31 Jan 2015

Petua 2.0

Kaedah memanggang yang sihat 


Ada yang mendakwa memanggang menggunakan bara atau arang tidak baik untuk kesihatan. Lalu bagaimana cara memanggang agar hasilnya tetap sihat.: 
* Panggang stik ayam hingga masak sempurna. Daging ayam mudah tercemar bakteria, pemanasan hingga suhu 70% celsius akan mematikan bakteria. 
* Dibandingkan daging ayam dan lembu, makanan laut yang dipanggang mengandungi karsinogenik lebih rendah. 
* Daging yang dipanggang terlalu masak dengan kepanasan yang sangat tinggi, selain meningkatkan kandungan karsinogen juga menurunkan kandungan zat daging. 
* Lengkapi masakan yang dipanggang/bakar dengan sayuran dan buah yang mengandungi antioksidan. 
* Memberi bahan perencah pada bahan makanan yang akan dipanggang selain menambah cita rasa juga akan mengurangkan pembentukan karsinogenik. 

Cara cepat kupas bawang putih 

Ada cara mudah  mengupas bawang putih dengan lebih cepat dan bersih. Cara ini boleh anda gunakan ketika memasak dalam jumlah yang besar. 
* Ambil sejumlah bawang putih yang diperlukan. Pisahkan ulas demi ulas. 
* Potong bahagian bawah bawang putih yang keras. 
* Rendam bawang putih dalam air panas selama lima minit. 
* Kupas bawang putih dengan tangan anda. Maka anda akan dapat mengupas kulitnya dengan mudah, bahkan hanya dalam satu kali kupasan. 

Cara simpan yogurt dengan betul 


Jika membeli yogurt segar, biasanya boleh menyimpannya dalam peti sejuk selama dua minggu. Namun rasanya menjadi lebih masam pada akhir tempoh tersebut. Sebaliknya habiskan segera yogurt kurang dari 
seminggu daripada tarikh pembelian. 
*  Jika anda hanya menggunakkan sebahagian yogurt dari kemasan. Keluarkan hanya yang anda perlukan. Segera tutup dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk. 
*  Selalu periksa tarikh yang tertera pada pek semasa anda membeli yogurt. Tanggal yang tercantum biasanya " sell by date". Yang bererti yogurt masih selamat dimakan beberapa hari setelah tarikh tersebut. 
*  Krim masam dan yogurt mudah menjadi berair dan cair apabila lama disimpan. Jika belum tamat tempoh penggunaannya buang air atau gaul kembali. Kemudian masukkan kembali ke peti sejuk. Kemasaman dan label juga menentukan yogurt mudah berair atau tidak. 

( Sumber dari Mingguan Wanita)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin