19 Nov 2012

PETUA BERGUNA UNTUK SEMUA

Sayur yang rangup, sedap,segar serta penuh zat sememangnya penting. Selain khasiat yang tinggi sayur juga sebahagian menu yang penting diatas meja makan. Namun kadang kala kita berdepan dengan masalah sayur yang cepat layu sebelum dimasak: 

* Mengenal pasti sayur yang segar. 
   Jika ingin membeli sayur perhatian perlu diberikan kepada beberapa ciri yang ada pada sayur itu. Misalnya jika memilih bendi, pastikan bahagian hujungnya tidak keras dan pilih tomato yang tidak terlalu berwarna oren kerana bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah. Sayur seperti kubis juga perlu dipilih daripada jenis yang berongga besar dan ringgan. 

*Kekalkan kesegaran sayur 
     Ada beberapa cara untuk mengekalkan kesegaran sayur. Antaranya ambil sayur yang disimpan dalam peti ais dan direndam dalam air bercampur sedikit cuka selama beberapa minit sebelum dimasak. Sayur juga akan lebih rangup menggunakan cara ini jika ia tidak dimasak lama. Kotoran pada sayur juga mudah disingkirkan. 

     Selain itu, sayuran dibasuh terlebih dulu dan kemudian  boleh dimasukan dalam beg plastik, dibungkus dengan surat khabar atau di simpan dalam bekas plastik sebelum dimasukkan dalam peti ais supaya ia kekal segar. Cara lain yang boleh digunakan ialah merendamsayur sepenuhnya dalam air sebelum dimasak. 

* kekalkan kesegaran taugeh. 
   Sayur taugeh boleh dikekalkan kesegarannya dengan merendamnya dalam air dab lebih baik sekiranya dititiskan sedikit perahan limau. 

* kekalkan kesegaran bendi 
   Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh yang singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini bukan saja memastikan bendi tidak berlendir , kesegarannya juga lebih lama. 

* Mencantikan rupa sayur. 
   Rebus sayur dalam air yang dicampurkan dengan sedikit minyak masak sebelum dihidangkan. Minyak tadi akan menyebabkan sayur nampak cantik berkilat dan menyelerakan. 

* Menghilangkan pahit peria 
    Ambil peria,buang bijinya serta dipotong ikut keinginan sebelum dicuci bersih. Potongan peria itu kemudian direndam dalam larutan air garam dan dibiarkan antara 15 hingga 25 minit bagi mengeluarkan air peria yang pahit. 
    Selepas itu cuci peria hingga bersih bagi membuang garam pada sayur itu. kemudian rebus peria selama 5 minit sebelum dimasak mengikut selera kita.. 


(sumber dari harian metro)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin