9 Jan 2013

Petua atasi jeragat

Cik Ton paling takut dengan jeragat....memang muka Cik Ton ni tak la licin macam telur dikupas tetapi Alhamdulillah, jeragat tu taklah banyak sangat..maknanya ada tetapi nampak tak nampak je.

Cik Ton cuba petua ni:

Rendam beras semalaman, anggarkan je la berapa banyak beras tu.
2 inci daun betik muda, air dan 1 inci kulit kayu manis. 

Kisar beras yang telah direndam semalaman tu dengan daun betik, air dan kulit kayu manis.
Sapu bahan kisaran tu pada wajah sambil menggosok perlahan-lahan.
Biarkan selama 20 minit, lepas tu bilas la dengan air suam.

Nak kena rajin amalkan, baru nampak hasil.


No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin