30 Dec 2012

Diet untuk kawal tekanan darah

Produk susu rendah lemak ditambah dalam pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayuran boleh mengurangkan tekanan darah tinggi selain merendahkan risiko sakit jantung dan serangan angin ahmar, kata satu kajian dalam jurnal Perubatan New England.

Keputusan yang dicapai berdasarkan penilaian terhadap 459 sukarelawan yang makan saja apa makanan yang ada, menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan tiga kumpulan makanan itu lebih baik daripada makanan yang hanya menekankan buah-buahan dan sayuran saja.

Satu kumpulan pengkaji yang diketuai Dr Lawrence Appel dari Universiti John Hopkins di Baltimore, mendapati pemakanan buahan-sayuran-produk susu, selagi ia jenis yang rendah lemak, boleh merendahkan tekanan darah tinggi sehingga 5.5 mata dan tekanan darah rendah dengan tiga mata berbanding dengan jenis pemakanan biasa.

Kajian menunjukkan buah-buahan dan sayuran merendahkan tekanan darah dengan 2.8 mata untuk bacaan tekanan darah rendah dan 1.1 mata bagi tekanan darah tingi berbanding dengan jenis makanan biasa.
Kombinasi makanan yang sedemikian, kata pengkaji, boleh mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 15 peratus dan kemungkinan diserang angin ahmar dengan 27 peratus.

Pemakanan terdiri daripada lima hidangan buahan dan jus, empat hidangan sayuran, dua hidangan produk susu rendah lemak, kurang satu hidangan makanan ringan atau gula-gula dan dua hingga tiga hidangan makanan lemak, minyak dan perasa. Ada satu hidangan daging lembu berselang hari.

Pemakanan buahan dan sayuran adalah sama, kecuali tanpa produk susu dan penambahan dua hidangan daging untuk harian dan dua kali bagi lemak, minyak sebagai pemakanan produk susu.

Pemakanan biasa di Amerika Syarikat ialah makan dua hidangan buahan dan sayuran setiap hari.
Doktor mengetahui bahawa pemakanan banyak mempengaruhi tekanan darah. Nasihat mengurangkan berat badan, menggunakan kurang garam dan minum kurang minuman beralkohol adalah asas kajian pemakanan.

Pemakan sayuran tidak menghadapi masalah tekanan darah berbanding mereka yang makan daging.
Pengkaji cuba merendahkan tekanan darah dengan memberikan sukarelawan zat makanan khas tetapi usaha itu tidak menghasilkan keputusan dramatik.

Ujian terbaru menggunakan sukarelawan yang makan hidangan biasa selama 11 minggu. Jenis pemakanan itu bertujuan menghalang seseorang menambah atau mengurang berat badan, kerana ia boleh mempengaruhi tekanan darah.

Selepas tiga minggu mengamalkan makanan rendah dari jenis buahan, sayuran dan produk susu, sukarelawan dipecahkan kepada tiga kumpulan.

Kira-kira sepertiga meneruskan pemakanan terkawal, yang ketiga dapat buahan dan sayuran dan bakinya makanan rendah lemah, buahan-sayuran-produk susu.

Tekanan darah mereka yang makan buahan dan sayuran dan pemakanan buahan-sayuran-produk susu rendah lemak menurun selepas dua minggu dan bacaan kekal untuk tempoh enam minggu. Pemakanan itu sesuai untuk lelaki dan wanita.

"Dengan menggunakan makanan harian biasa, termasuk daging, ujian itu menguji aliran pemakanan yang boleh diamalkan oleh penduduk Amerika secara am," kata pasukan pengkaji.

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin