30 Dec 2012

Cantik Cara Seniwati Sarimah

Sapa tak kenal dengan pelakon terkenal Sarimah? Paling terkenal ketika zaman P Ramlee dulu-dulu..bentuk badannya menjadi igauan setiap wanita. Sekarang ni walaupun sudah berusia emas, beliau tetap kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar beliau.

Jom kita baca apakah amalan beliau untuk kekal cergas dan jelita.

Hanya bersarapan dengan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup memberi tenaga kepada pelakon yang terkenal dengan filem Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dan Ibu Mertuaku ini.

“Saya tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, bukan pantang, tetapi sebab tidak minat. Sayur-sayuran seperti ulam dan buah-buahan menjadi makanan ruji saya setiap hari dan mesti ada. Saya tidak percaya dengan suntikan Botox kerana bagi saya kesannya hanya sekejap dan menyakitkan. Lagi pula, saya jenis takut dengan jarum. Kita kalau nak kekal cantik dan muda, bermula dari dalam terutama hati,” katanya.

Bagi Sarimah, penjagaan dalaman amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.


No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin