30 Dec 2012

MAFA hilang berat 13 kg!

"Selepas menyertai program Vokal Bukan Sekadar Rupa, saya berhasrat menguruskan badan. Bukannya kerana kecewa dengan industri atau desakan sesiapa, tapi itu semua adalah kehendak diri. Selain faktor kesihatan, untuk menjadi penyanyi, Mafa perlu mempunyai stamina yang kuat," katanya.

Gadis berusia 20 tahun ini mengakui untuk mencapai misinya, dia terpaksa melalui sesi latihan secara konsisten. Namun, pada masa sama, dia perlu bertarung dengan cabaran.

"Terus terang, pada awalnya memang menyeksakan kerana terpaksa tahan lapar. Bukan mudah untuk melakukannya kerana kita dah biasa.

"Jadi, kalau rasa lapar, Mafa banyakkan minum air suam. Dari segi latihan, Mafa bersenam di rumah saja kerana memiliki peralatan untuk bersenam. Itu lebih mudah," katanya yang menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram sejak April lalu.

Menari untuk kurang berat

Selain bersenam, Mafa mendedahkan rahsia diet berkesannya.

"Saya jadikan menari sebagai salah satu aktiviti beriadah untuk mengeluarkan peluh. Ternyata ia berhasil untuk menjaga kesihatan, selain menguruskan badan.

"Tiap-tiap hari saya menari bagi tempoh beberapa jam. Aktiviti ini memang menyeronokkan," katanya.

Mengulas perjalanan kerjaya nyanyian, Mafa berkata, dia kerap menerima undangan membuat persembahan. Cuma tanggungjawabnya sebagai pelajar jurusan Sarjana Muda Multimedia di Universiti Multimedia, Cyberjaya agak membataskan dirinya dalam menerima tawaran.

"Insya-Allah selepas ini saya akan muncul dengan single terbaru berjudul Buatmu Di Sana. Saya harap peminat akan dapat menerima lagu ini dan menyukainya," katanya.


No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin