5 Sep 2014

Vice Versa

BERANI...
" Kalau mati dengan berani: kalau hidup, dengan berani. Kalau keberanian tidak ada, itulah sebabnya setiap bangsa asing bisa dijajah kita" - Pramoedya Ananta Toer.

 Keberanian tidak terbina dalam tempoh sehari. Proses memberanikan diri berlangsung selama hayat ini. Berani kerana benar keberanian tertinggi. Saat paling memuaskan hati apabila kita berani membuat keputusan tanpa sebarang alasan 
 Berani mengalahkan ketakutan. Berani menghadapi kegagalan. Berani  mengulang dan mengulang untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.
 Awas jangan berani melanggar perintah Allah, berani berdusta demi kepentingan peribadi, berani melakukan kejahatan kerana periuk nasi. Berani memang perlu berani, akan tetapi berani meredah api neraka?
 Keberanian terbina daripada sikap dalam diri. Berani hadir kerana keyakinan daripada diri, bersulam doa saban hari. Berdoalah kita diberi keberanian, dihadirkan kekuatan, dihilangkan ketakutan dan kelemahan.

TAKUT

 "Hantu" bernama ketakutan ada dalam setiap diri. Hanya cara diri melawannya yang membezakan setiap individu.Ketakutan yang tidak dihakis boleh manjadi racun dalam diri. Racun yang menghalang diri melangkah jauh ke hadapan. Takut yang membawa kemunduran.
   Bagaimanapun, takut kepada Allah itu takwa. Takut tinggalkan suruhan Allah, takut buat dosa.Takut mati dalam kekufuran, ubatnya sebatikan diri dengan keimanan dan ketakwaan. Takut kegagalan, atasinya dengan kesungguhan dan tidak putus asa. Takut akan diri sendiri paling bahaya, lawannya pasti suntikan keberanian.
   Perasaan takut yang tertanam dalam diri menghalang kreativiti, menjauhkan keberanian, ,mendekatkan kegagalan. Takut akan hilang dengan menghadapi realiti. Takut akan hilang dengan memadamkan alasan untuk takut.
   Berani dan takut sentiasa ada dalam diri. Tetapi yang mana lebih mendominasi, itu yang nampak pada diri. Kalahkan ketakutan, menangkan keberanian.


( Solusi isu 71
 

LinkWithin