31 Dec 2012

Novel I Love you, Stupid!

Cik Ton masih belum baca walaupun dah banyak bulan beli...tebal sangat le.


Dah ada yang habis baca ke?

Dato` K Selamat Pulang, Siti Nurhaliza Mohon Diberi Ruang

Kuala Lumpur, 31 DIS 2012: Kenyataan media ini bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada pihak media dan orang ramai yang bertanyakan mengenai perkembangan Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa berikutan kemalangan yang menimpa beliau pada 13 Disember, di Queenstown, New Zealand.

Isteri kepada Dato' Seri Khalid (atau juga dikenali Dato' K) iaitu Datin Sri Dato' Siti Nurhaliza dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa beliau dan suami telah pun selamat pulang ke tanah air sejak 29 Disember lalu setelah lebih dua minggu berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

Sejak Dato' K ditimpa kemalangan sewaktu menunggang motorsikal Harley Davidson dan mendapat rawatan di Invercargill, pihak media khususnya sentiasa menanti perkembangan terkini beliau daripada pihak keluarga mahupun Dato' Siti Nurhaliza sendiri.

Justeru, menerusi kenyataan hari ini, Dato' Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kondisi suaminya kala ini kembali pulih dan sedang mendapat rawatan fisioterapi di atas kecederaan tangan yg dialami beliau.

Menurut Dato Siti, memandangkan suaminya masih lagi mendapatkan rawatan akibat kemalangan tersebut, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian untuk sentiasa berada di sisi suaminya.

Oleh yang demikian, pihak Dato' Siti Nurhaliza dan keluarga sangat berharap agar mereka diberikan ruang dan masa untuk menghadapi situasi ini sehingga Dato' K pulih.

Dato' Siti juga memohon kemaafan kerana pihak beliau tidak dapat memenuhi permintaan media dan pihak-pihak lain yang mahu mendapatkan kenyataan secara langsung daripada beliau ataupun menemui Dato' Khalid sendiri tetapi berharap agar kenyataannya hari ini akan diterima ramai.

Dato' K yang masih menjalani beberapa rawatan susulan pada masa ini dinasihatkan oleh pihak doktor untuk berehat dan juga menghadkan kehadiran tetamu yang melawat hanya di kalangan keluarga terdekat sahaja.

Dato' Siti Nurhaliza dan seluruh keluarga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan keprihatinan semua pihak untuk Dato' K segera pulih. Adalah diharapkan agar kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan Dato' K sekeluarga buat masa ini- MURAI

Novel Tertulis Buat Kita

Cik Ton baca banyak kali novel ni...tiap kali baca dengan penuh penghayatan.

Sinopsis:

AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.

“Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?”

JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina.

“Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”

Novel Sayang Awak, Sayang

Best dan kelakar cerita ni..Cik Ton sukee...




Sinopsis:

SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.

Novel Aku Bercerita|Ramlee Awang Murshid

Cik Ton ada kesemua novel Ramlee Awang Murshid....



Sinopsis:

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Novel Dia Tak Tanya

Cik Ton belum baca lagi....tapi dah beli.




Sinopsis:

ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah try and error. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”







Buffered Earning terakhir untuk 2012

Terimakasih NUFFNANG!


Manisnya bila Erra Fazira bertudung


Semoga satu hari nanti Erra memilih untuk menutup aurat seperti di dalam gambar..

Anak Erra Fazira - Cantik macam Mummynya!


Pandai bergaya kan? 

SERINA REDZUAWAN DIDAKWA MENIPU?

Cik Ton tengok produk yang dikatakan di amalkan oleh lelaki seperti yang didakwa oleh Serena ini adalah produk yang menjadi impian Cik Ton untuk mencuba ....hmmm nampaknya cancel laaa...

Terima kasih juga untuk Serena , sekurangnya menyedarkan Cik Ton tentang produk ini.

Kalau nak tau tentang kisah Serena ni, boleh KLIK SINI.

Komen Abby Abadi rezeki di dalam lakonan - haram jika tidak ikut syariat Islam


Cik Ton setuju dengan pendapat Abby ni, kalau kita berlakon tanpa mengikut syariat Islam adalah haram tetapi nampaknya ramai jugak yang menggangap komen itu berasaskan politik. 

Hmmm macam tu la sikap orang kita, suka memandang buruk kalau seseorang itu menyokong parti yang bukan menyokong kerajaan.


Gambar Wan Zack Haikal dan Zzati

Ramai laaa gadis muda yang makan hati bila tau Wan Zack Haikal ni dah ada teman wanita...



Tip menetapkan azam tahun baru.

1). Khusus 
    Menetapkan azam dengan lebih terperinci memberikan kita gambaran jelas dengan apa yang cuba kita lakukan. Contohnya anda mahu memperoleh keputusan cemerlang 10 A1 dalam SPM. Untuk itu anda harus mula merancang menghadiri kelas tambahan dan buat latihan secukupnya. 

2). Tempoh 
     Ketika mula-mula membuat azam, tetapkan berapa lama masa yang anda perlukan untuk melihat hasil daripada azam itu boleh dicapai. Adakah anda memerlukan 12 bulan atau lebih daripada itu? Mula lakukan perancangan dan cuba sedaya upaya melaksanakannya. 

3). Tindakan 
     Berdasarkan contoh SPM 10 A1 diatas, tindakan yang perlu disenaraikan adalah mendaftar dan menghadiri kelas tambahan serta buat latihan dengan kerap. Ini adalah tidakan yang boleh memastikan kita berjaya mencapai azam tahun baru dengan cemerlang. 

4). Keputusan 
    Seterusnya adalah memeriksa perjalanan sepanjang azam itu dibuat. Seperti contoh diberikan, anda boleh cuba menjawab latihan soalan contoh sebenar peperiksaan dan suruh guru anda menyemaknya. Selepas mendapat markah, kini anda tahu dimana kesilapan dan apa yang perlu dibuat untuk memperbaikinya. 

5). Boleh diukur 
    Kenapa perlu azam yang boleh diukur? Ini adalah untuk rujukan dan mengetahui di mana tahap kita dari semasa ke semasa. Contohnya macam mana hendak tahu kita boleh dapat 10 A1? Ia tentu sahaja daripada keputusan peperiksaan percubaan yang dihadapi sebelum peperiksaan sebenar. Jika keputusan kurang elok, kenalah tingkatkan usaha lagi supaya dapat mencapai sasaran itu. 

30 Dec 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia

Pasti ramai yang tengok rancangan ni malam tadi kan? Cik Ton anak beranak pun turut menonton.

Macam tak sesuwei pulak Aaron Aziz jadi pengacaranya...tak cukup jiwa la untuk rancangan seperti itu oppsss pandai pulak Cik Ton bagi kritikan ye!

Lagi satu, kesian sungguh la pada pasangan Roslan Shah tu...patutnya Roslan Shah tak masuk rancangan ni pun tak apa...Cik Ton kesian jugak sebenarnya pada Roslan Shah tu...

Tahniah ye untuk Dafi dan Zoey..ingatkan pasangan Didi dan suami yang menang.

Novel Asam Pedas Untuk Dia


Cik Ton dah selesai baca novel ni...boleh layan la....

Sinopsis:

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!



Gambar Pernikahan Apek dan Leuniey




Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.


Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.


Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.


"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.


"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.


Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.


"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.


Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.


Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.





SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK APEK DAN ISTERI!

Rahsia Kurus Anne Hathaway

Anne Hathaway telah menurunkan beratnya secara drastik untuk filem Les Miserables dan ramai yang tertanya-tanya diet apakah yang digunakannya sehingga menyebabkan dia kelihatan kurus kering.

Menurut laporan The Sun, aktres berusia 29 tahun itu berkata rahsianya hanya dengan memakan lobak setiap hari.

"Diakui, saya kehilangan berat badan dengan begitu drastik dan hanya menjalani enam hari “detoks”, diet ini sangat menyenangkan.

"Saya hanya memakan lobak dan “hummus”, sejenis makanan daripada Timur Tengah yang dibuat daripada sejenis kacang, bawang putih dan air jeruk nipis," katanya.


Rahsia Kurus Beyonce

Dalam satu temu bual laman web, Beyonce, 27, anak kepada pengurus rekod yang ternama, Mathew Knowles memberitahu untuk kelihatan kurus serta seksi, dia tidak mengamalkan pengambilan pil atau menjalani rawatan di pusat kecantikan.

Sebaliknya, Beyonce akan meluangkan masa berjam-jam di pusat membeli-belah hanya untuk membeli baju yang bersaiz kecil.

Kata penyanyi cantik ini, dengan membeli baju yang bersaiz terlalu kecil bukan saja boleh menampakkan susuk badannya yang seksi itu, malah ia adalah motivasi untuk dia menguruskan badan.

Pelik, tetapi itulah yang dipratikkan oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu If I Were A Boy ini. Biasalah, bila sudah jadi artis terkenal, apa saja sanggup dilakukan untuk sentiasa berketrampilan cantik di mata ramai.

“Saya akui bukan satu perkara mudah untuk menjaga penampilan badan. Banyak yang harus saya lakukan untuk memastikan badan yang langsing ini terus berkekalan.

“Disebabkan itu, saya perlu mempunyai matlamat hidup untuk sentiasa menjaga badan agar ia langsing seperti sebelumnya.

“Lagipun, apabila memakai baju yang bersaiz terlalu kecil dari ukuran badan sebenar akan membantu kita membataskan jumlah pemakanan yang diambil. Ini secara tidak langsung, akan membantu proses diet saya,” katanya.

Walaupun matlamatnya ingin mengurangkan berat badan beberapa paun, Beyonce, yang mengahwini penyanyi lagu rap Jay-Z, mengakui dia tidak senang hati apabila berjaya menghilangkan 15 kilogram ketika memegang watak Deena Jones dalam ‘Dreamgirls’.

“Bila dapat kurangkan 15 kilo, saya lihat diri sangat bergaya, persis model. Bagaimanapun, selepas beberapa kali melihat cermin, saya tidak fikir ia seksi atau nampak feminin. Malah, membuatkan keyakinan saya goyah.

“Bagi saya, terlampau kurus sangat pun tidak sesuai kerana tidak cantik. Justeru, saya ingin tampil dengan berat badan yang sesuai dengan ketinggian,” katanya.

Walaupun ketika ini dia adalah antara wanita yang mempunyai potongan badan paling cantik di dunia, penyanyi lagu Helo ini mengakui yang dia juga pernah mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.

“Sudah tentu saya pernah berpengalaman menghadapi hari-hari buruk dalam kehidupan. Malah, saya sendiri tidak pernah menyangka yang satu hari nanti saya akan dikenali antara wanita yang mempunyai bentuk badan langsing dan seksi.

“Apatah lagi, tubuh badan saya sangat montel dan hodoh ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Tambah teruk lagi, apabila memakai seluar.

“Saya terpaksa bergelut dengan cuba menahan nafas sekuat-kuatnya supaya perut kempis sebentar untuk membolehkan seluar itu dipakai.

“Ada ketikanya, kerana kemontelan, keluarga terpaksa membaringkan saya di atas lantai dan cuba menutup zip seluar.

“Disebabkan terlalu gemuk, perbuatan itu memerlukan tiga atau empat orang. Bila teringat kembali, memang kelakar dan membuatkan saya tersenyum sendirian,” katanya.

Biarpun pengalaman itu mampu membuatnya tersenyum, tetapi penyanyi berzodiak Virgo ini mengakui yang dia pernah mengalami saat kecewa kerana tidak berpeluang membesar seperti remaja lain.

“Ada ketikanya, saya sedih bila mengingatkan kembali zaman remaja. Ketika semua kawan-kawan perempuan keluar bersama teman lelaki atau pergi menghadiri parti, saya hanya duduk di rumah.

“Biasalah. Mana ada lelaki yang ingin atau ajak keluar dengan perempuan gemuk dan montel. Bagaimanapun, bentuk badan saya sudah tidak seperti dulu dan saya gembira dengan kehidupan hari ini,” katanya.

Rahsia Kurus Bienda

Berat badannya yang sebelum ini pernah mencecah 56 kg akibat selera makan bertambah selepas pembedahan kini telah menurun kepada 49 kg semakin menceriakan hidupnya dan membuatnya yakin untuk berhadapan dengan publik.

Jelas Bienda,24, dia menjadi kurus selepas menggunakan produk pati halia dan kapsul krim malam keluaran Dunia Herbs sejak Februari lalu.

“Selepas menjalani pembedahan, badan saya berisi. Jadi, sejak itu saya cuba fikirkan cara untuk kuruskan badan kerana artis mesti nak cantik badan juga.

“Apabila mengetahui tentang produk pati halia dan kapsul krim malam, saya mengamalkan makan dan menyapu krim serta membuat ‘work out’. Dalam masa tiga bulan sahaja, saya mengalami penurunan berat badan dengan cepat,” kata Bienda ketika majlis pelancaran albumnya, Kenaliku dan produk keluaran Dunia Herbs.

Bermula 1 April lalu, Bienda dilantik menjadi duta Dunia Herbs bagi mempromosikan produk losyen tangan dan badan serta krim muka.

“Saya menggunakan produk Dunia Herbs terlebih dahulu sebelum bergelar duta. Jadi, mereka memilih saya sebagai duta selepas melihat perubahan dan kesan yang baik kepada diri saya.

“Misalnya, produk terbaru ini saya cuba terlebih dahulu. Selepas pembedahan, kulit saya mengalami alahan kepada losyen. Jadi, selepas saya mencuba losyen keluaran Dunia Herbs setiap hari, kulit saya yang kering menggelupas dan menjadi lembut.

Rahsia Langsing Salina Saibi

Beliau mengamalkan diet yang sihat dengan memakan lebih banyak buah-buahan dan sayuran.

Selain itu, beliau kerap berenang bersama anaknya.

Ini lah tip langsing beliau.

Rahsia Langsing Lisdawati

Merupakan Duta Slim World, Lisdawati bagaimanapun tidak mengharapkan 100 peratus pada pusat pelangsingan itu sebaliknya mengekalkan kecergasan badannya dengan melakukan senaman aerobik setiap hari di rumah.

“Alhamdulillah saya ada program dengan Slim World untuk kedua-dua anak iaitu Nur Aini Farhana, 4, dan Nur Aina Fazneesya, 3. Memang mereka akan pastikan saya kembali langsing dan kurus seperti asal. Tetapi, tidak bermakna saya tidak berusaha sendiri. Saya tidak boleh bergantung semata-mata kepada pusat pelangsingan badan untuk kekal sihat dan bertenaga memandangkan umur semakin meningkat,” jelasnya yang turut mengamalkan senaman aerobik dan juga mengambil pemakanan yang seimbang.

Kongsi isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu, lepas melahirkan anak kedua, dia tidak lagi makan dengan sesuka hati. Malah, dia mengakui terpaksa kurang mengambil nasi dan tidak lagi makan nasi pada waktu malam.

“Selepas melahirkan anak kedua, saya memang kena lebih jaga badan sebabnya kita faham tubuh badan kita tidak sama seperti yang asal. Saya akan pastikan makan malam sebelum waktu solat Maghrib. Paling penting, saya juga kena banyak makan sayur dan buah-buahan.

“Saya juga akan pastikan hanya makan satu lauk sahaja bersama nasi dan sayur. Contoh, makanan laut atau ayam atau daging. Jika makan kesemuanya dalam masa yang sama, ia akan menyukarkan proses penghadaman,” ujarnya mengenai petua yang di amalkan oleh keluarganya itu.

Paling penting, ujar Lisdawati, seelok-eloknya setiap wanita harus berpantang dengan betul dan serius selepas bersalin.

Jelasnya lagi, kadang-kadang seorang wanita itu nampak kurus selepas bersalin tetapi rangka di bahagian pinggul dan lain-lain tubuh badan sudah membesar. Disebabkan itu, selepas bersalin wanita harus berpantang secara serius untuk mengembalikan bentuk badan yang sempurna.

Tambahnya, setiap individu itu juga tidak sama dan paling penting jangan terlalu stres untuk kurus selepas bersalin.


Rahsia Langsing Sari Yanti

“Sari tidak percaya dengan pusat rawatan pelangsingan badan. Maksud Sari, tempat berbayar seperti itu sememangnya boleh menguruskan badan kita dengan cepat.

“Namun dalam masa yang sama, mereka tetap akan suruh pelanggan mengamalkan diet. Kalau tidak macam mana boleh berkesan. Jadi, baik Sari menjalani proses melangsingkan badan dengan sendiri,” ujarnya yang juga tidak mengambil jamu dan menjalani proses pantang secara ketat dan serius.”

Sebaliknya, kongsi pelakon drama Paan dan Faiz itu, ketika berpantang dia hanya mengambil buah-buahan. Walaupun ada yang mengatakan ketika berpantang tidak boleh ambil sebarangan buah-buahan tetapi bagi Sari, dia tetap makan semua jenis buah-buahan.

“Ia elok untuk mengelakkan wanita selepas bersalin terkena sembelit. Ketika bersalinkan anak sulung iaitu Barr, Sari mengakui tidak sukar untuk menurunkan berat badan tetapi ketika mengandungkan anak kedua iaitu Basit, memang susah sikit nak kuruskan badan.

“Sari terpaksa mengambil masa selama tujuh bulan untuk kembali ke bentuk asal selepas bersalinkan Basit. Sari juga terpaksa kawal makan nasi dan mengambilnya dalam jumlah yang sedikit,” luahnya yang turut mengamalkan senaman renang setiap minggu.

Berkongsi berat badannya ketika dan selepas mengandung, katanya, ketika mengandungkan anak pertama berat badannya meningkat daripada 42 kilogram kepada 65 kilogram. Bagaimanapun, dia berjaya memperoleh berat badan asal dalam masa beberapa bulan.

Sebaliknya, ketika mengandungkan anak keduanya, berat Sari hanya meningkat sehingga 57 kilogram sahaja, namun dia terpaksa mengambil masa selama tujuh bulan untuk kembali ke berat yang asal.

Jika anak pertama, Sari hanya kembali berlakon sebaik Barr Al Aliy berusia lapan bulan. Namun, selepas bersalin anak kedua, habis sahaja tempoh berpantang, Sari sudah bergegas melunaskan wataknya dalam drama BFF… Teman Tapi Mesra. Memang ketika itu, pelakon itu kelihatan sedikit berisi ketika berlakon dalam drama tersebut.

Tidak membiarkan dirinya menjadi buah mulut peminatnya, Sari kembali ke bentuk badan asal dan membuktikan dirinya kembali langsing ketika berlakon dalam drama Paan dan Paiz yang kini ditayangkan pada setiap hari Rabu di TV3.

Fazley Yaakub amal diet protein

Dalam sibuk membuat persediaan untuk kemunculan semula, Fazley yang mengalami berat badan berlebihan berjaya mengurangkan berat badannya daripada 90 kilogram (kg) kepada 72kg.

elas Fazley, amalan diet protein selama sebulan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 18kg tanpa penggunaan sebarang produk kesihatan.

"Saya tidak mengamalkan sebarang senaman dan sekadar mengawal pengambilan makanan. Saya hanya mengambil hidangan berasaskan protein dan sayuran rendah kalori pada setiap hari.

"Untuk hidangan tengah hari, saya ambil sepotong daging ayam sebesar tapak tangan bersama sayur, petang pula makan buah-buahan seperti epal dan strawberi serta untuk makan malam pula sepotong daging atau ikan bersama sayuran.

"Elakkan makan bergula kerana ia akan menjadi perkara yang paling mengganggu diet. Dalam tempoh itu juga saya tidak mengambil nasi langsung," ujarnya yang mula berdiet sebelum menyertai rancangan MasterChef Selebriti Malaysia pada Jun 2012.

WATIE (ELITE) TAK MAKAN NASI UNTUK KURUS

Watie (Elite) mengaku sudah hampir setahun tak makan nasi dan akan berasa mual untuk menjamah makanan asas itu kerana ingin mengekalkan bentuk tubuhnya.

Ppada mulanya agak sukar untuk Watie menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan dia telah menjadi biasa tidak mengambil nasi sebagai makanan utama.

"Hampir setahun dah saya tidak makan nasi kerana ingin mengamalkan diet selepas kagum melihat kelangsingan tubuh kakak saya walaupun sudah berusia lingkungan 40-an. Kini saya langsung tak boleh makan nasi dan kalau nak rasa pun cuma sedikit sahaja," kata Watie.


Dalam pada itu, Watie berkata, dia kini banyak bergantung kepada minuman kesihatan bagi membantunya mendapatkan tenaga kerana tidak mengambil nasi sebagai makanan rutin.

Watie memberitahu, jika berasa lapar dia akan mengambil minuman tambahan itu jika tidak berkesempatan untuk makan akibat sibuk di lokasi penggambaran.

"Alhamdulilah minuman kesihatan itu serasi dengan saya dan ia membantu saya dalam mengurangkan berat badan," katanya.

Bagaimanapun kata Watie, senaman secara kerap juga amat penting bagi memastikan penurunan berat badan konsisten dan mencapai angka yang dikehendaki.

MAFA hilang berat 13 kg!

"Selepas menyertai program Vokal Bukan Sekadar Rupa, saya berhasrat menguruskan badan. Bukannya kerana kecewa dengan industri atau desakan sesiapa, tapi itu semua adalah kehendak diri. Selain faktor kesihatan, untuk menjadi penyanyi, Mafa perlu mempunyai stamina yang kuat," katanya.

Gadis berusia 20 tahun ini mengakui untuk mencapai misinya, dia terpaksa melalui sesi latihan secara konsisten. Namun, pada masa sama, dia perlu bertarung dengan cabaran.

"Terus terang, pada awalnya memang menyeksakan kerana terpaksa tahan lapar. Bukan mudah untuk melakukannya kerana kita dah biasa.

"Jadi, kalau rasa lapar, Mafa banyakkan minum air suam. Dari segi latihan, Mafa bersenam di rumah saja kerana memiliki peralatan untuk bersenam. Itu lebih mudah," katanya yang menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram sejak April lalu.

Menari untuk kurang berat

Selain bersenam, Mafa mendedahkan rahsia diet berkesannya.

"Saya jadikan menari sebagai salah satu aktiviti beriadah untuk mengeluarkan peluh. Ternyata ia berhasil untuk menjaga kesihatan, selain menguruskan badan.

"Tiap-tiap hari saya menari bagi tempoh beberapa jam. Aktiviti ini memang menyeronokkan," katanya.

Mengulas perjalanan kerjaya nyanyian, Mafa berkata, dia kerap menerima undangan membuat persembahan. Cuma tanggungjawabnya sebagai pelajar jurusan Sarjana Muda Multimedia di Universiti Multimedia, Cyberjaya agak membataskan dirinya dalam menerima tawaran.

"Insya-Allah selepas ini saya akan muncul dengan single terbaru berjudul Buatmu Di Sana. Saya harap peminat akan dapat menerima lagu ini dan menyukainya," katanya.


Diet dan Senaman Jadikan Rizman Ruzaini Kurus

Dia ni pereka fesyen terkenal tu...

"Syukurlah selepas mengamalkan diet secara sihat dan bersenam di gimnasium tiga kali dalam seminggu, saya sudah nampak perubahan ketara dalam dirinya. Semuanya berkat kesungguhan dan disiplin diri," katanya.

"Bukan itu saja, saya juga menasihatkan mereka supaya mengamalkan diet yang betul seperti tidak mengambil nisbah nasi yang banyak, atau elak daripada makan makanan yang mengandungi karbohidrat, kalori dan gula yang tinggi.

"Pucuk pangkal semuanya bergantung kepada disiplin diri. Tanpa disiplin saya percaya bentuk tubuh yang diidamkan pasti tidak akan dicapai dalam masa yang ditetapkan.

"Malah saya sangat gembira sekarang kerana ada salah seorang teman serumah saya yang sekarang ini dapat menikmati kegembiraan membeli-belah pakaian kerana dia tidak merasai perasaan itu sebelum ini," katanya sekadar berkongsi petua dan pengalaman.

Rahsia Cantik Sheila Majid

"Sejak remaja, saya tidak ada masalah kulit. Cuma baru-baru ini, jerawat mula tumbuh. Saya cepat mencari penawar memastikan masalah jerawat tidak berlarutan supaya tidak menjejaskan kecantikan kulit.

"Dari segi kesihatan, saya konsisten bersenam tiga kali seminggu selain mengikuti kelas pilate. Bagi saya wanita dan ibu adalah idola kepada anak. Kita perlu tunjukkan contoh terbaik kepada mereka dalam pelbagai segi termasuk menjaga kecantikan dan kesihatan," katanya

Amalan makanan seimbang seperti Vitamin C, minyak ikan dan Evening Primerose sebagai pembekal nutrisi hariannya.


Cantik Cara Seniwati Sarimah

Sapa tak kenal dengan pelakon terkenal Sarimah? Paling terkenal ketika zaman P Ramlee dulu-dulu..bentuk badannya menjadi igauan setiap wanita. Sekarang ni walaupun sudah berusia emas, beliau tetap kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar beliau.

Jom kita baca apakah amalan beliau untuk kekal cergas dan jelita.

Hanya bersarapan dengan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup memberi tenaga kepada pelakon yang terkenal dengan filem Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dan Ibu Mertuaku ini.

“Saya tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, bukan pantang, tetapi sebab tidak minat. Sayur-sayuran seperti ulam dan buah-buahan menjadi makanan ruji saya setiap hari dan mesti ada. Saya tidak percaya dengan suntikan Botox kerana bagi saya kesannya hanya sekejap dan menyakitkan. Lagi pula, saya jenis takut dengan jarum. Kita kalau nak kekal cantik dan muda, bermula dari dalam terutama hati,” katanya.

Bagi Sarimah, penjagaan dalaman amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.


Rahsia Kurus Aizat

Mesti ramai yang nak tau macam mana Aizat yang kita mula kenal ketika dia dalam AF dulu, gemuk dan kini menjadi kurus sebegitu...jom kita baca apa kisahnya.

1. Apakah rutin kecergasan anda?

Saya pastikan sentiasa patuh rutin senaman di bawah tunjuk ajar jurulatih peribadi. Sebolehnya, saya bersenam setiap hari pada sebelah petang selama sejam atau dua jam. Dua jam sebelum bersenam, saya disyorkan makan.

Antara rutin senaman saya ialah berjalan cepat selama lima minit disusuli rutin berat seperti sit-up, tekan tubi dan menggunakan peralatan gimnasium.

2. Apakah anda mengamalkan diet atau merancang pemakanan?

Memang saya menjaga pemakanan bagi mengekalkan berat badan. Saya pastikan hanya mengambil makanan organik yang tidak mengandungi pengawet. Makanan organik ini berkhasiat tinggi kerana ia tidak diproses serta tidak mempunyai campuran bahan kimia. Jadi saya tidak perlulah terlalu diet hingga mengabaikan waktu makan.

Saya juga akan pastikan tidak terlalu berlapar dan menikmati makanan dalam kuantiti sederhana. Apa yang penting ialah kualiti makanan berbanding kuantiti. Kita perlu makan selepas bersenam kerana ia akan mengembalikan tenaga.

3. Adakah anda memiliki berat badan ideal?

Bolehlah dikatakan begitu. Ketika ini, berat saya 72 kilogram dan pernah turun 70 kilogram. Melihat berat badan sekarang, saya bangga kerana dulu berat badan saya mencecah 112 kilogram. Rasa terkilan pun ada kerana saya tidak berusaha lebih awal sebaliknya hanya mula mengurangkan berat badan sejak tahun lalu. Apapun, saya gembira dengan perubahan badan sekarang!

4. Anda fikir anda cergas?

Sudah tentu. Dengan rutin senaman yang teratur, saya dapat rasakan perubahan dalam diri terutama ketika mengadakan persembahan. Jadi tidak sia-sia saya berusaha keras kerana ia membantu dalam karier saya.

5. Mana satu pilihan anda - tidur atau bersenam?

Bersenam. Malah, kalau hendak diikutkan, senaman sudah menjadi rutin wajib jika saya tidak terikat dengan mana-mana persembahan. Setiap petang mulai jam 5 petang saya memulakan rejim senaman. Sesekali, jika ada waktu terluang, saya bermain futsal bersama teman-teman.

Petua Kecantikan Ziana Zain

Selain sangat teliti pemakanan yang diambil, penyanyi Ziana Zain turut mengamalkan mencuci wajah sambil berselawat. Katanya, amalan itu sudah diamalkan oleh keluarganya sejak turun temurun. Malah seorang daripada adiknya yang mempunyai lima cahaya mata juga mempunyai wajah awet muda, berkat amalan berkenaan.

Ujar penyanyi ini lagi, apa yang penting ialah kesungguhan. Dia sendiri bukan baru sekarang mengamalkan amalan yang diajarkan ibunya, sebaliknya sudah mengamalkannya sejak zaman anak dara lagi.

"Kita kena bersungguh-sungguh, bukan setakat cuci wajah dan selawat begitu saja. Sebaliknya perlulah khusyuk sambil dalam hati kita berdoa apa yang dihajatkan. Ada yang kata mereka tidak percaya dengan apa yang saya lakukan. Terpulanglah mereka ingin percaya atau tidak tetapi memang itulah yang keluarga saya amalkan," katanya.

Kata penyanyi Puncak Kasih dan Madah Berhelah ini, untuk kekal 'bergetah' semua itu memerlukan pengorbanan dan disiplin yang tinggi.

"Saya ini kuat makan orangnya. Kalau ikutkan nafsu semuanya kita hendak jamah. Namun menyedari bahawa status saya sebagai selebriti dan jurucakap produk, seharusnyalah saya kena berdisiplin soal makan dan mengamalkan senaman yang mudah.

"Orang selalu cakap, artis ibaratnya satu produk maka sesuatu produk itu mestilah menarik bungkusannya. Paling utama, bukan cantik di mata masyarakat saja, apabila kita perempuan sudah berkahwin, kenalah cantik di mata suami itu penting. Lebih bererti daripada itu kita perlu menyayangi diri kita sendiri, maka tunjukkan rasa sayang dengan menjaga kesihatan diri.

"Dalam pada semua huraian itu, sangat mustahak untuk kita menjaga hati kita agar selalu tenang dan gembira. Jangan cantik luaran saja tapi di dalamnya 'hancus'! Kecantikan dalaman itulah yang lebih abadi dan membuatkan wajah kita berseri-seri.

"Berbalik kepada topik tadi, di sebalik sifat saya yang suka makan ini saya akan berpuasa atau berpantang nasi serta mengambil makanan seimbang terutamanya banyakkan makan sayur-sayuran untuk memastikan sentiasa memperoleh berat badan yang ideal. Saya juga pastikan kena bersenam," katanya yang banyak mendapat petua daripada ibu dan ayahnya.

Tambah wanita yang sejak dulu mesra disapa Ziana itu, tubuh badan yang cantik haruslah selari dengan penjagaan wajah agar sentiasa kelihatan segar.

Katanya tidak perlu membuat pembedahan wajah atau kosmetik, cukup sekadar mengambil makanan sampingan yang diuji sahih keberkesanannya.

Membongkar lagi rahsianya mengekalkan nama di gelanggang anak seni yang penuh ranjau, Ziana sering berpesan kepada dirinya sendiri untuk melihat rumput di bumi.

"Alhamdulillah saya masih ingat asal-usul saya. Dulu macam mana rupa saya, cara saya berpakaian dan bagaimana saya hendak 'survive' ke hulu dan ke hilir ditemani abah saya, Pak Zain.

"Kesusahan hidup keluarga kami, selalu membuatkan saya sedar dan bersyukur. Saya masih ingat, kata mak dan abah, segala kemasyhuran dan kekayaan yang kita ada hanyalah pinjaman semata-mata. Bila-bila saja Tuhan boleh tarik balik.

"Kalau kita rasa kita bagus, ada orang lebih bagus daripada kita. Buat apa nak sombong. Kan lebih elok kalau kita merendah diri kerana ia akan meninggalkan sejarah yang manis kepada karier kita. Esok lusa anak-anak kita membesar, mereka pula akan membaca kisah hidup kita. Kalau dilabel dengan pelbagai gelaran yang tak baik, bukankah ia memberi kesan kepada anak-anak di masa depan?

"Sekarang saya berada dalam zon yang sangat selesa. Menjadi ibu, isteri, anak dan kakak kepada adik-adik. Dulu saya tidak tahu sangat apa yang saya cari dalam hidup ini tapi sekarang semua bagai sudah lengkap saya bersyukur dengan nikmat Allah SWT," katanya
.

Diet untuk kawal tekanan darah

Produk susu rendah lemak ditambah dalam pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayuran boleh mengurangkan tekanan darah tinggi selain merendahkan risiko sakit jantung dan serangan angin ahmar, kata satu kajian dalam jurnal Perubatan New England.

Keputusan yang dicapai berdasarkan penilaian terhadap 459 sukarelawan yang makan saja apa makanan yang ada, menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan tiga kumpulan makanan itu lebih baik daripada makanan yang hanya menekankan buah-buahan dan sayuran saja.

Satu kumpulan pengkaji yang diketuai Dr Lawrence Appel dari Universiti John Hopkins di Baltimore, mendapati pemakanan buahan-sayuran-produk susu, selagi ia jenis yang rendah lemak, boleh merendahkan tekanan darah tinggi sehingga 5.5 mata dan tekanan darah rendah dengan tiga mata berbanding dengan jenis pemakanan biasa.

Kajian menunjukkan buah-buahan dan sayuran merendahkan tekanan darah dengan 2.8 mata untuk bacaan tekanan darah rendah dan 1.1 mata bagi tekanan darah tingi berbanding dengan jenis makanan biasa.
Kombinasi makanan yang sedemikian, kata pengkaji, boleh mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 15 peratus dan kemungkinan diserang angin ahmar dengan 27 peratus.

Pemakanan terdiri daripada lima hidangan buahan dan jus, empat hidangan sayuran, dua hidangan produk susu rendah lemak, kurang satu hidangan makanan ringan atau gula-gula dan dua hingga tiga hidangan makanan lemak, minyak dan perasa. Ada satu hidangan daging lembu berselang hari.

Pemakanan buahan dan sayuran adalah sama, kecuali tanpa produk susu dan penambahan dua hidangan daging untuk harian dan dua kali bagi lemak, minyak sebagai pemakanan produk susu.

Pemakanan biasa di Amerika Syarikat ialah makan dua hidangan buahan dan sayuran setiap hari.
Doktor mengetahui bahawa pemakanan banyak mempengaruhi tekanan darah. Nasihat mengurangkan berat badan, menggunakan kurang garam dan minum kurang minuman beralkohol adalah asas kajian pemakanan.

Pemakan sayuran tidak menghadapi masalah tekanan darah berbanding mereka yang makan daging.
Pengkaji cuba merendahkan tekanan darah dengan memberikan sukarelawan zat makanan khas tetapi usaha itu tidak menghasilkan keputusan dramatik.

Ujian terbaru menggunakan sukarelawan yang makan hidangan biasa selama 11 minggu. Jenis pemakanan itu bertujuan menghalang seseorang menambah atau mengurang berat badan, kerana ia boleh mempengaruhi tekanan darah.

Selepas tiga minggu mengamalkan makanan rendah dari jenis buahan, sayuran dan produk susu, sukarelawan dipecahkan kepada tiga kumpulan.

Kira-kira sepertiga meneruskan pemakanan terkawal, yang ketiga dapat buahan dan sayuran dan bakinya makanan rendah lemah, buahan-sayuran-produk susu.

Tekanan darah mereka yang makan buahan dan sayuran dan pemakanan buahan-sayuran-produk susu rendah lemak menurun selepas dua minggu dan bacaan kekal untuk tempoh enam minggu. Pemakanan itu sesuai untuk lelaki dan wanita.

"Dengan menggunakan makanan harian biasa, termasuk daging, ujian itu menguji aliran pemakanan yang boleh diamalkan oleh penduduk Amerika secara am," kata pasukan pengkaji.

Nak Cantik macam Erra Fazira? Jom baca..

* Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Selain daripada menggunakan krim pelindung cahaya matahari, Erra sentiasa memakai pakaian pelindung. Contohnya, ketika memandu dia akan memakai jaket lengan panjang untuk menutup tangannya. Dia juga tidak pernah keluar meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di sekeliling mata.

* Jangan lupa bahagian leher, tangan dan dada serta bahu yang terdedah. Saya selalu menggunakan produk yang sama pada wajah di semua bahagian ini. Selain itu, krim tangan harus sentiasa ada di dalam beg bagi memudahkan saya mengekalkan kelembapan serta kelembutan tangan.

* Berlembut dengan kulit anda, Apabila menyolek pada bahagian mata, saya tidak pernah menarik kelopak mata kerana ia akan menyebabkan kekenduran kulit dari semasa ke semasa jika kerap dilakukan. Kadang-kadang, saya elak minum menggunakan penyedut minuman kerana ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.

* Manjakan diri anda dengan melakukan rawatan kulit wajah. Saya pergi melakukan aktiviti ini di Pusat Kecantikan Kulit Estee Lauder sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kulit kerana proses pembersihan menyeluruh seperti pengelupasan dapat dilakukan oleh pakar terapi bertauliah menggunakan peralatan khusus yang tidak kita punyai di rumah.

* Amalkan diet sihat. Apa yang anda makan kadang-kadang boleh `muncul' pada bahagian kulit. Jika anda makan makanan terlalu berminyak, kemungkinan besar, masalah jerawat akan menyerang kulit. Atas sebab itu, saya selalu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C serta anti oksidan membantu menyingkirkan radikal bebas. Contohnya, salad Romaine, brokoli, bayam, tomato, epal dan buah beri.

* Kekal aktif. Saya cuba meluangkan masa untuk bermain badminton sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dengan menjadi aktif, ia membantu menggalakkan peredaran darah, badan lebih cergas dan pada masa sama, lebih bertenaga.

* Cukup tidur. Jadual saya amat padat tetapi saya akan cuba pastikan sekurang-kurangnya dapat tidur selama lapan jam sehari. Kulit mengalami proses pembaikan secara sendiri pada waktu malam dan jika rutin tidur secukupnya diabaikan, kulit anda akan menunjukkan tanda-tanda tidak diingini.

* Minum air secukupnya. Kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari untuk kegunaan bahagian badan tertentu termasuk sel-sel kulit. Air membantu mengekalkan kulit terhidrat dari dalam. Masalah kekurangan air sering membawa kepada penipisan kulit yang akhirnya akan menyebabkan garis-garis halus serta kedutan muncul. Oleh itu, saya selalu minum dua gelas air pada waktu makan, satu sebelum dan satu selepas makan.


Jaga Mulut !

      Manusia dilahirkan dengan dua mata, dua telinga tetapi dengan hanya satu mulut. Biar pun hanya satu , mulut dapat menjadi senjata yang amat berbahaya. Ia boleh membuai perasaan bamun dalam masa yang sama ia boleh menjadi racun berbisa yang boleh membunuh. 

      Olhe itu berhati-hatilah apabila menggunakannya. Pastikan setiap kata-kata yang dituturkan jangan sampai membuat pihak yang lain terluka. Andai kata tiada apa-apa yang baik untuk diperkatakan, lebih baik berdiam kerana itu lebih baik daripada membuat orang lain sakit hati. 

(Sumber Majalah Midi) 

LinkWithin