31 Jan 2013

Petua Kecantikan dan Kesihatan

Atasi Mulut berbau 


       Jika anda berhadapan masalah mulut berbau. Ikuti petua ini. Amalkan memakan tujuh hingga lapan ulas bawang putih yang telah dibakar. Ia bukan sahaja menghilangkan bau mulut tetapi membantu membuang angin dalam badan. 

Melembutkan rambut 



        Tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk melakukan rawatan rambut, anda boleh menggunakan cara ini. Masukkan dua sudu susu tepung ke dalam cawan dan bancuhkannya dengan air suam. Perahkan sedikit limau nipis dan kacau hingga sebati. Biarkan di dalam peti sejuk selama lima jam. Setelah itu lumurkan pada rambut dan biarkan selama satu jam. Setelah itu barulah dibilas bersih. Amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang lembut dan mudah diuruskan. 

Rawat parut jerawat. 



      Dapatkan sebiji tomato yang masak ranum, lumatkan dan campurkan dengan putih telur. Sapukan pada bahagian berparut dua kali sehari. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. 

Hilangkan getah ditangan 



      Adakalanya apabila memegang mangga atau nangka ia akan meninggalkan kesan getah pada tangan. Untuk menghilangkan getah itu, gosokkan tangan dengan limau purut yang telah dibelah dua. Ia juga dapat melembutkan tangan. 

Anak kecil kencing malam. 



      Perahkan sedikit lemon diatas sesudu kecil madu lebah. Minta sikecil hirup bancuhan tersebut secara pelahan-lahan. Lakukan dia kali sehari iaitu pada pagi dan sebelum masuk tidur. 


( sumber Mingguan Wanita)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin