31 Jan 2013

Kebaikan minum air kosong/masak

Cik Ton akui memang gemar minum air kosong, sehari memang tak kurang 3 liter Cik Ton teguk air masak, biasanya yang suam-suam kuku gitu!

Kalau kurang air untuk hari tu, memang akan jadi sakit kepala..

Banyak tau kelebihan minum air kosong ni, antaranya:


Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

BUFFERED EARNING KE 3 2013

Sukanya bila dapat BE walaupun tak seberapa, ini boleh dianggap satu motivasi untuk rajin mengadap blog walaupun tahap kerajinan Cik Ton ni rendah je level dia berbanding blogger lain.

Terima Kasih Nuffnang!



Surat Untuk Majalah HIJABISTA| Bukan Cik Ton tulis tau!

Ini Cik Ton copy dari FB Wardina Safiyyah, Cik Ton tertarik dengan isi surat ini....pada Cik Ton , untuk menutup aurat kita tak perlu berhabisan duit dan berfesyen hingga menjadi mangsa fesyen, sudahnya niat untuk menutup aurat tersasar...sekadar pendapat peribadi Cik Ton !

Ini isi kandungan surat tersebut:


Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayan dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau

Gambar Terbaru Siti Nurhaliza Bertudung

Simple je tapi sangat manis di pandang!


Petua Kecantikan dan Kesihatan

Atasi Mulut berbau 


       Jika anda berhadapan masalah mulut berbau. Ikuti petua ini. Amalkan memakan tujuh hingga lapan ulas bawang putih yang telah dibakar. Ia bukan sahaja menghilangkan bau mulut tetapi membantu membuang angin dalam badan. 

Melembutkan rambut 



        Tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk melakukan rawatan rambut, anda boleh menggunakan cara ini. Masukkan dua sudu susu tepung ke dalam cawan dan bancuhkannya dengan air suam. Perahkan sedikit limau nipis dan kacau hingga sebati. Biarkan di dalam peti sejuk selama lima jam. Setelah itu lumurkan pada rambut dan biarkan selama satu jam. Setelah itu barulah dibilas bersih. Amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang lembut dan mudah diuruskan. 

Rawat parut jerawat. 



      Dapatkan sebiji tomato yang masak ranum, lumatkan dan campurkan dengan putih telur. Sapukan pada bahagian berparut dua kali sehari. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. 

Hilangkan getah ditangan 



      Adakalanya apabila memegang mangga atau nangka ia akan meninggalkan kesan getah pada tangan. Untuk menghilangkan getah itu, gosokkan tangan dengan limau purut yang telah dibelah dua. Ia juga dapat melembutkan tangan. 

Anak kecil kencing malam. 



      Perahkan sedikit lemon diatas sesudu kecil madu lebah. Minta sikecil hirup bancuhan tersebut secara pelahan-lahan. Lakukan dia kali sehari iaitu pada pagi dan sebelum masuk tidur. 


( sumber Mingguan Wanita)

29 Jan 2013

Khasiat Perencah - bahagian 1

Bawang Merah
    Bawang merah mengandungi khasiat yang berguna untuk tubuh badan seperti vitamin C, potasium, serat, asid folik, kalsium, zat besi dan protien yang tinggi. Menerusi penyelidikan megenai khasiat bawang merah kepada kesihatan manusia, ia didapati mengandungi dua sebatian utama. Sebatian berkenaan ialah sulfur seperti allylpropyl disulphida dan flavonoid seperti querceti.
    Flavonoid dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser, penyankit jantung dan kencing manis kerana unsur antikanser, antibakteria, antikuman, antialahan dan antibengkak. Bawang juga boleh membantu hati membuang toksin daripada badan selain mengandungi saponin untuk menghalang sel kanser.
    Memakan bawang merah swtiap hari boleh membantu proses pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20 peratus. Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda. Selain itu bawang merah boleh membantu mengelakkan kanser perut.
    Membantu mengningkatkan fungsi otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Bawang merah dipercayai membantu menurunkan tahap gula bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggika metabolisme glukosa.
    Pengkaji dari India mendapati lebih banyak makan bawang merah semakin rendah gula dalam darah. Mereka mendapati tiada perbezaan bawang merah mentah dan bawang merah yang direbus.

Bawang putih,
    Bawang putih digunakan sebagai makanan dan perubatan sejak beribu tahun lalu malah terus berkembang hingga kini.  
   Masyarakat Mesir purba percaya bawang putih boleh membantu merawat masalah cacing, jantung dan sakit kepala. Jika dicampurkan bawang putih bersama minyak kelapa ia boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik dan ia banyak digunakan oleh orang melayu. Ada juga yang berpendapat bawang putih boleh membantu membuang angin dalam badan dan mengurangkan panas selain menambah keenakan rasa dalam makanan.
     Kajian vitro mendapati bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikuman dan antikulat. Ia juga dikatakan dapat membantu mencegah penyakit jantung, masalah kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi dan kanser.Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika melaporkan bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol.
     Pengambilan 7.2 gram pati bawang putih setiap hari selama enam bulan oleh 56 lelaki yang memiliki tahap kolesterol tinggi berjaya menurunkan tahap kolesterol mereka sehingga tujuh peratus. Apabila ditumbuk bawag putih akan mengeluarkan sejenis enzim dipanggil allinase yang menukarkan alliin kepada allicin, sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria bersamanaan satu peratus penisilin.
     Disebabkan itu bawang putih dikatakan sesuai untuk merawat luka manakala memakan bawang putih dengan kadar yang tetap memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung. Selain itu bawang putih yang kaya denga protein, vitamin C , tiamin dan galian seperti tembaga zink, kalsium, potasium, sulfur, germanium dan selenium, sangat baik untuk mereka yang menghidap selsema.

(sumber Metro)

    

Petua untuk Suri

Daun serai penghalau kutu beras 
      Beras yang disimpan di dalam bekas dalam tempoh yang lama akan mengundang kehadiran kutu. Cara menghalaunya adalah dengan meletakkan beberapa helai daun serai yang telah disimpulkan ke dalam bekas beras, kutu akan keluar dengan sendirinya. 

Cara mudah bersihkan ketuhar gelombang 
       Tercari-cari kaedah  untuk membersihakn ketuharu gelombang? Campurkan setengah cawan cuka dan setengah cawan air mendidih. Didihkan air tersebut di dalam ketuhar gelombang. Kekotoran yang melekat akan mudah ditanggalkan, ia juga dapat menghilangkan bau. 

Bawang goreng lebih ranggup 
      Hiris bawang merah yang telah dibersihkan dan keringkan. Gaul bawang dengan sedikit garam halus dan gula halus hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning kemasan. Ratakan di atas beberapa helai tisu dapur. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila bawang itu sejuk. 

Ikan goreng lebih sedap 
      Bagi mendapatkan ikan goreng yang enak, perahkan sebiji limau nipis atau limau kasturi kedalam minyak panas, kemudian barulah dimasukkan ikan dan gorengla sehingga garing. 


(Sumber Mingguan Wanita)

28 Jan 2013

16 petua awet muda sangat mudah


1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.


2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.


3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.


8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat


10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.


13. Amalkan solat tahajud.


14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.


15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.


16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

27 Jan 2013

4 cara jauhi Migrain


Makan tepat pada waktu 

      Melewatkan makan atas alasan apa sekalipun boleh mempengerahui kesihatan dalam perbagai cara. Jika anda mengidap migrai serta berdiet pada masa yang sama, jangan lakukan kesalahan dengan melewatkan watu makan, mahupun meninggalkan  waktu makan. Ini akan memudaratkan lagi masalah migrain anda. 

      Ketika tubuh kehilangan lemak berlebihan ( akibat melewatkan atau meninggalkan makan dan berdiet), kadar gula darah meningkat seterusnya menyebabkan migrain. Selain itu asid dalam perut boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan sakit kepala. Jadi elakkan dari menunda waktu  makan. Makan pada waktu yang tepat dan teratur. 



Olahraga 
     Tubuh yang sihat menghasilkan fikiran yang sihat. Untuk kekal cergas dan aktif, anda perlu berolahraga secara teratur. Hal ini boleh membantu menghindari serangan migrain. 



Tidur yang cukup 
     Terlalu banyak tidur atau kurang tidur dapat mempengaruhi tubuh anda. Pastikan anda mendapatkan tidur mencukupi untuk menghindari sakit kepala dan migrain. Idealnya orang dewasa perlu tidur selama enam hingga tujuh jam dan tidak melebih dari sembilan jam sehari. Atur jadual tidur untuk hasil yang lebih baik. 



Berhenti merokok. 
      Tabiat merokok atau minum alkohol boleh meningkatkan serangan migrain. Nikotin bukan sahaj menyebabkan radang disaluran tekak dan paru-paru tetapi juga membuat anda ketagih. Alkohol pula mengandungi tyramine yang boleh menjadi punca migrain. Bukan sahaja memabukkan tetapi anda juga boleh diserang migrain yang teruk. 




( Sumber Majalah Minguan Wanita) 

26 Jan 2013

6 tanda lelaki berbohong

1.   Menyentuh hidung 
      Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkan. 

2.   Menutup mulut. 
      Sesetengah orang menutup mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi prikologi, kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. 

3    Gagap 
      Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap sehingga setiap bait kata-kata yang keluar daripada mulutnya tersekat-sekat, itu merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain, seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelalki atau suami dan si dia gagap untuk menjawabnya , maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu. 

4.    Pergerakan mata 
       Orang yang berbohong akan cuba menyakinkan perndengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan  disebabkan berbohong. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. 

5.    Lengah memberi jawapan 
       Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka mencipta permbohongan. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. 

6.   Resah 
      Lelaki yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan. Ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. 

(Sumber Mingguan Wanita)  

21 Jan 2013

Kesan buruk ketap gigi

     BRUXISM atau lebih dikenali dengan tabat mengetap gigi selalunya dilakukan seseorang tanpa disedari ketika tidur nyenyak. Biarpun nampak seperti tidak berbahaya dan hanya menjengkelkan orang sekeliling, ia sebenarnya mampu memberi kesan jangka panjang kepada pelakunya. Antara kesan buruk yang bikeh berlaku sekiranya tabiat itu berterusan dalam jangka masa panjang adalah gigi menjadi haus atau sumbing. Ini kerana gigi pecah di bahagian hujung, kesakitan dibahagian rahang turut menyumbang kepada masalah sakit kepala teruk. 
       Selain orang dewasa, tabiat mengetap gigi turut berlaku dikalangan kanak-kanak sehingga merisaukan ibu bapa. Sukar untuk melarang anak-anak supaya tidak melakukanya kerana mereka tidak menyedari perlakuan itu apatah lagi ia berlaku ketika tidur 
       Namun masih ada langkah yang boleh diambil ibu bapa bagi membantu anak mereka menangani tabiat buruk itu. :- 

*      Ibu bapa harus peka dan memberi perhatian baig mengenal pasti sama ada anak mereka mengalami bruxism seperti melihat anak-anak yang sedang tidur di tengah malam bagi memastikan mereka bebas daripada masalah mengetap gigi. 

*     Ibu bapa jugal perlu memberi perhatian dan mengenal pasti masalah  bruxism di kalangan anak-anak apabila anak membuat aduan seperti meraka berasa sakit pada bahagian rahang. tergigit bahagian dalam pipi atai ada anak yang lain mengadu adik-beradiknya membuat bunyi bising ketika tidur. 

*    Bruxism mungkin berlaku akibat rasa tertekan, oleh itu ibu bapa perlu berbincang  dengan anak, mengenal pasti isu yang dialami anak seperti dibuli di sekolah atau kerisauan mengenai sesuatu dan mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan. Kemungkinan besar masalah mengetap gigi akan berhenti sendirinya apabila anak berasa lebih tenang. 

*     Jika kerisauan memuncak mengenai bruxism di kalangan anak dan ibu bapa hilang, punca untuk membantunya bawa anak bertemu doktor gig terutama sekiranya anak sering mengadu sakit dibahagian rahang. Doktor akan membantu dengan memberikan perlindung gigi seperti yang digunakan atler profesional, yang hanya digunakkan ketika tidur pada waktu malam bagi mengelakkan mereka terus mengetap sehingga merosakkan gigi. Bagi kanak-kanak dan bayi pelindung gigi biasanya dibuat mengikut bentuk mulut dan gigi supaya ia muat. 

*      Didik anak supaya tidak menggigit atau mengunyah apa-apa peralatan seperti pensel, pen, penyedut minuman dan elak beri anakgula-gula getah. Ini kerana tabiat mengunyah sesuatu yang bukan makanan akan membiasakan anak menggunakkan oto rahangnya. untuk mengetap dan mengisar seterusnya boleh mendorong  bruxism berlaku pada waktu tidur. 

*      Cara lain yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mebantu mengurangkan seterusnya menangani masalah bruxism adalah meletakkan kain yang direndam dalam air suam dibahagian pipi berhampiran telinganya selama 10 minit. Ini bagi merehatkan otot rahangnya setiap kali sebelum anak tidur. 

*      Ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka minum air yang cukup sepanjang hari termasuk sebelum tidur. Masalah bruxism sering berlaku apabila tubuh kekurangan cecair. 

*      Sediakan suasana tidur yang menenangkan untuk anak supaya dia tidak tertekan setiap kali sebelum tidur. Misalnya memberikan anak susu suam, mandian suam atau membacakan buku cerita yang menggembirakan. 

*    Jangan berikan anak makan coklat atau minuman susu berperisa sebelum tider, Ini kerana kandungan kafein dan gula dalam   makanan itu akan menyebabkan sukar tidur atau membuatkan tidurnya terganggu. 

*    Selain kanak-kanak bruxism juga boleh berlaku di kalangan bayi. Oleh itu bawa anak bertemu doktor kanak-kanak dan maklumkan semua maklumat mengenai waktu dan tempoh bayi anda biasa mengetap giginya. Ini bagi membantu doktor memahami dan mencari penyelesaian kepada masalah itu. 

*    Jangan biarkan anak menangis atau meragam sebelum tertidur. Pastikan bayi berasa tenang dengan mendodoi dan mendakapnya rapat ke badan sehingga dia tidur dalam keadaan tenang. 

*    Biarpun bruxism selalu berlaku ketika tidur, ia juga boleh berlaku ketika aktiviti yang memberi tekanan pada bayi atau kanak-kanak. Ibu bapa perlu peka dan kenal pasti tabiat suka mengetap dan menggesek gigi pada anak mereka. 

*     Sekiranya anak atau bayi didapti mengetap gigi ketika anda membacakan buku cerita menakutkan mereka atau menonton filem seram menakutkan, elakkan perkara demekian. 

*     Jika anak cenderung menggesek gigi sekiranya sedang bimbang, cuba perlbagai cara untuk membuatkan anak berasa lebih selamat dan tenang termasuk sering mendakapnya dan memberi perhatian sewajarnya apabila ibu bapa sedar dia berada dalam keadaan tertekan dengan keadaan sekelilingnya, 

*      Selain kanak-kanak, orang dewasa juga boleh mengalami masalah bruxism. Ia boleh diatasi jika pandai menguruskan tekanan, kurang mengambil minuman berkafein, mandi air suam, minum susu suam serta merenggangkan oto sebelum tidur. 


( sumber Metro)

20 Jan 2013

Tip HILANGKAN rasa marah

* Berasa malu dengan Allah SWT dan sentiasa ingatkan diri yang Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita. 
* Bila timbul rasa marah ingatkan diri bahawa kita hanyalah hamba yang hina. 
* Banyakkan berdiam diri dan berdoa mohon ketentangan dari Allah SWT. 
* Ingatkan diri bahawa perasaa marah mungkin boleh menimbulkan rasa dendam dan permusuhan. 
* Bayangkan bagaimana buruknya muka kita ketika sedang marah. 
* Ambil air sembahyang ataupun tidur. 


(Sumber MIDI)

19 Jan 2013

MANISKAN KASIH SAYANG

Berikut beberapa panduan mengekalkan kasih sayang antara suami isteri:- 

*    Kenali diri terlebih dahulu sebelum mengenali  pasangan  iaitu dengan menilai sikat diri, kelemahan, kekuatan dan keperluan di dalam hidup berkeluarga. Cuba senaraika kelemahan yang kita ada dan berusahalah memperbaikinya. 
*    Kenali pasangan dan lakukan sesuatu yang disukainya serta jangan melakukan perkara yang boleh menumbulkan rasa jemu. 
*   Jangan beranggapan pasang mempunyai sikap dan perasaan sama dengan anda atau cuba mengubahnya mengikut acuan anda. Perbezaan antara anda dan pasangan perlu dikekalkan kerana suami dan isteri itu sifatnya saling melengkapi. Paling penting sentiasa berbincang dan bertukar padangan, 
 *   Jangan mencari atau mengungkit kesalahan pasangan. Sebagai manusia kita memang tidak dapat lari daripada menlakukan kesilapan kerana kita sendiri mempunyai banyak kekurangan, Jadi amalkan sikap bertolak ansur dan maafkan kesilapan yang kecil selagi ianya tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga dan keselamatan anak-anak. 
*    Jangan pupuk perasaan cemburu sehingga menjadi di luar kawalan. Cemburu perlu ada, kerana ia menandakan rasa sayang tetapi kawal supaya jangan jadi keterlaluan. Cemburu yang melampau hanya akan merimaskan pasangan dan membuatkan cintanya kepada anda menjadi tawar. 
 *    Fahami minat pasangan dan bertolak ansur dengannya walaupun ia bukan kegemaran diri sendiri. 
*     Elak memarahi atau memalukan pasangan di hadapan orang lain terutama keluarga ataupun anak-anak kerana masing-masing mempunyai maruah yang perlu dijaga. 
*     Bekerjasama dalam mengendalikan kerja rumah. 
*     Wujudkan suasana yang boleh menyemarakkan kasih sayang dan ketentangan. 
*    Sentiasa berfikiran positif dalam hal berkaitan rumah tangga. 
*    Berusaha menjadi pasangan rakan karib yang cukup rapat agar segala masalah mampu diselesaikan dengan mudah. 
*    Luahkan permasalahan dialami secara terbuka dan sentiasa amalkan sikap berterus terang dan bukan memendam perasaan. Berbincang adalah jalan terbaik mengurangkan konflik. 
*    Jangan terlalu mengongkong pasangan kerana mereka berhak untuk bersosial bersama rakan dan terbabit dalam aktiviti masyarakat selagi menjaga aurat dan batas pergaulan. 
*    Suami atau isteri perlu menegur kesalahan pasangan namun, ia perlu disampaikan secara berhemah dan tidak mengecilkan hati pasangan. Antara panduan yang boleh digunakan ialah:-
       =- Tidak menengking apabila marah tetapi menggunakan bahasa teguran membina atau diam menandakan diri sedang marah.       
       =-  Menegur dengan lembut tetapi tegas apabila ada perkara tidak betul dilakukan. 
       =-  Jangan sesekali merendahkan pasangan apabila sedang marah. 
*    Segera memohon maaf apabila mendapati diri bersalah. 
*    Bersopan santun dan lemah lembut terhadap pasangan. Contohilah Rasulullah melayani isteri dan keluarganya. Buatlah pelaburan akhirat dengan membeli buku untuk dijadikan panduan. 
*    Amalkan sikap saling hormat menghormati antara pasangan. 
*    Panggil pasangan dengan nama yang menghiburkan hatinya,mesra dan sesuai. 

Disamping itu , komunikasi memainkan peranan penting dalam mengeratkan suami isteri dengan meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui: 

*     Memberi tumpuan kepada pasangan ketika berinteraksi iaitu memfokuskan perhatian kepada penjelasan dan penerangan sidia. Sikap perihatin anda ini akan membuatkan pasangan berasa dihargai dan disayangi. 
*     Sampaikan mesej yang hendak diperkatakan dengan jelas dan tepat kerana ia lebih memudahkan pemahaman. 
*     Elakkan daripada bercakap serentak dan jangan bersikap pentingkan diri sendiri. Dengar dulu apa yang pasangan ingin perkatakan kemudian barulah usulkan apa yang ingin diluahkan. 
*     Dengar dan hayati tanpa menilai apa yang dicakap oleh pasangan, fahami perasaannya kemudian barulah memberikan padangan atau teguran atau paling mudah diamkan saja dan biarkan sidia luahkan ketidakpuasan hati sendiri, namun tunjukkan minat bukan sebaliknya 
*     Minta penjelasan apabila tidak memahami apa yang diperkatakan kerana ia boleh mengelakkan salah faham. 
      
(sumber harian Metro)

18 Jan 2013

MOTIVASI DIRI

*   Keingian individu boleh dicapai sekiranya mempunyai kekuatan dalam diri sendiri. 
*   Kejayaan individu bergantung kepada tahap kesedaran pentingnya peningkatan diri. 
*  Tanpa kekuatan dalaman seseorang akan menuju kegagalan. 
*   Perlu ada motivasi diri sebelum memberi kata semangat kepada orang lain. 
*   Individu yang benar-benar telah memotivasikan diri akan menikmati sebarang peluang yang datang padanya tanpa mengira masalah dan kesusahan. 
*   Fokus utama yang perlu dilaksanakan ialah membuat perancangan bagi meningkatkan motivasi diri. 

SIKAP PEMALAS - yang perlu diubah. 

*   Bangun lewat untuk solat subuh 
*   Tidur semula selepas solat subuh. 
*   Sengaja melewat-lewatkan solat subuh 
*   Tidur selepas solat asar 
*   Tidak bertangguh daam sebarang perubahan. 


(sumber MIDI)

17 Jan 2013

DEMI MASA

*    Apabila anda menguasi masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga aoa yang mereka mempu capai dalam sedekad  - ( Anthony Robbins) 

*    Masa itu seperti pedang, jika anda tidak memotongnya nescaya ia akan memotong anda. 

*    Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba menyelesaikannya 

*    Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu ialah buku. 


(sumber MIDI)

16 Jan 2013

Sikap negatif yang perlu dielakkan

Apakah sikap negatif yang tersenarai ini ada dalam diri anda? Jika ada berusahalah untuk mengatasinya. 

* Sering mengeluh 
* Menolak tugasan baru 
* Menyelesaikan perkerjaan dengan sambil lewa 
* Selalu menghilangkan diri 
* Menjauhi orang atasan 
* Kurang bergaul 
* Menangani apa jua permainan politik yang ada 
* Kuat mengata 
* Sifat iri hati keterlaluan 
* Kurang jujur dan tidak amanah. 


(sumber Majalah Midi)

15 Jan 2013

Obesiti - Katakan TIDAK!

Kalau nak tau anda semua obesiti atau tidak, boleh check BMI anda ye! Buat masa ni BMI Cik Ton pada tahap ideal.

Secara umum, berat badan boleh bertambah jika makan terlalu banyak melebihi daripada apa yang boleh dibakar oleh badan dan kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.

Berlebihan berat badan berlaku akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Punca berlakunya masalah ini adalah melalui tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi serta tidak bersenam.

Antara faktor lain yang menyebabkan kegemukan ialah melalui sejarah keluarga, masalah perubatan, faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan, pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat pemakanan), serta cara hidup yang tidak aktif.

Jika tidak diatasi segera, pelbagai penyakit boleh menyerang seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi, masalah jantung, penyakit kencing manis/diabetes, kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri, masalah pernafasan seperti asthma serta masalah tidur, komplikasi sendi dan tulang seperti ‘osteoarthritis’ dan kesakitan tulang pinggul serta bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Pengalaman Menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat 112


Hari ni adalah merupakan hari bersejarah bagi cik ton dan suami, kerana kami berdua mengikuti gelombang kebangkitan rakyat. Merupakan satu pengalaman yang tak mungkin cik ton lupakan selagi ada nyawa. 

8.30 pagi sabtu, cik ton dan suami keluar rumah, suami cakap kena keluar pagi nanti mesti jem.....kami berdua singgah sarapan dulu, di kedai mamak..cik ton makan capati, suami pulak ambil tose......


lebih kurang pukul 9.15, kita orang pun gerak la ke KTM Kajang nak naik komuter, sepanjang perjalanan ke KTM, cik ton berdebar-debar tapi teruja, sampai aje di stesen komuter, kami tengok dah ramai dah orang yang tunggu komuter, semuanya dengan niat dan tujuan yang sama ....

tak sempat tunggu komuter sampai pun,Cik Ton dan suami berlari-lari anak menuju ke komuter, bila sampai aje...Allah!...ramainya orang dalam komuter, bersesak semuanya memakai tshirt yang semua orang tahu kemana tujuan....

dalam komuter, cik ton cakap dengan suami.." bang nak pegang mana semua tempat pemegang penuh dengan tangan-tangan"...

"zai peluk abang aje la ".....ha..ha...sempat pulak suami ku sorang ni buat lawak, dah tentu-tentu la dalam komuter penuh dengan pakcik dan makcik.....malu la.....akhirnya cik ton pegang tali pinggang dia je.... 


lebih kurang 10.30 pagi, kami pun sampai la ke stesen keretapi,....wah!!...dah ramai pun orang-orang yang mempunyai tujuan yang sama dengan cik ton, kami semua bergerak dalam satu aliran menuju ke Masjid Negara.

polis ada kat situ, tapi Alhamdulillah mereka turut mengawal lalu lintas, sambil dibantu petugas-petugas Amal.......ramai sungguh orang.......lautan manusia, tak tergambar dengan kata-kata.

bila tengok ramai orang macam tu, cik ton lagi berdebar-debar tapi perasaan teruja tak padam malahan makin menyala menjulang, kami semua diarahkan duduk untuk mendengar taklimat, tapi sesungguhnya Allah Maha kaya dan Mendengar cuaca pada pagi itu tidak la terlampau panas....

kami semua boleh duduk dalam ditempat yang lapang, tanpa dilindungi apa-apa.......cik ton tanya suami....." bang betul ke dengan apa yang kita buat ni".....

"apa yang tak betulnya zai....sekarang ni zai dan abang..dah ada kat sini pun"....tak tahu nak cakap macam mana bila tengok ramai sungguh orang yang berkumpul, datang dengan hati yang rela tanpa dipaksa. 

11.30 pagi, selepas mendengar taklimat, nasihat dan kata semangat, group yang pertama bergerak dulu menuju ke Stadium Merdeka, cik ton dan suami gerak selepas solat zuhur .


kami yang tinggal diberi taklimat jugak dan ucapan oleh pemimpin-pemimpin yang akan bergerak sama nanti,  sebelum solat bermacam-macam gelagat orang yang cik ton dapat lihat, serius cik ton cakap semuanya menjadi ramah, menegur antara satu sama lain dan berborak macam dah kenal lama.... 

apa yang cik ton perhatikan orang yang berniaga pada hari tersebut memang la dapat untung besar, tak putus-putus orang membeli ....bila hampir pukul 12.45 cik ton belum makan apa-apa lagi tapi  syukur Alhamdulillah sepanjang cik ton berada di Masjid Negara dengan cuaca yang tak berapa panas, cik ton tak rasa pun sakit kepala, mungkin sebab minum air banyak, jangan tak tau cik ton minta suami tolongkan ais krim aje, untuk alas perut...kami duduk dekat-dekat sambil makan ais krim...... 


pukul 1.25 petang, azan pun berkumandang..menitik air mata cik ton,.syahdu betul cik ton tengok....jemaah semua  sujud menyembah Allah yang Satu.....semua memohon perhimpunan diberkati olehNYA...amin... 

2.00 petang,kami semua bergerak beramai-ramai dan secara perlahan-lahan menuju ke Stadium Negara...


debaran didada cik ton semakin kencang, cik ton pandang suami, suami cakap.." jom zai"...dia capai tangan dan pegang dengan erat tangan cik ton, kami pun bergerak dengan semangat yang penuh didada.....dengan lagu semangat dan selawat kepada Rasulullah s.a.w sepanjang perjalanan suami tak lepaskan langsung tangan cik ton......terasa antara kami berdua saling menyalurkan semangat dan tenaga untuk bergerak sejauh 5km.


cik ton rasa dekat sangat dengan suami, kerana pada hari tersebut kami mempunyai niat yang satu...dan kesabaran yang tinggi, suami seolah-olah tak kisah dengan ramai orang dan sanggup bersesak, selalunya suami cik ton tak suka sangat pergi ke tempat yang ramai orang..... sayang abang!.....

bila cik ton pandang ke belakang....Allah!...ramainya orang, tua muda, Cina, India dan Melayu bersatu  menuju ke tempat yang satu.......bila bertembung pulak dengan group dari central market....Allah Hu Akbar...meremang bulu roma cik ton..melihat gabungan orang-orang yang inginkan perubahan..seperti ombak berjalan.....   
  
Bila sampai ke stadium, kami semua dah tak boleh masuk lagi sebab dah terlampau padat dalam stadium, kami semua hanya duduk diluar stadium aje sambil mendengar ucapan-ucapan dari pemimpin-pemimpin di dalam....


tapi tak apa hati tetap rasa puas, bila dah sampai stadium, pada mulanya penat cik ton rasa, ye la tak dah lama tak jalan jauhkan, masa jalan tu tak rasa sebab ramai-ramai kut....tapi bila tengok setiap wajah pakcik dan makcik, ada yang dah bertongkat tapi tetap bersemangat, cik ton rasa malu pulak, dia orang sikit pun tak mengeluh, malah masih lagi boleh berborak sesama sendiri, isteri tolong lapkan peluh suami, suami pulak pegang tangan isteri untuk tahan diri jangan jatuh, masing-masing sanggup berpanas......


dimanakah keganasan yang dilaungkan sebelum ini jika yang datang hanya la wajah-wajah tua, yang sepatutnya duduk di rumah, tapi mereka sanggup keluar untuk berjuang demi negara, disamping orang-orang muda..... 
 
lebih kurang pukul 3.30 cik ton dan suami dah start rasa lapar.....tapi masyaAllah, semua kedai dah habis jual makanan...memang untung besar peniaga-peniaga pada hari tu......tapi dapat jugak la suami belikan burger.....



Alhamdulillah, sesungguhnya pada hari tersebut cik ton langsung tak rasa sakit kepala.....walaupun makan tak ikut waktu....dekat-dekat pukul 5 cik ton dan suami pun gerak balik ke KTM.....berduyun-duyun orang bergerak balik tapi masih kekal dalam satu jaluran....semua keletihan tapi tergambar kepuasan diwajah masing-masing.....cik ton dan suami pun macam tu jugak.....ada rasa puas didalam hati, bila kami terikut sama untuk membuat sesuatu perubahan....Insya Allah.... 

Rasanya pada hari tersebut semua orang ikhlas dalam niat yang satu, penuh dengan pengharapan agar keadilan terlaksana, telus dalam pemerintahan dan kebajikan rakyat dijaga.


Pemimpin 
Tak banyak yang kami pinta 
tapi tolong prihatin.


p/s: ini catatan peribadi Cik Ton..Cik Ton catatkan untuk kenangan di hari tua...untuk anak cucu Cik Ton..



14 Jan 2013

Aktiviti Cik Ton untuk kekal kurus

Cik Ton akui tidak mengamalkan senaman secara berkala tetapi dalam seminggu mesti ada sekali dua amalkan senaman selain berjalan kaki tawaf dalam pasar setiap Sabtu dan tawaf pasar malam setiap petang Khamis.

Antara yang Cik Ton selalu lakukan adalah:

i. Jalan laju-laju...
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Rumah Cik Ton 2 tingkat je, memang kena turun naik tangga la ...kerap ulang alik naik tangga kadang-kadang tu saja je buat-buat lupa nak ambik barang, jadi kena la naik lagi.


iii. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.


v. Bermain badminton bersama-sama anak-anak dara Cik Ton.

13 Jan 2013

Petua rawat kulit yang terkena pancaran mentari



Cubalah petua berikut untuk merawat kulit yang terbakar.

1. Sapukan isi daun aloe vera ke seluruh kulit yang terbakar. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air suam hingga bersih. Amalkan setiap hari hingga berpuas hati.

2. Belah dua buah tomato. Gosokkan bahagian isi buah tomato pada bahagian kulit yang terbakar. Biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih.

3. Kisar 3 biji timun dengan 1sudu besar susu tepung. Sapukan pada kulit yang terbakar dan biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih.

4. Campurkan sedikit tepung gandum, madu, putih telur dan perahan limau nipis menjadi paste. Sapukan  pada bahagian kulit yang terbakar. Biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

12 Jan 2013

RESEPI SAMBAL TEMPE

Cik Ton sebenarnya baru je cuba resipi...boleh la tahan sedapnya Cik Ton masak he he masuk lif kena la tekan sendiri kan?): 

Kalau nak cuba, ni resipinya: 

TAHU 3 KEPING DI POTONG DADU GORENG GARING
TEMPE SATU KAMPIT DI POTONG DADU GORENG GARING
KACANG TANAH 1.00 DI GORENG GARING
IKAN BILIS 2 HENGGIT DI GORENG GARING

UTK SAMBAL

CILI PADI 20 BIJI KAMPUNG
BAWANG KECIL 10 BIJI
BAWANG PUTIH 2 BIJI
IKAN BILIS 2 GENGAM KALAU NAK LEBIH LAGI SEDAP
KESEMUA BAHAN INI DI TUMBUK
2 KEPING ASAM KEPING

PANASKAN MINYAK…. GORENG KESEMUA BAHAN INI DAN JUGA ASAM KEPING …GORENG  SEHINGGA GARING SELEPAS ITU MASUKAN KICAP  MANIS CAP KIPAS UDANG 5 SUDU MAKAN KALAU PEDAS TAMBAH LAGI KICAP…. AGAK DAH MENDIDIH KICAP JADI PEKAT MASUKAN TAHU TEMPE IKAN BILIS KACANG TANAH…GAULKAN SEBATI TUTUP API…. KESEMUA INI MASAK DI ATAS API YG KECIL……


Selamat mencuba ye!

LinkWithin