3 Jan 2013

Tip Kulit cantik & sihat


1. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
     Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan  berminyak. Anda juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca keoada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Anda perlu mengenal pasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh anda. Hal ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan berbeza Kalau rasa anda makan coklat hari ni, esok timbul jewarat. hindarilah daripada makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran,

2. BERSENAM DAN MINUM AIR PUTIH
    Minumlah air putih paling kurang lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda todaj boleh bersenam setiap hari? Kalau anda seorang surirumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau pendingin hawa. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman dirumah. Selain anda sihat, rumah pun kemaskan. Jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.

3. CUCI MUKA SEBELUM TIDUR.
    Biasakan diri anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur masih dimuka.

4. TIDUR YANG CUKUP
     Tidur lapan jam sehari amat penting. Ia bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata.

5. LINDUNGI KULIT DARI MATAHARI.
    Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran matahari. Ia untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.

6. BERHENTI MEROKOK
    Hey ladies, jangan merokok.



(sumber Majalah MIDI)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin