29 Jan 2013

Khasiat Perencah - bahagian 1

Bawang Merah
    Bawang merah mengandungi khasiat yang berguna untuk tubuh badan seperti vitamin C, potasium, serat, asid folik, kalsium, zat besi dan protien yang tinggi. Menerusi penyelidikan megenai khasiat bawang merah kepada kesihatan manusia, ia didapati mengandungi dua sebatian utama. Sebatian berkenaan ialah sulfur seperti allylpropyl disulphida dan flavonoid seperti querceti.
    Flavonoid dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser, penyankit jantung dan kencing manis kerana unsur antikanser, antibakteria, antikuman, antialahan dan antibengkak. Bawang juga boleh membantu hati membuang toksin daripada badan selain mengandungi saponin untuk menghalang sel kanser.
    Memakan bawang merah swtiap hari boleh membantu proses pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20 peratus. Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda. Selain itu bawang merah boleh membantu mengelakkan kanser perut.
    Membantu mengningkatkan fungsi otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Bawang merah dipercayai membantu menurunkan tahap gula bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggika metabolisme glukosa.
    Pengkaji dari India mendapati lebih banyak makan bawang merah semakin rendah gula dalam darah. Mereka mendapati tiada perbezaan bawang merah mentah dan bawang merah yang direbus.

Bawang putih,
    Bawang putih digunakan sebagai makanan dan perubatan sejak beribu tahun lalu malah terus berkembang hingga kini.  
   Masyarakat Mesir purba percaya bawang putih boleh membantu merawat masalah cacing, jantung dan sakit kepala. Jika dicampurkan bawang putih bersama minyak kelapa ia boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik dan ia banyak digunakan oleh orang melayu. Ada juga yang berpendapat bawang putih boleh membantu membuang angin dalam badan dan mengurangkan panas selain menambah keenakan rasa dalam makanan.
     Kajian vitro mendapati bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikuman dan antikulat. Ia juga dikatakan dapat membantu mencegah penyakit jantung, masalah kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi dan kanser.Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika melaporkan bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol.
     Pengambilan 7.2 gram pati bawang putih setiap hari selama enam bulan oleh 56 lelaki yang memiliki tahap kolesterol tinggi berjaya menurunkan tahap kolesterol mereka sehingga tujuh peratus. Apabila ditumbuk bawag putih akan mengeluarkan sejenis enzim dipanggil allinase yang menukarkan alliin kepada allicin, sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria bersamanaan satu peratus penisilin.
     Disebabkan itu bawang putih dikatakan sesuai untuk merawat luka manakala memakan bawang putih dengan kadar yang tetap memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung. Selain itu bawang putih yang kaya denga protein, vitamin C , tiamin dan galian seperti tembaga zink, kalsium, potasium, sulfur, germanium dan selenium, sangat baik untuk mereka yang menghidap selsema.

(sumber Metro)

    

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin