2 Feb 2013

Senaman dalam rumah

1.    Menyediakan makanan untuk keluarga tercinta. 
       Aktiviti memasak dapat membakar sebanyak 154kalori (kcal) dalam masa hanya satu jam. Disamping itu harus diingatkan supaya memilih menu makanan yang berkhasiat. 

2.   Menonton televisyen 
      Merehatkan minda dengan aktiviti menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen juga boleh membakar sebanyak 113 kalori dalam masa dua jam, tetapi jangan pula anda menikmati makanan ringan sambil menonton. 

3.   Mencuci rumah 
      Mengemop lantai dan mencuci rumah boleh mengurangkan 102 kalori dalam tempoh 30 minit. Bukan saja dapat membakar kalori, lemak dalam badan juga boleh dibakar dengan melakukan aktiviti sebegini. 

4.   Naik turun tangga. 
     Rata-rata di kalangan kita mempunyai rumah bertangga. Justeru itu ambil kesempatan itu dengan mengulangi langkah anda iaitu naik dan turun. Setiap larian di tangga boleh membakar sebanyak lima kalori dan ia amat mudah dilakukan untuk menguatkan otot kaki dan memperbaiki aliran darah dalam badan. 

5.   Menjemur kain 
     Dengan melakukan tugasan seperti mengemas, melipat, menjemur dan meletakkan baju dalam mesin basuh, ia juga dapat membakar sebanyak 68 kalori. 

6.   Mencabut rumput di laman 
     Laman anda banyak rumput atau lalang. Apa kata tiada kerja mahu dilakukan cabutla rumput dan lalang, itu untuk mencantikkan lagi kawasan halaman rumah. Selain laman cantik anda juga membakar kalori badan. 

7.   Membasuh kereta. 
      Membasuh kereta juga dapat membakar sebanyak 266 kalori. Ia sangat mudah dilakukan bersama suami dan anak-anak. 

      Mungkin untuk permulaan badan anda akan mengalami sedikit penurunan berat. Tetapi selepas beberapa ketika, badan akan mula menyesuaikan diri dan berat badan menjadi statik.
      Oleh itu, cubalah pelbagai jenis senaman untuk lebih kepelbagaian. Paling penting anda mesti sentiasa gembira dalam melakukan sebarang pekerjaan kerana ketawa juga boleh mengurangkan tekanan dan membakar kalori. 


(sumber Harian Metro)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin