31 Dec 2012

Tip menetapkan azam tahun baru.

1). Khusus 
    Menetapkan azam dengan lebih terperinci memberikan kita gambaran jelas dengan apa yang cuba kita lakukan. Contohnya anda mahu memperoleh keputusan cemerlang 10 A1 dalam SPM. Untuk itu anda harus mula merancang menghadiri kelas tambahan dan buat latihan secukupnya. 

2). Tempoh 
     Ketika mula-mula membuat azam, tetapkan berapa lama masa yang anda perlukan untuk melihat hasil daripada azam itu boleh dicapai. Adakah anda memerlukan 12 bulan atau lebih daripada itu? Mula lakukan perancangan dan cuba sedaya upaya melaksanakannya. 

3). Tindakan 
     Berdasarkan contoh SPM 10 A1 diatas, tindakan yang perlu disenaraikan adalah mendaftar dan menghadiri kelas tambahan serta buat latihan dengan kerap. Ini adalah tidakan yang boleh memastikan kita berjaya mencapai azam tahun baru dengan cemerlang. 

4). Keputusan 
    Seterusnya adalah memeriksa perjalanan sepanjang azam itu dibuat. Seperti contoh diberikan, anda boleh cuba menjawab latihan soalan contoh sebenar peperiksaan dan suruh guru anda menyemaknya. Selepas mendapat markah, kini anda tahu dimana kesilapan dan apa yang perlu dibuat untuk memperbaikinya. 

5). Boleh diukur 
    Kenapa perlu azam yang boleh diukur? Ini adalah untuk rujukan dan mengetahui di mana tahap kita dari semasa ke semasa. Contohnya macam mana hendak tahu kita boleh dapat 10 A1? Ia tentu sahaja daripada keputusan peperiksaan percubaan yang dihadapi sebelum peperiksaan sebenar. Jika keputusan kurang elok, kenalah tingkatkan usaha lagi supaya dapat mencapai sasaran itu. 

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin