16 Feb 2013

Khasiat perencah

Halia 
      Mahu awet muda?. Halia muda mungkin dapat membantu. Halia memang banyak khasiatnya. Selain mengurangkan gejala demam, batuk, sesak dada, migrain, sengugut, sakit kepala, sakit gigi dan sakit tulang. Ia juga membantu mereka yang sakit perut. Selain itu ia juga membantu untuk meningkatkan pengaliran darah dengan lebih baik. Disebabkan mengandungi sejenis minyak bersifat antibakteria, ia boleh digunakan untuk memanaskan badan. 
       Ada juga yang merenehkan halia didalam air kira-kira 10 minit untuk diminum setiap pagi bagi membantu menyembuhkan penyakit. Hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia pula mendapati halia sesuai untuk membuang angin dalam badan, melawaskan pembuangan air kecil dan besar, membantu penghadaman, mengecutkan rahim, merangsang  pergerakan otot serta antikulat pada kulit seperti panau. 
       Walaupun secara umumnya halia diiktirap sebagai sumber selamat, ia boleh menimbulkan alahan untuk sesetengah orang misalnya ruam, pedih ulu hati, kembung, sendawa dan loya. 

Kunyit. 
     Kunyit hidup sering digunakan untuk memberikan warna kuning pada masakan. Ia tekenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan India kerana khasiatnya selain dijadikan ubat pembersih dalaman badan serta mencantikkan kulit. 
     Bukan hanya buahnya saja yang menjadi perhatian malah daunnya dimanfaatkan sebagai ulam dan membangkitkan aroma wangi dalam masakan. Kunyit banyak digunakan wanita selepas bersalin selain menghilangkan selsema dan sakit perut yang dihadapi oleh kanak-kanak atau dewasa. 
     Digunakan sebagai ubat antigatal dan antikejang. Ia juga dapat mengurangkan bengkak serta selaput lendir didalam mulut menerusi jus kunyit. Berdasarkan perubatan Cina, akar kunyit digunakan sebagai ubat untuk sakit dada, perut, lengan dan sakit ketika datang haid serta luka. Bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur, ada yang menggunakan kunyit hidup sebagai penawar kerana ia membantu untuk melancarkan aliran darah yang bergumpal. 
     Kajian mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali sebagai curcumin dan jika diambil dalam dos yang tinggi, ia memberi kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Kajian di India pula menunjukkan kunyit dapat membantu perokok mengurangkan bahan penggalak barah (carcinogen) yang terdapat dalam air kencing. 

Lengkuas. 
    Rupanya hampir sama dengan halia, kadangkala mengelirukan. Namun ia dibezakan melalui baunya lebih lembut serta tekstrurnya keras sedikit. Ia juga digunakan dalam masakan rendang, kari atau gulai untuk menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging. 
    Lengkuas banyak digunakan dalam masakan untuk wanita yang berpantang kerana ia dikatakan dapat membantu menghilangkan angin dan merangsang peredaran darah. 
    Selain itu ia juga membantu menambah selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak dan meransang otot. Kandungan antioksidan di dalam lengkuas membantu mengurangkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam badan. 

Asam Jawa. 
    Asam jawa atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan. Selain di Malaysia, ia tumbuh secara semula jadi di benua Afrika. 
     Terdapat dua jenis buah asam jawa iaitu manis dan masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kalsium yang tinggi. Untuk tujuan komersial, didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah kembung perut. 
      Samada dimakan begitu saja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa berkesan dalam membantu mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi) menyebabkan ia sering diamalkan di beberapa negeri di India. Buah asam jawa boleh dimakan segar atau dijadikan jus minuman segar dicampur bersama air gula. Selain itu asam juga bahan perisa asas dalam pelbagai jenis masakan atau makanan seperti kari, acar, pembuatan sos dan bahann awet. 
      Bukan itu saja, asam jawa turut digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan atau bahan kumur mulut bagi mengurangkan sakit tekak. Daun asam jawa sama ada yang kering atau direbus juga boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. 

Cili padi. 
    Rasanya yang amat pedas namun ia disukai kerana dapat membangkitkan selera apatah lagi jika dibuat sambal, masak lemak, rendang, kerabu dan nasi goreng. Walaupun pedas ia juga mempunyai khasiat yang jarang diketahui seperti kaya dengan vitamin A,B,C, kompleks dan komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat serta karotin. 
    Tidak ramai yang tahu, cili padi juga boleh digunakan bagi menghilangkan bau hangit nasi yang menjadi petua nenek moyang. Bukan hanya penyedap dalam masakan, daun dan akarnya juga memiliki khasiat untuk membantu menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit. 

(sumber Metro) 

3 Feb 2013

Lelaki jangan pemalas

1.     TIDAK MENCUCI PAKAIAN 
         Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menhantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membansuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan besih dalam almari berkurangan. 
         Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga bari  bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman. 

2     MENGEMAS RUMAH 
       Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka, rumah hanya sebagai termpat unutk melelapkan mata sahaja 

3.    TIDAK MENCUCI PINGGAN 
       Kasihan sungguh apabila ada segelintir lelaki yang sanggup membiarkan pinggan mangkuk sampai berbau busuk dan bertimbun di dalam singki rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang. 
       Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan diluar atau menggunakan pnggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula. 

4.    MENGOSOK BAJU 
      Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok. Mungkin keran tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju. 
     Seharusnya lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk kepejabat. Sesekali apa salahnya melakukan senaman dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju. 

5.   BERCUKUR 
      Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan la sedikit. 

6.  RAMBUT KUSUT 
     Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dittik beratkan dan rambut harus disisir rapi dan kemas, Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang. 

7.  TIDAK DATANG KULIAH ATAU PEJABAT 
      Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu berkerja dan belajar. 

8.  MENCUCI KENDERAAN 
     Bagi lelaki yang mempunyai bajet, mereka boleh mencuci kenderaan di pusat mencuci kereta jika malas melakukanya sendiri. Jika tidak hanya air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka. 

9.  BANGUN AWAL 
     Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangun untuk berkerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah. 

10.  MENJAGA PENAMPILAN DIRI 
     Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki. 
     Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih. 

11.  MEMBACA 
     Sekiranya mengikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka berbeza dengan lelaki. Namun dari keci hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling malas untuk membaca apatah lagi membeli bahan bacaan. 
     Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh corak atau genre pembacaan lelaki biarlah pelbagai. 

(sumber Mingguan wanita) 

2 Feb 2013

Senaman dalam rumah

1.    Menyediakan makanan untuk keluarga tercinta. 
       Aktiviti memasak dapat membakar sebanyak 154kalori (kcal) dalam masa hanya satu jam. Disamping itu harus diingatkan supaya memilih menu makanan yang berkhasiat. 

2.   Menonton televisyen 
      Merehatkan minda dengan aktiviti menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen juga boleh membakar sebanyak 113 kalori dalam masa dua jam, tetapi jangan pula anda menikmati makanan ringan sambil menonton. 

3.   Mencuci rumah 
      Mengemop lantai dan mencuci rumah boleh mengurangkan 102 kalori dalam tempoh 30 minit. Bukan saja dapat membakar kalori, lemak dalam badan juga boleh dibakar dengan melakukan aktiviti sebegini. 

4.   Naik turun tangga. 
     Rata-rata di kalangan kita mempunyai rumah bertangga. Justeru itu ambil kesempatan itu dengan mengulangi langkah anda iaitu naik dan turun. Setiap larian di tangga boleh membakar sebanyak lima kalori dan ia amat mudah dilakukan untuk menguatkan otot kaki dan memperbaiki aliran darah dalam badan. 

5.   Menjemur kain 
     Dengan melakukan tugasan seperti mengemas, melipat, menjemur dan meletakkan baju dalam mesin basuh, ia juga dapat membakar sebanyak 68 kalori. 

6.   Mencabut rumput di laman 
     Laman anda banyak rumput atau lalang. Apa kata tiada kerja mahu dilakukan cabutla rumput dan lalang, itu untuk mencantikkan lagi kawasan halaman rumah. Selain laman cantik anda juga membakar kalori badan. 

7.   Membasuh kereta. 
      Membasuh kereta juga dapat membakar sebanyak 266 kalori. Ia sangat mudah dilakukan bersama suami dan anak-anak. 

      Mungkin untuk permulaan badan anda akan mengalami sedikit penurunan berat. Tetapi selepas beberapa ketika, badan akan mula menyesuaikan diri dan berat badan menjadi statik.
      Oleh itu, cubalah pelbagai jenis senaman untuk lebih kepelbagaian. Paling penting anda mesti sentiasa gembira dalam melakukan sebarang pekerjaan kerana ketawa juga boleh mengurangkan tekanan dan membakar kalori. 


(sumber Harian Metro)

1 Feb 2013

Tahniah Aznil Kini Bergelar Datuk!

Istiadat penganugerahan akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta & akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini. Kurniaan pangkat kebesaran ini adalah sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Tahniah untuk Aznil.

Kredit Berita untuk blog AbangNara.



Majalah GLAM Feb 2012|Cover Maya Karin

Ini majalah memang glam habis!! Cik Ton tak tau kenapa Cik Ton suka majalah ni tapi apa yang pasti tiap bulan semenjak keluaran pertama hingga sekarang memang tak miss beli!


Gambar cover selalunya menjadi tarikan Cik Ton untuk membeli, ada kreativiti yang sangat luar biasa!


Majalah Harmoni Februari 2013|4 Primadona

Cik Ton ni suka beli majalah wanita dan keluarga.....ni salah satu majalah yang mesti Cik Ton beli tiap bulan.



Gambar Fasha Sanda Memasak Bihun Goreng! Rajinnya dia...

Tertarik pulak Cik Ton nak share gambar ni...walaupun bukan la peminat Fasha tapi gambar ni sisi lain Fasha yang selalu Cik Ton baca dan tengok di TV...Sweet je!

Doa Cik Ton semoga Fasha akan menjadi isteri dan ibu yang solehah!

Fazura dan Baju Ular




Mak Aiiii takut Cik Ton tengok!

Isu kulit haiwan diambil dan digunakan sebagai barang perhiasan sama ada beg tangan mahupun baju sudah lama menjadi bualan hangat diseluruh dunia. Namun, sehingga kini, masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab membunuh haiwan dan mendapatkan kulitnya untuk meraih keuntungan.Malaysia juga tidak terkecuali dari isu ini dan masih ramai lagi yang tidak sedar betapa pentingnya untuk memelihara kehidupan liar dan juga haiwan eksotik.Terbaru, selebriti popular iaitu Fazura telah dilantik sebagai duta bagi organisasi “People For The Ethical Treatment Of Animal” (PETA) Asia Pacific untuk mencegah penggunaan kulit ular. Fazura dilantik oleh PETA bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan penggunaan kulit ular dalam kehidupan seharian.Tujuan utama PETA dan Fazura adalah untuk mendedahkan bagaimana ular dan haiwan eksotik lain disiat hidup-hidup bagi mendapatkan kulitnya yang berharga. Hanya kerana sikap tamak sesetengah orang, banyak cara kejam dilakukan untuk membunuh ular seperti dipukul sehingga mati, demi kepentingan sendiri.

“Cinta saya pada dunia fesyen bukan satu rahsia. Tapi saya tidak merelakan penyeksaan terhadap ular dan haiwan lain.” -Fazura, dipetik dari Astro Awani.

Majalah Anjung Seri Februari 2013

Dah lama Cik Ton tak beli majalah deko ni...tiba-tiba tergerak hati nak beli pulak....ramai tak yang sukakan majalah ni?


Positif diri

" Jangan sesekali, kita membenci atau memikirkan yang jahat mengenai orang. Fizikal kita akan lemah apabila hati dan akal kita lemah serta negatif."

" Yang negatif akan terus jadi negatif jika kita terus negatif mengenai mereka. Justeru, teruskan berfikiran positif. Namun ingat, optimis atau berfikiran positif tidak sama dengan menafikan yang negatif."
" Ia sekadar pandangan itu difikir dan dilihat dari sudut positf agar hasilnya juga positif"

( Kata-kata Profesor Dr Muhaya Mohamad - penceramah motivasi)

Mesejnya jelas - jika kita terapkan nilai pemikiran positif, kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak serabut, begitu juga sebaliknya.

1. kekal Positif
Mungkin ada yang bersikap sinis atai ragu-ragu malah rasa ia mustahil apabila mahu kekal positif. Setiap kali fikiran negatif atau tidak rasional membelenggu, cuba fikirkan sebaliknya dan sebut kata-kata positif.

2. Tetapkan perkara ingin dilakukan setiap hari
Setiap kali bangun tidur, fikirkan tujuan hidup dan perkara yang ingin dilakukan hari itu. Senaraikan perkara yang disukai mengenai diri dan dapat melakukannya dengan baik. Ambil positif mengenai orang yang ditemui serta terima apa saja yang positif sebagai kebaikan dan bukanya hal remeh temeh.

3. Jalan kaki pada waktu pagi
Anggaplah ia sebagai aktiviti berjalan kaki terima kasih atau dilakukan dengan penuh rasa syukut. Ia akan memberikan ketenangan pada diri dan minda serta membuatkan kita bersedia untuk melakukan apa saja
Fikiran yang tenang membolehkan diri berfikir dengan bernas dan meluahkan idea baru.

4. Jangan terus berasa kecewa
Daripada berduka dan kecewa dengan keadaan sekarang, apa kata bersikap optimistik dengan fikirkan hala tuju selepas ini. Berfikiran negatif hanya mewujudkan emosi negatif seperti tekanan, dengki, benci, takut dan marah. keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.

5. Makan
Justeru, makanlah sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti putera raja, dan tukar diri kita kepada pelajar kolej ketika menjamah makan malam.

6. Ingat
Ingatlah kesukaran yang berlaku itu bukan petanda yang membawa ktia ke jalan mati, sebaliknya ia satu lencongan untuk hasil yang lebih baik pada kemudian hari.

7. Fokus
Kita sering mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif. Namun fahamkah kita....
Untuk kekal dalam sikap positif, kita perlu sentiasa fokus pada pembelajaran dan kasih sayang serta berkhidmat sebaiknya untuk perkembangan diri lebih positif.

Cuba tentukan matlamat yang mampu dicapai, berkawan dengan orang yang berfikiran positif, melakukan senaman serta amalkan jenaka dalam kehidupan seharian. Senyum dan ketawa terapi paling mujarab secara semulajadi.

8. Semua yang berlaku ada alasan tersendiri

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Jika tidak sekarang, ia mungkin akan terjadi pada masa depan. Kesulitan itu juga satu pengalaman yang mengajar kita untuk melalui kehidupan pada masa depan dengan lebih baik.

Kita juga boleh menjangkakan semua perkara yang baik itu datang dari pengalaman mencabar.

9. Buat dan fikirkan perkara berfaedah
Jangan bazirkan masa melayan gossip murahan, isu masa lalu atau adaian negatif dan perkara yang tidak boleh dikawal. Lebih baik tenaga kita dimanfaatkan pada perkara masa kini yang lebih positf.

10. Jangan mengeluh
Tidak perlu mengeluh, apatah lagi mengadu. Ia ibarat muntah yang membuatkan kita berasa lega tetapi orang sekeliling pula yang loya dan menyakitkan hati.

11. Tidur secukupnya
Apabila tidur dalam tempoh ditetapkan untuk otak berehat, pastika keesokan harinya kita dapat melakukan pelbagai perkara dengan mudah sebab fikiran sudah cergas. Sebelum tidur, sentiasa panjatkan kesyukuran pada Tuhan ata segala yang dikurniakan.

12. Bergembira
Nikmati kehidupan kita sebaik mungkin dan hargai setiap detik penuh bermakna itu. Kongsikannya dengan keluarga, rakan dan insan tercinta. Hidup ini cuma sekali, tempuhlah dengan positif.


(sumber Harian Metro)

LinkWithin