21 Nov 2012

Tip menjaga orang sakit

Mereka yang menjaga orang sakit perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi terutama dalam menghadapi kerenah pesakit. Antara panduan yang boleh diikuti untuk menjaga orang sakit. 

* Ubah prasangka negatif 
   Kita harus yakinkan diri bahawa semua penyakit bukan satu bentuk musibah ke atas pesakit. malah pesakit juga tidak boleh beranggapan penyakit yang dialami sebagai satu bebanan, sebaliknya meneriam ketentuanNYA dengan rasa terbuka dan reda. 

* Perlu percaya dan turut menyakinkan pesakit bahawa setiap penyakit pasti ada ubat. 
   Pesakit harus diberi kata-kata semangat dan menyakinkan mereka bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Mereka juga perlu abah serta positif menanganinya bukan sekadar berserah. Kita perlu berusaha mencari penawar kepada sesuatu penyakit dan pesakit juga tidak boleh berputus asa dengan apa yang sudah dan bakal berlaku. 

* Tanggungjawab menjaga pesakit bukan suatu tugas yang mudah. 
    Tidak dinafikan menjaga mereka yang sakit bukan satu perkara mudah tetapi paling penting adalah menanamkan dalam diri semangat kesabaran yang tinggi terutama sepanjang menjaga kebajikan mereka. 

* Ubah keadaan persekitaran  untuk menceriakan pesakit. 
   Kita perlu menempatkan pesakit dibilik yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik ataupun hias bilik dengan pokok atau bunga kegemarannya. Ia boleh membantu meningkatkan perasaan pesakit dan tidak hanya tertumpu dan memikirkan mengenai penyakit dihadapi saja. 

* Senyum dengan iklas. 
   Tidak ada sesiapa mahu melihat rupa kita yang masam. Oleh itu, penting sebagai penjaga untuk memberikan senyuman yang ikhlas terhadap pesakit agar hari dilalui mereka juga akan sentiasa ceria. 

* Buat lawak untuk menceriakkan harinya. 
   Walaupun adakalanya ia sukar dilakukan, cubalah berjenaka dengan pesakit tetapi bukanlah lawak yang keterlaluan kerana dalam keadaan sebegitu, emosi mereka agak kurang stabil. 

* Sentuhan 
   Pada saat ini, emosi mereka amat lemah. Oleh itu sokongan dan perhatian amat diperlukan. Mungkin melalui sentuhan ia boleh memberikan keyakinan  kepada pesakit untuk terus tabah melalui dugaan hidup. 


(sumber Harian Metro)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin