19 Jan 2013

MANISKAN KASIH SAYANG

Berikut beberapa panduan mengekalkan kasih sayang antara suami isteri:- 

*    Kenali diri terlebih dahulu sebelum mengenali  pasangan  iaitu dengan menilai sikat diri, kelemahan, kekuatan dan keperluan di dalam hidup berkeluarga. Cuba senaraika kelemahan yang kita ada dan berusahalah memperbaikinya. 
*    Kenali pasangan dan lakukan sesuatu yang disukainya serta jangan melakukan perkara yang boleh menumbulkan rasa jemu. 
*   Jangan beranggapan pasang mempunyai sikap dan perasaan sama dengan anda atau cuba mengubahnya mengikut acuan anda. Perbezaan antara anda dan pasangan perlu dikekalkan kerana suami dan isteri itu sifatnya saling melengkapi. Paling penting sentiasa berbincang dan bertukar padangan, 
 *   Jangan mencari atau mengungkit kesalahan pasangan. Sebagai manusia kita memang tidak dapat lari daripada menlakukan kesilapan kerana kita sendiri mempunyai banyak kekurangan, Jadi amalkan sikap bertolak ansur dan maafkan kesilapan yang kecil selagi ianya tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga dan keselamatan anak-anak. 
*    Jangan pupuk perasaan cemburu sehingga menjadi di luar kawalan. Cemburu perlu ada, kerana ia menandakan rasa sayang tetapi kawal supaya jangan jadi keterlaluan. Cemburu yang melampau hanya akan merimaskan pasangan dan membuatkan cintanya kepada anda menjadi tawar. 
 *    Fahami minat pasangan dan bertolak ansur dengannya walaupun ia bukan kegemaran diri sendiri. 
*     Elak memarahi atau memalukan pasangan di hadapan orang lain terutama keluarga ataupun anak-anak kerana masing-masing mempunyai maruah yang perlu dijaga. 
*     Bekerjasama dalam mengendalikan kerja rumah. 
*     Wujudkan suasana yang boleh menyemarakkan kasih sayang dan ketentangan. 
*    Sentiasa berfikiran positif dalam hal berkaitan rumah tangga. 
*    Berusaha menjadi pasangan rakan karib yang cukup rapat agar segala masalah mampu diselesaikan dengan mudah. 
*    Luahkan permasalahan dialami secara terbuka dan sentiasa amalkan sikap berterus terang dan bukan memendam perasaan. Berbincang adalah jalan terbaik mengurangkan konflik. 
*    Jangan terlalu mengongkong pasangan kerana mereka berhak untuk bersosial bersama rakan dan terbabit dalam aktiviti masyarakat selagi menjaga aurat dan batas pergaulan. 
*    Suami atau isteri perlu menegur kesalahan pasangan namun, ia perlu disampaikan secara berhemah dan tidak mengecilkan hati pasangan. Antara panduan yang boleh digunakan ialah:-
       =- Tidak menengking apabila marah tetapi menggunakan bahasa teguran membina atau diam menandakan diri sedang marah.       
       =-  Menegur dengan lembut tetapi tegas apabila ada perkara tidak betul dilakukan. 
       =-  Jangan sesekali merendahkan pasangan apabila sedang marah. 
*    Segera memohon maaf apabila mendapati diri bersalah. 
*    Bersopan santun dan lemah lembut terhadap pasangan. Contohilah Rasulullah melayani isteri dan keluarganya. Buatlah pelaburan akhirat dengan membeli buku untuk dijadikan panduan. 
*    Amalkan sikap saling hormat menghormati antara pasangan. 
*    Panggil pasangan dengan nama yang menghiburkan hatinya,mesra dan sesuai. 

Disamping itu , komunikasi memainkan peranan penting dalam mengeratkan suami isteri dengan meningkatkan kemahiran berkomunikasi melalui: 

*     Memberi tumpuan kepada pasangan ketika berinteraksi iaitu memfokuskan perhatian kepada penjelasan dan penerangan sidia. Sikap perihatin anda ini akan membuatkan pasangan berasa dihargai dan disayangi. 
*     Sampaikan mesej yang hendak diperkatakan dengan jelas dan tepat kerana ia lebih memudahkan pemahaman. 
*     Elakkan daripada bercakap serentak dan jangan bersikap pentingkan diri sendiri. Dengar dulu apa yang pasangan ingin perkatakan kemudian barulah usulkan apa yang ingin diluahkan. 
*     Dengar dan hayati tanpa menilai apa yang dicakap oleh pasangan, fahami perasaannya kemudian barulah memberikan padangan atau teguran atau paling mudah diamkan saja dan biarkan sidia luahkan ketidakpuasan hati sendiri, namun tunjukkan minat bukan sebaliknya 
*     Minta penjelasan apabila tidak memahami apa yang diperkatakan kerana ia boleh mengelakkan salah faham. 
      
(sumber harian Metro)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin