4 Jan 2013

Tangani Konflik rumah tangga

BUKAN MUDAH UNTUK MEMUASKAN HATI SESEORANG KERANA ADA KALANYA KITA MEMENDAM RASA DISEBABKAN ENGGAN MEMPERBESARKAN  PERKARA YANG BERLAKU. 

Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. Namun badai ini tidak boleh dipadang ringan kerana setiap konflik yang berlaku perlu ditangani sewajarnya, 
     Konflik biasanya berlaku apabila ada antara pasangan tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. 

Antara punca konflik ialah: 

Kurang memahami tanggungjawab sebagai suami atau isteri. 
     Tanggungjawab sebagai suami atau isteri serta pendedahan terhadap tanggungjawab memerlukan usaha berterusan kerana masyarakat masih percaya bahawa apabila berkahwin, ia sudah cukup sempurna bagi kedua-dua mempelai melaksanakan tanggunjawab masing-masing. 
      Namun, masih ada sesetengah pandangan yang jahil ,mengenai tanggungjawab yang perlu dilakukan, ada yang tahu mengenainya tetapi kurang jelas dan ada yang tahu tetapi tidak mahu mengamalkannya kerana tidak peduli. 

Kurang bijak menguruskan masa 
    Keluarga dengan suami isteri yang berkeja adalah satu perkara normal namun harus diingatkan bahawa perkara yang menjadi keutamaan ialah untuk bijak menguruskan masa terutama masa yang berkualiti. 
    Kekurangan kemesraan, interaksi dan sentuhan fizikal antara pasangan akan menghilangkan kasih sayang dan lama-kelamaan ia merenggangkan perhubungan antara kedua-duanya. 
    Oleh itu pastikan pembahagian masa dilakukan dengan betul agar mampu mencambahkan kembali rasa cinta antara pasangan seperti sebelum kahwin. 

Ekonomi keluarga kurang mantap. 
     Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan adakalanya menghadkan perbelanjaan keluarga. Pembelian barangan yang tidak perlu hanya akan mengurangkan pendapatan dan menjadikan krisis kewangan lebih rumit. 
     Malah faktor kewangan kadangkala menyebabkan pergaduhan diantara suami dan isteri yang mengugat kebahagian keluarga. 
     Keluarga yang tidak mempunyai asas perancangan kewangan akan mengalami masalah menguruskan kewangan masing-masing terutama jika pendapatan isi rumah sangat kecil dan terhad. 

Perubahan hidup. 
     Kenaikan pangkat menyebabkan status hidup juga bertambah baik namun, keadaan sesebuah keluarga akan lebih malang jika  perubahan kerjaya ini membawa kepada perubahan pemikiran, emosi dan tingkah laku seperti anggapan tidak setaraf, membeli pakaian mahal  dan melihat pergorbanan pasangan sebagai tidak berharga. 
      Malah ada yang mengambil kesempatan perubahan hidup juga bererti  mengubah (menukar pasangan) justeru, wujudlah orang ketiga yang menganggu keteteraman hidup keluarga sedia ada. 
      Potensi untuk konflik lebih besar dalam keluarga moden hari ini disebabkan kekekurangan persetujuan tersirat berkenaan peranan diri, desakan   untuk menjadi lebih fleksibel dan boleh ditukar ganti serta harapan perubahan untuk melihat bagaimana keluarga harus membuat sesuatu keputusan, 


(Sumber Metro)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin