30 Dec 2012

Rahsia Langsing Lisdawati

Merupakan Duta Slim World, Lisdawati bagaimanapun tidak mengharapkan 100 peratus pada pusat pelangsingan itu sebaliknya mengekalkan kecergasan badannya dengan melakukan senaman aerobik setiap hari di rumah.

“Alhamdulillah saya ada program dengan Slim World untuk kedua-dua anak iaitu Nur Aini Farhana, 4, dan Nur Aina Fazneesya, 3. Memang mereka akan pastikan saya kembali langsing dan kurus seperti asal. Tetapi, tidak bermakna saya tidak berusaha sendiri. Saya tidak boleh bergantung semata-mata kepada pusat pelangsingan badan untuk kekal sihat dan bertenaga memandangkan umur semakin meningkat,” jelasnya yang turut mengamalkan senaman aerobik dan juga mengambil pemakanan yang seimbang.

Kongsi isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu, lepas melahirkan anak kedua, dia tidak lagi makan dengan sesuka hati. Malah, dia mengakui terpaksa kurang mengambil nasi dan tidak lagi makan nasi pada waktu malam.

“Selepas melahirkan anak kedua, saya memang kena lebih jaga badan sebabnya kita faham tubuh badan kita tidak sama seperti yang asal. Saya akan pastikan makan malam sebelum waktu solat Maghrib. Paling penting, saya juga kena banyak makan sayur dan buah-buahan.

“Saya juga akan pastikan hanya makan satu lauk sahaja bersama nasi dan sayur. Contoh, makanan laut atau ayam atau daging. Jika makan kesemuanya dalam masa yang sama, ia akan menyukarkan proses penghadaman,” ujarnya mengenai petua yang di amalkan oleh keluarganya itu.

Paling penting, ujar Lisdawati, seelok-eloknya setiap wanita harus berpantang dengan betul dan serius selepas bersalin.

Jelasnya lagi, kadang-kadang seorang wanita itu nampak kurus selepas bersalin tetapi rangka di bahagian pinggul dan lain-lain tubuh badan sudah membesar. Disebabkan itu, selepas bersalin wanita harus berpantang secara serius untuk mengembalikan bentuk badan yang sempurna.

Tambahnya, setiap individu itu juga tidak sama dan paling penting jangan terlalu stres untuk kurus selepas bersalin.


No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin