21 Aug 2015

SKINCARE SET SEQY BEAUTY-LOOSE ITEM

Assalamualaikum,

Cikton nk bgtau skincare set seqy beauty dah dikual secara berasingan. (loose).

LOOSE ITEMS INI KEBIASAAN NYA AKAN LEBIH BESAR DARI SET SKINCARE YG SEDIA ADA NI
Harga untuk loose item seperti berikut ye:
1. Cleanser 60ml RM45/RM50
2. Toner 100ml RM65/RM70
3. Serum 50ml RM60/RM65
4. Krim 2in1 RM75/RM80
Sesiapa yang berminat dah boleh order..Isnin untuk COD dan pengeposan.

Boleh SMS/TELEGRAM/WHATSAPP 0173416762

17 Aug 2015

7 Persediaaa Asas Sebelum Berhenti Kerja

Berhenti kerja bunyinya sangat gembira, namun beberapa perkara perlu dinilai. Ia sudah semestinya meliputi banyak perkara.

1. Perbincangan Suami Isteri 
    Apa pun keputusan ia sudah semestinya mendapat restu dan mengambil jalan perbincangan untuk       mencapai kata sepakat. Memberi nafkah dan mencari rezeki  adalah tugas utama suami tetapi isteri 
    adalah pendukung kedua untuk membantu ekonomi keluarga. 
    Dalam sesi perbincangan ini sudah tentu matlamat kewangan sebelum dan selepas berhenti kerja.       Menilai semula sumber kewangan isi rumah dan juga pengurusan kewangan agar matlamat mahu       berhenti kerja itu adalah selari dengan tujuan yang diperolehi. 

2. Matlamat Yang Mahu Dicapai
    Apa matlamat kewangan yang mahu dicapai. Dua persediaan yang mahu dicapai kebanyakan              wanita berhenti kerja, sama ada berhenti kerja dengan zero hutang atau berhenti kerja dengan              penyelarasan semula pengurusan kewangan. 

   Sudah tentu berhenti kerja dengan zero hutang membawa kebebasan yang sebenar. Hidup tidak          terbeban hutang dan hanya fokus kepada tabungan, pelaburan dan perbelanjaan masa hadapan            sahaja. Berbanding mereka yang berhenti kerja dengan mempunyai hutang pendidikan, rumah,            kereta dan sebagainya. Disinilah bermulanya senarai semak yang perlu dilihat apakah perlu disusun    dan diselaraskan agar selepas  berhenti kerja nanti masih boleh membayar hutang tersebut mengikut    perancangan yang dibuat. 

3. Matlamat Pendapatan. 
    Apa sumber pendapatan yang ingin diaktifkan sama ada bersumberkan bekerja secara sambilan          atau mengusahakan bisnes. Daripada aktiviti tersebut, perlu nyatakan sasaran yang jelas untuk            dicapai setiap bulan. 
   Contoh matlamat untuk capai RM3 ribu bersih sebulan berdasarkan keperluan sara hidup dan              penyelarasan bil-bil kewangan lain. 
   Sasaran pendapatan bersih ini sangat penting sebagai kayu ukur tindakan atau usaha yang perlu         dicapai. Sekiranya tidak ada ukuran yang jelas, seumpamanya berjalan tetapi tidak tahu destinasi         yang mahu dituju. 

4. Bersedia Mengurus Risiko. 
    Sekiranya berhenti kerja dengan tidak ada perancangan maksudnya redah dan buat. Risikonya            adalah bersedia tidak ada pendapatan berterusan untuk beberapa tahun. Risiko yang baik adalah          mendapat pendapatan sebagaimana  yang disasarkan. Ia bergantung kepada usaha, doa dan tawakal.    Sudah tentu pendapatan sebenar individu berbeza walaupun mengusahakan bisnes yang sama. 

5. Kembali Bekerja. 
    Sudah berhenti kerja selama setahun tetapi tidak mendapat pendapatan sebagaimana yang                  disasarkan. Sekiranya kewangan kembali tidak stabil boleh merancang semula untuk berkerja. Ia        tidak salah, malah kadang kala  kembali berkerja semula menjadikan semangat lebih pandai                mengurus kewangan dan merancang matlamat untuk kembali bekerja di rumah. 

6. Realistik Dengan Pencapaian. 
    Berada dirumah walaupun pendapatan hanya RM2K, tetapi mampu membuat simpanan RM1K           sebulan secara tetap ia jauh lebih baik dari berkerja  dengan pendapatan RM5K tetapi hanya               mampu membuat simpanan RM500 sahaja sebulan. Semak dan nilai semula mana yang lebih baik       berada di rumah atau di luar rumah. 

7. Lebih Berjimat Dan Berhemah 
    Belajar untuk lebih berhemah dan berjimat. Jika dahulu ketika berkerja membeli belah tanpa ada         perasaan menyesal. Tetapi apabila bekerja sendiri kita akan menilai setiap sen yang dibelanjakan. 


InsyaAllah. 



( sumber Majalah Mingguan Wanita) 



14 Aug 2015

SKINCARE SET & SAKURA MASK

Assalamualaikum

Semalam Cik Ton dah bagi ruang untuk Adik Ton update tentang bisnes terkini ..dah follow @thetonaza ? 

Follow ye jangan tak follow.

Semalam ada update tentang BB Cream je, sebenarnya Cik Ton ada jual produk lain jugak keluaran Seqy Beauty.

Ada 2 produk lain lagi iaitu Sakura Mask dan Skincare Set.

Ni gambar sakura mask ye.

Sakura Mask SQB


Harga RM110/50g.

Fungsi Sakura Mask ni bukan sekadar mask untuk disapu pada wajah..lebih daripada itu tau..boleh sapu pada ruam, kulit yang melecur, kulit yang luka kerana kemalangan.

Sakura Mask adalah gel pelbagai fungsi kerana ianya mengandungi Sakura Plan Extract dan Snail Extract yang terkenal dengan fungsi melembap, anti-penuaan, mencerahkan, dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Beberapa ekstrak tumbuhan juga ditambah untuk hasil yang lebih optimum.


Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask by Seqy Beauty
1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Menyegar serta melembapkan kulit.
3. Mengurangkan bekas jerawat
4. Mengecilkan pori-pori 
5. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
6. Membantu re-generasi kulit
7. Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
8. Mengeringkan jerawat
9. Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
10. Boleh digunakan untuk kulit terbakar
11. Kaya dengan vitamin B
12. Mengurangkan selulit
13. Menghilangkan flek hitam pada wajah
14. Memperbaiki kulit secara keseluruhan
15. Merangsang pembentukan kolagen
16. Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal


Bahan Kandungan :

Aqua, Carbormer, Extract Sakura Plant, Snail Secretion Filtrate, Chamornilla Recutita (Matricia) Flower Extract, Sodium PCS, Glycerin, Propylene Glycol, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1,2-Hexanediol, Chlorhenesin


Cara Penggunaan :
1. Sapu secara merata di seluruh wajah dan leher (15-20minit). Bilas.
(boleh digunakan pagi atau malam)


atau


2. Sebelum tidur, sapu secara merata dan bilas pada keesokkan pagi.


*Boleh digunakan setiap hari.

*Jika anda memakai krim malam, boleh menggunakan Sakura Mask 2 atau 3 kali seminggu.



SKINCARE SET


SET SKINCARE SQB

Set Skincare diformulasikan khusus untuk kulit Asia dan juga mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kusam, dan berminyak. Mengandungi pelbagai extract tumbuhan (alam semulajadi), tidak mempunya merkuri atau bahan-bahan terlarang, dan juga diluluskan pihak KKM. 


Fungsi dan Kelebihan:

Cleanser
1. Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 
2. Membaik pulih sel kulit (Vitamin C)
3. Membuang kotoran padan wajah
4. Anti-Oxidant
5. Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad)
6. Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
7. Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
8. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
9. Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
10. Anti-microbial

Toner
1. Membantu menstabilkan pH kulit
2. Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
3. Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah.
4. Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari.
5. Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut.
6. Mengawal sebum (kelenjar minyak)
7.Mengurangkan radang (kemerahan).

Serum
1. Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal.
2.  Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat.
3. Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan)
4. Menghalus serta mencerahkan kulit.
5. Menutrisikan kulit.
6. Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat.
7. Menghilangkan flek pada wajah.
8. Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat,
9. Mengawal sebum.

Day & Night Krim
1. Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
3. Mengecilkan pori-pori
4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
5. Menghilangkan parut di wajah
6. Menyegarkan kulit wajah.
7. Mengawal minyak
8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
9. Melicinkan tekstur kulit
10. Melindungi kulit dari sinaran UV

Isi Kandungan Set Skincare :

Cleanser : 50ml
KKM Reg No : NOT141102733K
(Aqua, Sodium Lauryl Ether Sulfate, Glycerine, Cocamidoproply Betaine. Coconut Diethanolamide, Ascorbic Acid, Sodium Chloride, Arctostaphylos Uva-Ursi (Bearberry) Leaf Extract, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Cucumis Sativa (Cucumber) Extract, Citrus Medica Limonum (Lemon) Extract, DMDM Hydantoin) 

Toner : 50ml
KKM Reg No : NOT150300575K 
(Aqua, Salicylic Acid, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract. ArctiumLappa (Burdock) Root Extract. D-Panthenol, Allantoin, Iris Florentina Root Extract, Butylene Glycol, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Carboner, Triethanolamine)

Serum : 30ml
KKM Reg No : NOT150300577K
(Aqua, Carbomer, Arctium Lapp (Burdock) Root Extract, Iris Florentina Root Extract, Butylene Glycol, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Allantoin, D-Panthenol, Salicylic Acid, Triethanolamine)

Day and Night Krim (2 dalam 1) : 15g
KKM Reg No : NOT150300576K
(Aqua, Cetyl Alcohol, Glyceryl Stearate, PEG-75, Ceteth-20, ArctiumLappa (Burdock) Root Extract, Iris Florentina Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricia)Flower Extract, Allantoin, D-Panthenol, Titanium Dioxide, Camphor, Menthol, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Oil, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1, 2-Hexanediol, Chlorphenesin)

Cara Penggunaan :

1. Cuci muka menggunakan Cleanser.
(cuci tidak perlu mengambil masa yang lama. Cukup 30 saat atau sehingga bersih. Jika anda cuci muka terlalu lama, kebarangkalian kulit akan menjadi terlalu kering)

2. Picit toner (2 ke 3 titisan). sapu rata ke wajah.(Kapas atau tapak tangan, kedua-duanya boleh digunakan. Mengikut kesenangan masing-masing)

3. Picit serum (1 ke 2 kali sahaja) dan sapu rata ke seluruh wajah.

4. Sapukan krim.

p/s : Cara penggunaan yang sama untuk waktu pagi dan waktu malam.


Kesan Awal dan Reaksi : 
1. Boleh melihat kesan seawal 3 ke 7 hari), untuk kesan maximum perlu memakai set secara berterusan selama 3 bulan.
2. Tiada pengelupasan (normal).
3. Kulit terasa sejuk selepas meratakan krim kerana terdapat ejen penyejuk.

Harga :

RM130 (semenanjung)


NAK ORDER BOLEH CONTACT CIK TON YE.

0173416762 / 0192378700

9 Aug 2015

Produk BB Cream dari Seqy Beauty yang terlaris kebaboom!

Assalammualaikum,


Harini yang menaip berjela-jela ni bukan Cik Ton ye, tapi ni anak Cik Ton. Boleh panggil Adik Ton ye kekakak semua. Hehehe.

Adik Ton nak kongsi mengenai produk BB Cream dari Seqy Beauty yang memang terlaris kebaboom la sekarang ni. Nak cantik gunalah BB Cream ni. Inshaa Allah kekakak semua takkan menyesal punyalah. Adik Ton berani jaminnnnn.

Kebaikkan BB Cream ni:-

1) Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
2) Sebagai krim essential, menutrisi, menegang dan menghaluskan kulit.
3)Menutupi cela dan menjadikan tona kulit sekata.
4)Mencegah bintik hitam, noda dan flek di wajah.
5)Melambatkan penuaan.
6)Sesuai untuk semua jenis kulit.
7)Melindungi kulit dari sinaran UV dengan SPF 30++ dan menjadikan kulit kekal sihat.
8)Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang asia.
9)Sebagai bedak asas.

Jadi untuk kekakak semua yang malas nak  pakai BB Cream pastu kena pakai bedak pulak,
Haaaaa! BB Cream Seqy Beauty la jawapannya. Sapu je kat muka dan chussss dah siap. Jimat masa kekakak semua.

Adik Ton memang rekomen la produk ni sebab produk ni antara produk yang terlaris dari Seqy Beauty. Jadi kekakak semua tak perlu risau, untuk kekakak yang kulit putih melepak bak Kate Middleton boleh guna. Kekakak yang kulit sawo matang bak Amyra Rosli boleh guna dan Kekakak yang kulit hitam manis bak Nabila Huda punnn boleh guna.

Kekakak semua boleh je order dekat nombor yang tertera atau lawat la instagram Adik Ton, @thetonaza. Jangan lupa follow Adik Ton sekali tauuu.

Nah! Adik Ton belanja gambar produk BB Cream dari Seqy Beauty.



Adik Ton undur diri dulu ye kekakak semua. Selamat Hari Ahad :)

27 Feb 2015

NAELOFAR HIJAB DAN BB CREAM SEQY BEAUTY PERCUMA

Assalamualaikum,

Mari rapat sini semua, Cik Ton nak habaq ni..sahabat Cik Ton tengah buat contest tu..hadiah dia meletop top top.

Ni tengok senarai hadiah dia untuk 9 pemenang bertuah.

1. BB CREAM SEQY BEAUTY bernilai RM55 (1pemenang)

2. CLEANSER SEQY BEAUY bernilai RM45(1pemenang)

3. NAELOFAR HIJAB bernilai RM50 (1pemenang)

4. TUDUNG AIDIJUMA bernilai RM15 (2 pemenang)

5. SHAWL BYCEERANOH bernilai RM25(2 pemenang)

6. SELIMUT TAMPAL bernilai Rm30 (2 pemenang)


Memang semua meletop letop kan?

So apa lagi, join je contest ni.


16 Feb 2015

Tip guna keju untuk menggoreng 
Biasanya keju digunakan sebagai topping atas kuih atau dimasukkan ke dalam masakan seperti pasta, kek ataupun menu gorengan. Berikut adalah keju yang ssesuai untuk menu gorengan, umumnya dipilih yang mudah meleleh ketika digoreng: 
* Keju Mozzarella adalah jenis keju lembut yang selalu digunakan sebagai topping pizza atau dibungkus riti atau adunan lalu digoreng kerana keju ini mudah meleleh ketika dipanaskan. 
* Keju Cheddar merupakan keju separuh keras memiliki ciri berwarna putih, namun ada juga yang berwarna oren. Keju ini paling sesuai digunakan sebagai bahan utama resepi kuih gorengan keju kerana teksturnya yang sesuai tidak terlalu 
   keras atau lembik. 

Jika agar-agar tidak menjadi 
Entah dimana silapnya puding atau agar-agar yang dimasak tidak mahu mengeras kerana terlebih air. Hendak dibuang sayang hendak dimakan terlampau lembut. 
Penyelesaiannya, bekukan saja puding atau agar-agar itu di dalam peti sejuk dan sajikan sebagai serbet dengan tambahan buah-buahan  segar. Cara ini puding atau agar-agar tidak menjadi itu akan tampil sebagai 
pencuci mulut yang menyegarkan. 

Sup terlalu masin 
Sekiranya sup yang dimasak terlebih masin, tambahkan air atau stok dan masak lagi sebentar. Cara lain, tambahkan beberapa potong kentang dan masak lagi sebentar. Keluarkan kentang ketika sup dihidangkan. 
Jika ini pun tidak berhasil, tambahkan gula pasir sedikit-sedikit dan secara bertahap mula dengan 1/4 sudu teh gula pasir sehingga rasa masin berkurangan. Tetapi hati-hati jangan sampai sup jadi manis. 

Elak pasta melekat 
Kadang-kadang ketika merebus pasta, kita terlupa mencampurkan sedikit minyak untuk mengelakkan pasta melekat.. Jika ini terjadi usah bimbang, siramkan sedikit air panas pada pasta dan sedikit minyak atau mentega, 
Jangan gunakan majerin kerana pasta akan mengeras setelah sejuk. 

Hilangkan kesan teh 
Cawan yang berulang kali digunakan untuk hidangan teh akan meninggalkan kesan. Bagi menghilangkan kesan teh tersebut ambil sedikit ubat gigi dan gosokkan pada cawan. 
 Biarkan seketika sebelum dicuci. kesannya akan kembali bersih. 

Tiada lagi rasa pijar 
Cuci tangan yang terkena cili. kemudian lapkan sehingga kering. Sapukan minyak masak pada bahagian yang terkena cili. biarkan seketika. Rasa pijar akan hilang dalam masa tiga minit. 
Selamat mencuba. 

Cara hilangkan bau durian pada tangan. 
Ramai yang suka makan durian tetapi tidak pada baunya yang melekat di tangan. Bagi menghilangkan bau tersebut, letakkan kulit durian bawah air paip. Biarkan air mengalir melalui kulit tersebut. Basuh tangan dibawah aliran  air 
tersebut dan juga boleh dibuat berkumut. Bau durian akan hilang sepenuhnya. 

Cara simpan Epal 
Epal termasul buah yang tahan lama. Epal segar yang baru dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk selama tiga hingga empat bulan, malah untuk epal jenis tertentu boleh tahan sehingga enam bulan . Sebelum disimpan dalam peti sejuk 
bungkus epal dengan kertas lalu simpan ditempat sejuk dan gelap untuk menjaga kesegarannya. 


( sumber dari Mingguan Wanita)

Vice Versa


  Tanam 

             Menanam kebaikan dalam diri tidak mudah. Biar sedikit tetapi berterusan. Bukan sekali harung, namun terhenti setelah penat beraja dalam diri. Konon mahu berubah secara drastik, akhirnya hanya seketika. Sekejap sahaja berubah kembali. Tanam keimanan biar mengakar dalam diri. Iman senjata paling ampuh yang perlu ditanam dalam diri. Tanpa iman, sia-sia kehidupan, tidak nampak arah tujuan. Betul iman yang ditanam dalam diri, selamat hidup di akhirat nanti. 
              Agar menjadi " penanam" yang berjaya dan dapat kita ' tuai' hasilnya di akhirat, utamakan cinta Allah dan cinta Rasul. Apabila ada dua cinta ini, kita akan melakukan yang disukai oleh Allah dan Rasul dan tinggalkan yang ditegah. 

Cabut 
        
             Apabila tercabut rasa malu dalam diri, seseorang akan melakukan perkara yang dia mahu sekehendaknya. Apabila dicabut rasa takut akan Allah, maksiat dilakukan dengan senyum yang meniti dibibir. Tidak terasa akan mati. Tiada siapa dapat membantu melainkan diri sendiri dengan izin Allah. Bagaimana mahu mendapat kebaikan apabila  yang ditanam ialah keburukan semata? Oleh itu kita perlu " mencabut" lalang-lalang sifat mazmumah yang beraja dalam diri. 
            Alangkah malangnya andai nyawa kita dicabut ketika diri belum bersedia menghadapinya. Beruntunglah nanti dalam keadaan Iman utuh dalam diri. 
           




(sumber Majalah Solusi)

31 Jan 2015

Petua 2.0

Kaedah memanggang yang sihat 


Ada yang mendakwa memanggang menggunakan bara atau arang tidak baik untuk kesihatan. Lalu bagaimana cara memanggang agar hasilnya tetap sihat.: 
* Panggang stik ayam hingga masak sempurna. Daging ayam mudah tercemar bakteria, pemanasan hingga suhu 70% celsius akan mematikan bakteria. 
* Dibandingkan daging ayam dan lembu, makanan laut yang dipanggang mengandungi karsinogenik lebih rendah. 
* Daging yang dipanggang terlalu masak dengan kepanasan yang sangat tinggi, selain meningkatkan kandungan karsinogen juga menurunkan kandungan zat daging. 
* Lengkapi masakan yang dipanggang/bakar dengan sayuran dan buah yang mengandungi antioksidan. 
* Memberi bahan perencah pada bahan makanan yang akan dipanggang selain menambah cita rasa juga akan mengurangkan pembentukan karsinogenik. 

Cara cepat kupas bawang putih 

Ada cara mudah  mengupas bawang putih dengan lebih cepat dan bersih. Cara ini boleh anda gunakan ketika memasak dalam jumlah yang besar. 
* Ambil sejumlah bawang putih yang diperlukan. Pisahkan ulas demi ulas. 
* Potong bahagian bawah bawang putih yang keras. 
* Rendam bawang putih dalam air panas selama lima minit. 
* Kupas bawang putih dengan tangan anda. Maka anda akan dapat mengupas kulitnya dengan mudah, bahkan hanya dalam satu kali kupasan. 

Cara simpan yogurt dengan betul 


Jika membeli yogurt segar, biasanya boleh menyimpannya dalam peti sejuk selama dua minggu. Namun rasanya menjadi lebih masam pada akhir tempoh tersebut. Sebaliknya habiskan segera yogurt kurang dari 
seminggu daripada tarikh pembelian. 
*  Jika anda hanya menggunakkan sebahagian yogurt dari kemasan. Keluarkan hanya yang anda perlukan. Segera tutup dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk. 
*  Selalu periksa tarikh yang tertera pada pek semasa anda membeli yogurt. Tanggal yang tercantum biasanya " sell by date". Yang bererti yogurt masih selamat dimakan beberapa hari setelah tarikh tersebut. 
*  Krim masam dan yogurt mudah menjadi berair dan cair apabila lama disimpan. Jika belum tamat tempoh penggunaannya buang air atau gaul kembali. Kemudian masukkan kembali ke peti sejuk. Kemasaman dan label juga menentukan yogurt mudah berair atau tidak. 

( Sumber dari Mingguan Wanita)

Petua

Tip guna keju untuk menggoreng 
Biasanya keju digunakan sebagai topping atas kuih atau dimasukkan ke dalam masakan seperti pasta, kek ataupun menu gorengan. Berikut adalah keju yang ssesuai untuk menu gorengan, umumnya dipilih yang mudah meleleh ketika digoreng: 
* Keju Mozzarella adalah jenis keju lembut yang selalu digunakan sebagai topping pizza atau dibungkus riti atau adunan lalu digoreng kerana keju ini mudah meleleh ketika dipanaskan. 
* Keju Cheddar merupakan keju separuh keras memiliki ciri berwarna putih, namun ada juga yang berwarna oren. Keju ini paling sesuai digunakan sebagai bahan utama resepi kuih gorengan keju kerana teksturnya yang sesuai tidak terlalu 
   keras atau lembik. 

Jika agar-agar tidak menjadi 
Entah dimana silapnya puding atau agar-agar yang dimasak tidak mahu mengeras kerana terlebih air. Hendak dibuang sayang hendak dimakan terlampau lembut. 
Penyelesaiannya, bekukan saja puding atau agar-agar itu di dalam peti sejuk dan sajikan sebagai serbet dengan tambahan buah-buahan  segar. Cara ini puding atau agar-agar tidak menjadi itu akan tampil sebagai 
pencuci mulut yang menyegarkan. 

Sup terlalu masin 
Sekiranya sup yang dimasak terlebih masin, tambahkan air atau stok dan masak lagi sebentar. Cara lain, tambahkan beberapa potong kentang dan masak lagi sebentar. Keluarkan kentang ketika sup dihidangkan. 
Jika ini pun tidak berhasil, tambahkan gula pasir sedikit-sedikit dan secara bertahap mula dengan 1/4 sudu teh gula pasir sehingga rasa masin berkurangan. Tetapi hati-hati jangan sampai sup jadi manis. 

Elak pasta melekat 
Kadang-kadang ketika merebus pasta, kita terlupa mencampurkan sedikit minyak untuk mengelakkan pasta melekat.. Jika ini terjadi usah bimbang, siramkan sedikit air panas pada pasta dan sedikit minyak atau mentega, 
Jangan gunakan majerin kerana pasta akan mengeras setelah sejuk. 

Hilangkan kesan teh 
Cawan yang berulang kali digunakan untuk hidangan teh akan meninggalkan kesan. Bagi menghilangkan kesan teh tersebut ambil sedikit ubat gigi dan gosokkan pada cawan. 
 Biarkan seketika sebelum dicuci. kesannya akan kembali bersih. 

Tiada lagi rasa pijar 
Cuci tangan yang terkena cili. kemudian lapkan sehingga kering. Sapukan minyak masak pada bahagian yang terkena cili. biarkan seketika. Rasa pijar akan hilang dalam masa tiga minit. 
Selamat mencuba. 

Cara hilangkan bau durian pada tangan. 
Ramai yang suka makan durian tetapi tidak pada baunya yang melekat di tangan. Bagi menghilangkan bau tersebut, letakkan kulit durian bawah air paip. Biarkan air mengalir melalui kulit tersebut. Basuh tangan dibawah aliran  air 
tersebut dan juga boleh dibuat berkumut. Bau durian akan hilang sepenuhnya. 

Cara simpan Epal 
Epal termasul buah yang tahan lama. Epal segar yang baru dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk selama tiga hingga empat bulan, malah untuk epal jenis tertentu boleh tahan sehingga enam bulan . Sebelum disimpan dalam peti sejuk 
bungkus epal dengan kertas lalu simpan ditempat sejuk dan gelap untuk menjaga kesegarannya. 


( sumber dari Mingguan Wanita)

3 Jan 2015

NAURA SHOPPE - AIDIJUMA, PRODUK SEQY BEAUTY, SHAWL, BEDUNG BABY

Assalamualaikum,

KLIK SINI untuk melihat apa yang ada di NAURA .

Cik Ton listkan di sini apa yang ada di jual di blogshop tersebut.



BB Cream Seqy Beauty 


Cleanser Seqy Beauty


Bedung Cotton Flannel

Tudung Aidijuma


Selimut Tampal

Shawl by ceeranoh

KLIK ye jangan tak KLIK.

LinkWithin