Menghilangkan bau petai
Ada yang cuba mengelakkan daripada memakan petai kerana baunya. Untuk menghilangkan bau petai masukkan terung ke dalam masakan. Pastinya bau tidakl menjadi masalah lagi kepada anda.
Kulit nenas kilatkan sudu dan garpu
Bagi mengilatkan sudu dan garpu. Rendamkan sudu dan garpu ke dalam bekas berisi air yang telah di masukkan kulit nenas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan pencuci pinggan seperti biasa dan bilas hingga bersih.
Jus limau elak hanyir telur goreng
Bau hanyir telur boleh dielakkan melalui beberapa cara. Salah satunya adalah dengan memasukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur, kacau hingga rata. Setelah itu baru la digoreng.
Nasi lambat basi.
Agar nasi yang dimasak lambat basi, anda boleh mencuba petua ini. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih berserta secubit garam halus. Hasilnya pasti memuaskan.
petua nasi lambat basi tu boleh gak try...
ReplyDelete