1 Feb 2013

Positif diri

" Jangan sesekali, kita membenci atau memikirkan yang jahat mengenai orang. Fizikal kita akan lemah apabila hati dan akal kita lemah serta negatif."

" Yang negatif akan terus jadi negatif jika kita terus negatif mengenai mereka. Justeru, teruskan berfikiran positif. Namun ingat, optimis atau berfikiran positif tidak sama dengan menafikan yang negatif."
" Ia sekadar pandangan itu difikir dan dilihat dari sudut positf agar hasilnya juga positif"

( Kata-kata Profesor Dr Muhaya Mohamad - penceramah motivasi)

Mesejnya jelas - jika kita terapkan nilai pemikiran positif, kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak serabut, begitu juga sebaliknya.

1. kekal Positif
Mungkin ada yang bersikap sinis atai ragu-ragu malah rasa ia mustahil apabila mahu kekal positif. Setiap kali fikiran negatif atau tidak rasional membelenggu, cuba fikirkan sebaliknya dan sebut kata-kata positif.

2. Tetapkan perkara ingin dilakukan setiap hari
Setiap kali bangun tidur, fikirkan tujuan hidup dan perkara yang ingin dilakukan hari itu. Senaraikan perkara yang disukai mengenai diri dan dapat melakukannya dengan baik. Ambil positif mengenai orang yang ditemui serta terima apa saja yang positif sebagai kebaikan dan bukanya hal remeh temeh.

3. Jalan kaki pada waktu pagi
Anggaplah ia sebagai aktiviti berjalan kaki terima kasih atau dilakukan dengan penuh rasa syukut. Ia akan memberikan ketenangan pada diri dan minda serta membuatkan kita bersedia untuk melakukan apa saja
Fikiran yang tenang membolehkan diri berfikir dengan bernas dan meluahkan idea baru.

4. Jangan terus berasa kecewa
Daripada berduka dan kecewa dengan keadaan sekarang, apa kata bersikap optimistik dengan fikirkan hala tuju selepas ini. Berfikiran negatif hanya mewujudkan emosi negatif seperti tekanan, dengki, benci, takut dan marah. keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.

5. Makan
Justeru, makanlah sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti putera raja, dan tukar diri kita kepada pelajar kolej ketika menjamah makan malam.

6. Ingat
Ingatlah kesukaran yang berlaku itu bukan petanda yang membawa ktia ke jalan mati, sebaliknya ia satu lencongan untuk hasil yang lebih baik pada kemudian hari.

7. Fokus
Kita sering mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif. Namun fahamkah kita....
Untuk kekal dalam sikap positif, kita perlu sentiasa fokus pada pembelajaran dan kasih sayang serta berkhidmat sebaiknya untuk perkembangan diri lebih positif.

Cuba tentukan matlamat yang mampu dicapai, berkawan dengan orang yang berfikiran positif, melakukan senaman serta amalkan jenaka dalam kehidupan seharian. Senyum dan ketawa terapi paling mujarab secara semulajadi.

8. Semua yang berlaku ada alasan tersendiri

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Jika tidak sekarang, ia mungkin akan terjadi pada masa depan. Kesulitan itu juga satu pengalaman yang mengajar kita untuk melalui kehidupan pada masa depan dengan lebih baik.

Kita juga boleh menjangkakan semua perkara yang baik itu datang dari pengalaman mencabar.

9. Buat dan fikirkan perkara berfaedah
Jangan bazirkan masa melayan gossip murahan, isu masa lalu atau adaian negatif dan perkara yang tidak boleh dikawal. Lebih baik tenaga kita dimanfaatkan pada perkara masa kini yang lebih positf.

10. Jangan mengeluh
Tidak perlu mengeluh, apatah lagi mengadu. Ia ibarat muntah yang membuatkan kita berasa lega tetapi orang sekeliling pula yang loya dan menyakitkan hati.

11. Tidur secukupnya
Apabila tidur dalam tempoh ditetapkan untuk otak berehat, pastika keesokan harinya kita dapat melakukan pelbagai perkara dengan mudah sebab fikiran sudah cergas. Sebelum tidur, sentiasa panjatkan kesyukuran pada Tuhan ata segala yang dikurniakan.

12. Bergembira
Nikmati kehidupan kita sebaik mungkin dan hargai setiap detik penuh bermakna itu. Kongsikannya dengan keluarga, rakan dan insan tercinta. Hidup ini cuma sekali, tempuhlah dengan positif.


(sumber Harian Metro)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin