut yang cantik. 

*  Campur susu dengan oat yang digunakan sebagai penyental badan. 

*  Susu segar juga boleh dicampurkan dengan madu untuk menghasilkan 'humektan' iaitu sejenis bahan yang mampu membantu kulit untuk menyimpan lembapan. Ia juga boleh digunakan sebagai pupur untuk disapu pada muka, leher dan bahagian dada. 

*  Susu kaya dengan kalsium dan ia akam menguatkan kuku supaya ia tidak mudah patah atau terkopek. Bagi menjaga kuku supaya sentiasa nampak cantik dan tahan lasak, rendamkan keseluruhan pergelangan tangan dalam susu suam selama tiga minit sebelum dicuci dan disapu dengan krim tangan. Lakukan seminggu sekali bagi melihat hasilnnya. 

*  Susu jugak boleh mengurangkan mata yang tidak bermaya serta sembap. Rendam bebola kapas dalam susu sejuk dan letakkan pada kelopak mata yang bengkak selama lebih kurang 3 minit. Susu melawan keradangan secara semula jadi manakala kandungan asik laktik di dalamya mampu mengurangkan kesan gelap di sekeliling mata 

*   Susu juga membantu untuk mendapatkan kulit muka lebih lembut dan muda.  Sapukan susu keseluruh wajah menggunakan bebola kapas beberapa kali dalam seminggu. 
    Sebaik disapu, biarkan susu mengering sebentar pada wajah sebelum dicuci dengan air suam. Tidak kira daripada jenis penuh lemak atau skim, susu boleh memberikan rawatan wajah sebaik spa. 
    Namun bagi mereka yang mempunyai kulit terlalu kering, susu yang sesuai disapu pada wajah ialah susu yang mempunyai krim tambahan kerana ia mempunyai lemak  yang mampu memberikan lembapan penting untuk kulit. 
    Bagi kulit berminyak, gunakan susu yang mengandungi hanya dua peratus lemak atau susu tanpa lemak, tetapi bagi kulit normal gunakan susu penuh krim. 

*  Susu juga memberi impak yang sama pada rambut untuk menghasikan rambut lebih sihat, bersinar dan lebat. Ini kerana susu yang kaya dengan protein dan asid amino, bertindak sebagai pelembap  semula jadi. 
   Campurkan lima sudu besar tanpa lemak ke dalam air mencukupi bagi menghasilkan sebatian. Ia kemudiannya disapu pada rambut yang bersih dan lembap, selepas itu bungkus rambut dengan tuala lembap  yang dipanaskan bagi membantu serapan nutrien susu ke dalam folikel rambut. Biarkan rambut dalam keadaan itu sekurang-kurangnya 3 minit. Sebaik selesai cuci rambut dengan bersih. 

*  Susu juga boleh disapu pada kulit kepala supaya ia bersih dan sihat. Campurkan satu sudu garam bersama suku cawan susu tanpa lemak dan gunakannya untuk mengurut kulit kepala yang kering selama 60 saat. 
    Biarkan selama satu minit sebelum syampu seperti biasa. Susu akan menyerap minyak berlebihan pada kulit kepada dan garam pula akan membantu menyingkirkan kulit kering di kepala. 

* Untuk merawat bibir kering,hasilkan sebatian campuran setengah sudu susu, koko panas dan beberapa titis air panas kemudian sapukan pada bibir. Antioksidan yang terkandung dalam koko mempunyai ejen yang mampu meningkatkan kadar lembapan dalam kulit bibir. Ini juga dapat mengurangkan garis halus pada bibir. 
   Kandungan asid laktik juga membantu mengupas sel kulit mati, melembutkan dan membuatkan bibir menjadi lebih penuh dan seksi. Selepas dibiarkan selama beberapa minit,bersihkan bibir dengan air suam. kemudian sapukan pelembap bibir. 

*  Bagi mereka yang mahukan kulit cantik seluruh tubuh, masukan susu damam pembancuh letrik dan bancuh hingga tepu. Kemudian sapukan keseluruh tubuh, biar selama tiga minit sebelum dicuci bersih dengan air suam. 
   Mereka yang mahu mandi juga boleh mencampurkan dua cawan susu penuh krim ke dalam tab mandi. Campurkan juga dua sudu besar madu dan kacau hingga sebati, boleh juga campurkan kelopak bunga mawar kerana ia boleh menambahkan kelembutan pada kulit dan berbau harum seperti Cleopatra. Berendam selama lebih kurang 15 minit. Selepas dibilas sapukan losen badan bagi mengekalkan kelembapan sepanjang hari. 


(sumber dari Metro)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin