13 Dec 2014

BB Cream by Seqy Beauty

Assalamualaikum,

Cik Ton dah timbul ni haihh....apa khabar semua sahabat Cik Ton? Moga sihat selalu hendaknya naa...

Alhamdulillah Cik Ton sihat ....selalu Cik Ton ni dihambat diburu rasa bersalah sebab biarkan je blog ni tanpa update...

Cik Ton mintak maaf banyak-banyak..

Memang dah biasa kan, kalau Cik Ton timbul tadak lain la tu..ada la pengumuman apa-apa tu.

Haihh pandai betul meneka ye..

Mai la rapat sikit...Cik Ton nak habaq ....mai la ..mai...

Psst kawan Cik Ton tu dah mula juai BB Cream pulak dah....BB Cream ni terhangat di pasaran nehh...

Beli la satu, baru tau macam mana...Cik Ton cerita panjang-panjang pun tak guna.

Ni Cik Ton tunjuk gambaq BB Cream tu..kan tak tau pulak rupa dia lagu mana.


Cik Ton nak cerita sikit mengenai BB Cream ni..meh baca, jangan malas untuk baca..

1. BB Cream by Seqy ni adalah produk penjagaan kulit pelbagai guna.
2. Boleh dijadikan sebagai penutup asas, pelembang, pelindung daripada sinaran UV, mengurangkan parut jerawat.
3. Mampu menyamakn tona warna kulit yang tidak sekata.
4.Mengurangkan bintik hitam
5. Mencegah berlakunya pigmentasi.
6. Teksturnya lembut dan ringan , sangat sesuai untuk orang Asia
7.Sesuai untuk mereka yang gemarkan solekan ringkas dan nipis atau yang jenis suka muka tu sapu dengan 1 perkara je...oles je BB Cream ni diwajah.
8.Boleh sapu guna jari je, tak payah nak susah-susah.

Apa yang penting adalah produk ni Halal, keluaran Bumiputera, kalau bukan kita bantu orang kita, siapa lagi nak bantu popularkan jenama orang kita? Ye dok?

Kandungan BB Cream by Seqy ni adalah :

Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol

Harga : RM55 ( semenanjung malaysia)
            RM60  (Sabah dan Sarawak)

Kalau nak order, terus je wasap no Kak Aya : 017-3416762 ..hari-hari ada penghantaran melalui pos, nak cod pun boleh.. biasanya kak aya akan jumpa customer di Giant Batu Caves atau pun Selayang Mall.

Nanti cik ton akan kongsikan testimoni yang berpuas hati dengan BB Cream ni..

Sebenarnya Cik Ton dah 2 minggu gunaBB Cream ni..nanti cik ton buat review..tak pasti la tahun ni atau lagi bertahun-tahun kena tunggu.

Ni Cik Ton kongsikan soalan-soalan yang sangat la kerap ditanya oleh customer, bakal customer dan sesiapa je yang minat nak tau mengenai BB Cream ni.

Favourite Questions tentang BB Cream SQB

Soalan : Bagaimana nak pakai BB Cream?

Jawapan : Sapu secara merata di seluruh wajah.

Soalan : Mengapa kulit saya kelihatan seperti bertompok selepas menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Ianya kerana kulit anda terlalu kering. Anda di syorkan memakai krim muka terlebih dahulu atau pun pelembap muka (moisturiser) supaya tidak kelihatan bertompok.

Soalan : Mengapa kulit saya berminyak selepas menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Jika anda mempunya kulit muka yang normal/berminyak, dan anda menggunakan krim muka/pelembap muka sebelum menggunakan BB Cream SQB, potensi untuk wajah kelihatan berminyak adalah lebih tinggi. Untuk mendapatkan kulit wajah tidak berminyak atau kurang berminyak, anda di syorkan tidak memakai sebarang krim muka sebelum menggunakan BB Cream SQB.

Soalan : Minimum umur yang sesuai untuk menggunakan BB Cream SQB?

Jawapan : Remaja dan Dewasa. Seeloknya kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak perlu menggunakan BB Cream kerana faktor kulit yang masih muda.

Soalan : BB Cream SQB boleh hilangkan jeragat?
Jawapan : Formulasi utama dalam BB Cream berfungsi untuk mencegah dari pengeluaran pigmentasi, spot dan frekles. Namun begitu, terdapat beberapa testimoni dari pelanggan yang mengatakan jeragat mereka nampak pudar/berkurangan setelah menggunakan BB Cream SQB.

Soalan : Bolehkah BB Cream SQB dipakai bersama cream lain?
Jawapan : Boleh. Tetapi hasilnya mungkin berlainan sedikit berbanding tidak menggunakan cream lain.

Soalan : Bolehkan BB Cream SQB digunakan ketika solat?
Jawapan : Boleh kerana ia tidak mengandungi najis. Tetapi seeloknya cuci bersih wajah anda ketika hendak bersolat.

Soalan : Bila waktu yang sesuai untuk menggunakan BB Cream SQB?
Jawapan : Bila-bila masa kecuali waktu tidur.

Soalan : Perlu atau tidak saya menggunakan krim UV sebelum krim BB SQB?
Jawapan : Tidak perlu kerana BB Cream SQB mengandungi SPF30+ dan fungsinya sama seperti krim UV lain.

Soalan : Berapa lama sebotol BB Cream 15ml boleh bertahan?
Jawapan : Bergantung kepada berapa banyak yang anda gunakan sehari. Jika anda gunakan sekali sehari dengan satu picitan, tempohnya mungkin lebih kurang 2 bulan atau lebih.  

Sekali lagi Cik TOn nak bagi tau, memang rugi kalau masih bertangguh untuk guna produk ni...serius tak tipu...

Contact je kawan cik ton tu untuk order.

Boleh follow IG kak aya = rohaya_yusof

Boleh follow blog kak aya = www.jendelahidup.com

HP NO: 0173416762



5 Sep 2014

Vice Versa

BERANI...
" Kalau mati dengan berani: kalau hidup, dengan berani. Kalau keberanian tidak ada, itulah sebabnya setiap bangsa asing bisa dijajah kita" - Pramoedya Ananta Toer.

 Keberanian tidak terbina dalam tempoh sehari. Proses memberanikan diri berlangsung selama hayat ini. Berani kerana benar keberanian tertinggi. Saat paling memuaskan hati apabila kita berani membuat keputusan tanpa sebarang alasan 
 Berani mengalahkan ketakutan. Berani menghadapi kegagalan. Berani  mengulang dan mengulang untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.
 Awas jangan berani melanggar perintah Allah, berani berdusta demi kepentingan peribadi, berani melakukan kejahatan kerana periuk nasi. Berani memang perlu berani, akan tetapi berani meredah api neraka?
 Keberanian terbina daripada sikap dalam diri. Berani hadir kerana keyakinan daripada diri, bersulam doa saban hari. Berdoalah kita diberi keberanian, dihadirkan kekuatan, dihilangkan ketakutan dan kelemahan.

TAKUT

 "Hantu" bernama ketakutan ada dalam setiap diri. Hanya cara diri melawannya yang membezakan setiap individu.Ketakutan yang tidak dihakis boleh manjadi racun dalam diri. Racun yang menghalang diri melangkah jauh ke hadapan. Takut yang membawa kemunduran.
   Bagaimanapun, takut kepada Allah itu takwa. Takut tinggalkan suruhan Allah, takut buat dosa.Takut mati dalam kekufuran, ubatnya sebatikan diri dengan keimanan dan ketakwaan. Takut kegagalan, atasinya dengan kesungguhan dan tidak putus asa. Takut akan diri sendiri paling bahaya, lawannya pasti suntikan keberanian.
   Perasaan takut yang tertanam dalam diri menghalang kreativiti, menjauhkan keberanian, ,mendekatkan kegagalan. Takut akan hilang dengan menghadapi realiti. Takut akan hilang dengan memadamkan alasan untuk takut.
   Berani dan takut sentiasa ada dalam diri. Tetapi yang mana lebih mendominasi, itu yang nampak pada diri. Kalahkan ketakutan, menangkan keberanian.


( Solusi isu 71
 

15 May 2014

Tudung Aidijuma White Label dan Selimut tampal

Assalamualaikum,

Cik Ton timbul lagiii.....lemas la kalau lama-lama tenggelam.

Kalau timbul ni ada je la nak bagitau apa-apa ...

Pandai pun teka..

Ni Cik Ton nak habaq, Cik Ton dan Kak Aya , sahabat Cik Ton berkolaborasi meniaga Tudung Aidijuma dan Selimut Tampal.

Ni Cik Ton nak bagi blogshop kami ni..Butik Yasmeen dan Like Page Aidijuma Lovers & Patchwork ni.


10 May 2014

Assalamualaikum sahabat maya ku semua
Allah!!!!..lamanya tak menyapa kawan-kawan semua......tak tahu apa yang menghalang tapi seperti tiada rasa dijiwa, perasaan macam berlalu pergi ..serius......gitu pulak jadi cik ton ni.....

Hari ni jadi terpanggil untuk menulis...mungkin sbb cuti sekejap dari menguli karipap....Alhamdulillah karipap jalan seperti biasa, tp sebenarnya bukanlah gangguan karipap tu sangat...tak baikkan merungut atas rezeki yg Allah kasi......ampunkan dosaku Ya Allah.....tadi temankan amalina pergi cari barang dia di petaling street, tp parking di Central Market...masa nak balik tu nampakla.......Allah ramainya orang beratur untuk ke AdiJuma....tudung yang tengah hot sekarang.....emm....merengek anak dara ni, akhirnya kaki siibu melangkah jugak ke AdiJuma kerana menurut permintaan anak..memilih-milih dicelah-celah  orang yang duduk membelek pilihan masing-masing..akhirnya.beli gak 3 helai untuk dia..share duit..he..he....ramainya orang memilih....tapi respect pada para suami yang sanggup menunggu isteri-isteri memilih tudung sambil jaga anak....

tak nampak kak aya tadi....dia kata dia pergi..tapi mungkin ke maju junction kut.......semuga bisnes berkembang maju.....amin..amin

14 Mar 2014

BEDUNG COTTON FLANNEL PALING MURAH DI MALAYSIA!

Salam untuk semua,
Cik Ton harap sihat semua naa...sekarang ni semua pakat runsing pikirkan tentang MH370..sama la dengan Cik Ton sekeluarga ni..asyik mengadap Astro Awani je...kita doakan semoga semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat walau dimana jua mereka berada saat ini.

Ni Cik Ton nak promote sikit bisnes kawan Cik Ton, dia tengah buat Jualan untuk penutupan bisnes bedung dia.. boleh klik sini ye untuk melihat gambar-gambar bedung yang ada .

Untung kalau beli sebab harganya agak murah berbanding tempat lain..kawan Cik Ton tu nak stop dulu bisnes online ni, dia nak tumpu pada baby yang masih kecik lagi tu...itu yang dia nak habiskan semua stok bedung yang ada..tak banyak dah pun, tak silap Cik Ton ada dalam 30 helai je lagi.

Kot-kot ada yang nak beli untuk jual semula pun Cik Ton rasa elok jugak sebab kalau la kata nak beli kain flannel kat Nagoya tu dan berapa RM semeter, nak jahit lagi..ni beli yang dah siap, beli semua 30 helai dapat harga kurang RM11 sehelai, Cik Ton tengok kebanyakkan blogshop jual sehelai bedung RM16 - RM20...masih boleh untung kalau beli dengan kawan Cik Ton ni.

Kalau berminat, boleh je terus call/sms kawan Cik Ton ni, namanya Kak Aya 017-3416762.

Kalau nak jenguk-jenguk dulu, boleh ke http://bedungcomel.blogspot.com/...

Itu je Cik Ton nak catatkan hari ni.

Sama-sama la kita berdoa untuk MH370.

1 Jan 2014

Nak cantik macam Cik Ton?Dapatkan EPHYRA di sini!

Salam untuk semua

Cik Ton ni macam biskut pulak, kejap ada kejap tak ada...ni muncul semula di awal tahun baru ni.

Bukan apa, Cik Ton ni nak war warkan yang Cik Ton sekarang ada jual EPHYRA...ala tak kan tak tau, bukan main banyak blog duduk war warkan pasai produk ni.

Cik Ton dah sebulan ambik produk ni..memang berkesan untuk dalaman, takat ni yang paling Cik Ton dapat rasakan tang tumit kaki Cik Ton la...dulu pecah-pecah sekarang memang Alhamdulillah kesan pecah pun dah hilang...tang jeragat tu nampak la macam pudar sikit..nak kata hilang terus dengan 30 paket tu rasanya tak la kan...agak-agak la kamu ni pun..

Nanti la Cik Ton upload gambar ye.

Kot ada yang tak tau lagi apa benda produk EPHYRA ni, meh sini Cik Ton listkan sikit, rajin Cik Ton taip ni, meh baca.

1. Ianya di rumus khas untuk kecantikan dan kesihatan dari dalam.
2. Mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi.
3.Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit.
4.Melambatkan penuaan ( yang ni la yang biasa orang perempuan nak sangat, lambatkan penuaan)

Kelebihan EPYHRA ni:
1.Menjadikan kulit lebih anjal, halus and cerah berseri
2.Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
3.Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
4.Formula anti penuaan yang berkesan
5.Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
6.Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi
7.Melancarkan system pencernaan dalam badan
8.Mengurangkan kadar kolestrol
9.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
10.Meningkatkan system imunisasi
11.Mengatasi masalah insomnia
12.Mengawal berat badan dan meningkatkan metobolisma
13.Melegakan sakit dan radang sendi
14.Menjaga kesihatan kardivaskular

Cik Ton dah rasa produk ni sesuai untuk Cik Ton yang dah 40an ni..Cik Ton rasa bagus jugak kalau Cik Ton share kebaikan produk ni dan turut menjual kepada sesiapa yang berminat nak cuba.

Tak nak cantik macam Cik Ton ka? Kalau cantik macam Kak Ton tu dah ramai kan? Meh la cantik macam Cik Ton pulak...hi hi macam apa je ayat Cik TOn ni..gurau je aiihh di hari baru tahun baru ni.

Kalau nak cantik lagu Cik TOn ni, boleh la order:

ni no cik ton nooo....0192378700

Harga sekotak : 

RM197 (Semenanjung Malaysia)
RM207 (Sabah dan Sarawak)
FREE SHAKER dan RECYCLE BAG
KOS POS PERCUMA.

Ada trial set jugak bagi mereka yang nak mencuba, 

10 paket =RM68 ( Semenanjung Malaysia)
                  RM78 (Sabah dan Sarawak)
TIADA FREE GIFT

Kalau yang beli banyak kotak tu, boleh la bagi special price.

LinkWithin